Wednesday 11 July 2012

USB Speaker Untuk DVD Player Exora

DVD Player Exora ni.. suara dia keluar kat speaker radio kereta melalui gelombang radio FM. Tak pakai wayar atau bluetooth. Bunyi dia kira ok lah. Kalau tengok movie dah macam kat wayang pasal sound system dia yang best tu. Tengok Transformers 3, berdengung-dengung telinga..dah macam kat panggung..hehehe

Itu dia punya kelebihann..


Dia punya kekurangan pulak:

1. Kalau bawak kereta, lepas tu penumpang belakang tengok Transformers.. sah memang tak boleh concentrate nak drive dengan bunyi sound efek movie tu. Kalau buka volume kecik tak dengar suara pulak...mesti kena buka kuat-kuat.. Abis tu??

2. Kalau bawak anak-anak yang tak boleh lekang dengan kartun, asal naik kereta jer mesti nak bukak kartun, asal naik kereta jer mesti nak bukak kartun, asal bukak kartun jer mesti nak naik kereta.. driver yang kaki dengar lagu mesti dalam dilema.. sejak ada DVD player dalam kereta, tak dapat dia layan mp3 KPOP kegemarannya lagi pasal radio sudah di conquer oleh anak-anak..


3. Lagi satu kekurangannya, oleh sebab audio menggunakan frekuensi gelombang radio FM, kalau kita jalan jauh-jauh, misalnya dari JB ke KL, ada jer frekuensi radio yang mengganggu frekuensi DVD player kereta kita.. hasilnya audio kartun doraemon yang bercampur aduk dengan lagu-lagu dari siaran radio. Tak amann..


Aku dah lama nak tambah external speaker usb kat DVD player exora aku tu. Tapi aku tangguh-tangguh pasal malas.. sampailah aku balik dari KL hari tu.. memang tension dengan masalah no. 3 di atas.


Jadi kali ni aku nak berkongsi pulak macam mana aku DIY pasang USB speakers tu kat DVD player kat bumbung exora aku.


Bahan-bahannya:


1. USB Speakers



Aku beli speaker ni RM35 dekat Danga Mall. Aku ada try pasang speaker lain, tapi bunyinya tak berapa cantik sebab bunyi bass berlebihan dan vocal yang kurang clear. Jadi kena pandai-pandailah pilih speaker dengan citarasa yang diinginkan. Saiz speaker pun kena pilih yang bersesuaian. Kalau besar sangat, menyemak pulak. Satu lagi sebab aku pilih speaker ni pasal boleh adjust muka dia supaya menghadap ke bawah.


2. Dua Keping Plat Plastik 6" x 1"  untuk dijadikan tapak speaker. Pakai pembaris plastik pun boleh. Tapi kalau boleh yang keraslah, supaya tidak melengkung.

3. Heavy Duty Double Sided Tape


Yang aku punya ni dah lama. Kalau beli baru dalam RM15 agaknya. Kena pilih yang betul-betul lekat. Kalau tidak nanti senang tanggal pulak.


Peralatan:
1. Screwdriver mata Philip
2. Gunting


Persediaan:
1. Test dulu speaker tu pada port usb dan audio.
2. Lekatkan double tape pada bahagian atas dan tepi(bahagian dalam) speaker-speaker tu.


3. Tampal plat plastik pada bahagian atas.





Cara-caranya:
1. Buka 4 skru pada dvdplayer secara berhati-hati supaya dia tak terhempas ke bawah dan jahanam..
2. Tanggalkan 2 socket berklip (hitam dan putih) pada wayar-wayar itu secara berhati-hati supaya clipnya tak patah dan menyusahkan hidup dikemudian hari.

3. Buka 4 skru pada tapak dvdplayer.


4. Lekatkan speaker-speaker ke bahagian kanan dan kiri tapak dvdplayer tersebut dengan tapak dibahagian atasnya. Susunlah speaker tu mengikut cita rasa... nak kat depan atau ke belakang ke..tapi jangan sampai tertutup port audio dan USB.




5. Susun wayar-wayar speaker yang panjang dan berselirat tu supaya berada di atas tapak.
6. Juntaikan sedikit USB connector ke bahagian kanan dan audio jack ke bahagian kiri. Wayar-wayar lain yang berselirat aku keluarkan ikut lubang kat tepi tu supaya senang buat kerja. Lepas skru, jolokkan wayar-wayar tu masuk dalam.


7. Lekatkan balik tapak dvdplayer tu ke bumbung dan skru balik. Hati-hati, jangan sampai terskru wayar speaker pulak.
8. Sambung semula socket berklip tadi. Jolokkan semula wayar FM antenna dia.
9. Skru semula dvdplayer ke tapak.
10. Cucuk USB dan audio jack ke port masing-masing.



Kelebihan menggunakan speaker tambahan:
1. Driver dan penumpang tidak lagi berebut speaker radio lagi. Jadi bapak boleh layan MP3 dan anak boleh layan kartun di sepanjang perjalanan.
2. Tiada lagi gangguan siaran radio dari alam ghaib...
3. System bunyi lebih jelas, tak perlu bukak kuat-kuat. Jadi kurang gangguan terhadap pemandu.
4. Masih boleh guna sistem bunyi kereta seperti asal jika nak kualiti bunyi panggung wayang.


Kekurangannya pulak:
1. Tidak dapat mendengar MP3 dengan aman lagi.. kot-kot ada yang layan classical memang akan terganggu dengan lagu merdu suara Giant dan Nobita.
2. Tak boleh guna pendrive. Sayangnya dvdplayer exora ni ada satu jer USB port. Aku dah test, dia tak boleh guna HUB.. pendrive tak boleh didetect kalau guna hub usb. Jadi penyelesaiannya semua movie avi aku burn dalam  DVD.


(Gambar-gambar kat atas tu tak complete pasal tengah aku buat kerja amal tu, tetiba bateri kamera habis pulak. Oklah tu...asal boleh la ye tak..?)
Terima kasih kerana layan blog aku ni dan semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada pembaca.

16 comments:

Salmiza said...

Wahhh..bagus2... Tq sharing this info.. Blh dibawa ke tgh nih..nak bincang dgn asben suruh buat mcm ni jgk..pasni x la berebut dgn anak lg... Tp

Mohd Rizal said...

wah kreatif...boleh tiru ni,,,

Husni said...

kalau speaker tu ada guna bateri, sambung ke DVD player tu ikut audio je... boleh guna USB utk video

Unknown said...

saya singggah dan folo

www.gilamodified.com

Anonymous said...

kalau ada speaker yg pakai power 12v lagi bagus. Rasa2 ada jual tak speaker 12v.

Unknown said...

sangat creatif,jika speaker ti ada power sendiri,mungkin boleh connect kat wire power dvd player,jadi tak usah guna usb port untuk powernya,thanks saya dah coba guna amp speaker external di exora saya

Unknown said...

tuan tanya sekali, saya ada cuba beberapa avi movie files utk play, tapi x dapat.

boleh beritahu secara ringkas profile mana tuan pilih utk avi tersebut

mancisdahbasah said...

salam unknown..

avi hanya sebagai container. kat dlm fail avi tu ada lain-lain fromat. Yg dvd exora boleh baca ialah avi yg dlmnya guna format xvid/divx.

sekarang ni kebanyakkan avi guna format h264 utk compression yg lebih dan kualiti gambar yg lebih baik, tapi dvd exora tak boleh baca.

kalau nak tengok gak, aku cadangkan convert guna MediaCoder(free).

agak susah nak terangkan di sini, nantilah kalau aku ada masa aku buat post panjang lebar mngenai hal ni.

Anonymous said...

bila nak ajar cara nak convert movie untuk dipasang dalam exora??
10Q

Anonymous said...

Post yg menarik!
Sy terfikir nak psg LED tv 24" menggantikan player yg sedia ada. Masih dlm angan2..

Anonymous said...

amat bagus sekali idea saudara. terasa nak ikut, hehe.

saya juga terhibur semasa membaca gaya penulisan saudara.

teruskan memblog, ye.

terima kasih.

Anonymous said...

Rasanya boleh adjust fade and balance untuk concentrate sound radio tu hanya di bahagian depan sahaja

Unknown said...

Kenapa pasabilapasangcerita hanya keluar suara? Gambar tak keluar

Anonymous said...

Remote control dvd saya x bole guna.. Ada jual ka..

Pn Azahazreen Abbas said...

nk tengok movie kat dvd exora msti convert kpd format mpg...guna software formatfactory untuk convert sume format file....good luck

Unknown said...

bro bukan ke..boleh sediakan satu radio external utk anak2 tu..pastu diorang tune le ka frequency DVD tu..atau pun pakai henpone yg radio ..earphobe jadi antena dia..dan tunekan ke channel tu..so USB boleh pakai utk movie

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...