Thursday 26 April 2012

USB Mouse Hilang Fungsi Semasa Boot Windows


Dah bertahun-tahun guna komputer, ini first time aku terjumpa masalah mouse USB yang macam ni. Memang pening jadi kepala aku tak tahu macam mana nak solve problem ni. Google kat internet, memang banyak cara penyelesaiannya. Tapi kebanyakkannya cerita pasal masalah Windows atau driver. Ada juga yang cakap pasal masalah hard disk.


Masalah Problem:

Bila tekan butang start pada casing. Semua normal. Komputer hidup macam biasa. Yang diperhatikan, USB mouse pun ok. Nampak dia punya lampu merah kat bawah tu memang menyala. Ni USB optical mouse Logitech yang murah-murah ajer.

Ok semua normal. Tapi sekali tiba kat screen nak masuk Windows XP, lampu merah pada optical mouse tu padam. Macam seolah-olah power putus. Dah tukar-tukar ke port lain pun sama juga. Dah try masuk Safe Mode, pun sama juga mouse akan mati bila masa nak masuk Windows.

Dah banyak kali restart komputer. On Off. Sampai rasa macam nak format jer komputer tu.

Mulanya aku ingat mouse rosak. Tapi bila aku tukar pada mouse yang elok, pun sama juga. Lepas tu bajet USB port lah yang problem, tapi speaker USB aku ok jer.

Penyelesaian:

Cabut power cable, biarkan seminit dua. Lepas tu on balik. Settle!

Nasib baik aku tak format tadi!!

2 comments:

mat dewa said...

HAHAHA

Unknown said...

kongsi pengelaman yg bagus .. xD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...