Wednesday 11 April 2012

Kecilkan Saiz Video Dengan Software: AVI to MP4/MKV

Dulu aku ada buat posting pasal cara convert fail AVI ke MP4 supaya kita dapat fail video yang lebih kecil saiznya tapi mempunyai kualiti yang sama. Posting kali ni pun agak sama juga. Cuma menggunakan software yang lain.

Kali ni aku gunakan software Cyko.


Apa yang bagusnya Cyko ni? Software ni pun free juga macam IpodMe. Tapi pada pemerhatian aku Cyko ni boleh convert fail ke MP4 dengan saiz yang lebih kecil dari IpodMe dan kualiti video pun lebih baik dari IpodMe. Lagi satu, Cyko ni boleh juga convert ke MKV, iaitu bergantung kepada input dan output yang kita sediakan.



Yang tak berapa best guna Cyko ni, masa nak convert memang lama. Untuk convert satu episod AVI KDrama yang bersaiz 700mb dan berdurasi 1 jam lebih sikit, mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam. Bergantung juga dengan kelajuan PC kita.

Tapi, hasilnya memang puas hati! Nampak macam tak ada kekurangan pada kualiti langsung walaupun saiz fail dikurangkan dengan drastik. Kalau AVI saiz 700MB, MP4/MKV yang dihasilkan bersaiz kurang dari 200MB! Kalau biasanya satu KDrama 16 episode bersaiz 12GB, bila diconvert akan jadi cuma 3GB ajer.  Tapi satu kekurangannya iaitu pada audionya.. dia guna audio mono. Aku pun tak tahu kenapa developer Cyko ni nak audio mono.

Okay.. macam mana nak guna Cyko ni..

Installation

  1. Mula-mula download dari sini http://code.google.com/p/cyko/downloads/list
  2. Extractlah guna Winzip/Winrar ke mana tempat yang korang suka
  3. Download HandBrakeCLI dari sini https://build.handbrake.fr/job/WindowsCLI/
  4. Extract ke dalam folder yang sama dengan Cyko. Pastikan Cyko.exe berada dalam folder yang sama dengan Handbrakecli.exe


Cara guna

  1. Double click Cyko.exe
  2. Click Add Source Files - boleh pilih banyak-banyak..
  3. Click Options - isi setting macam ni:


  • Rate Control: Target Quality 26 (semakin tinggi semakin kurang kualiti)
  • Resolution: Height 450
  • Audio Bitrate: 48
  • Preset: Slow
  • Tunes: Animation/Film
  • Profile: High
Aku rasa setting kat atas ni memang dah cukup bagus. Tapi untuk mengaji secara mendalam mengenai setting2 tu sila ke  http://code.google.com/p/cyko/wiki/Guides


Click button besar kat bawah tu "Scan Audio..."
Lepas dia siap scan, tekanlah button Encode dan tunggulah sampai berjanggut....

*Kalau nak buat eksperimen, gunakan fail yang kecil dulu, 10 atau 20 MB ke..
*Kalau dah faham, lain kali aku tunjukkan pulak cara guna HandbrakeCli pulak untuk customize sikit outputnya mengikut kehendak kita.. misalnya kalau kita nak audio stereo.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...