Friday, 1 June 2012

2nd Service Proton Exora


Semalam pergi servis aku punya Exora. Servis yang ke-2. Sepatutnya servis pada 21 Mac lepas tapi tunda punya tunda punya tunda, dua bulan lebih, barulah aku buat servis yang ke dua. Odometer pun dah terlebih-lebih. Sepatutnya aku servis pada 6060km, tapi masa aku servis semalam meter dah 6979km. Itupun pasal aku kena pergi ke Felda Tementi, Bandar Muadzam minggu lepas. Kalau tidak, aku rasa meter tu belum jejak 6000 lagi. Dah lebih setengah tahun pakai, meter baru nak jejak 7k..kakakaka.



Aku call untuk set appointment kat proton service Plentong ni, hari Selasa. Dia set pukul pukul 10.30 pagi hari Khamis. Aku sampai pukul 10.25 pagi lepas hantar anak-anak dan bini ku ke Giant. Lepas 'lapur diri' lama juga aku tunggu sebelum dipanggil, dalam 45 minit juga.

Servis kali ke-2 ni, aku cuma ganti benda yang wajib jer. Semua sekali RM118.80. Semburan anti-bakteria, X1-R dan lain-lain yang optional aku cakap kat staff proton service tu aku tak nak. Mula-mula dia listkan jugak, tapi bila aku bagi tahu aku tak nak buat yang optional, dia delete balik benda-benda tu. Lagi satu aku nak basuh kereta sekali. Rupa-rupanya, basuh kereta tak kena caj, free jer. Ini sudah bagus. Jimat tenaga aku. Lagi pun lepas balik dari Tementi, memang kotor giler exora aku tu. Iyelah.. kereta kaler putih memang nampak sangat kotornya kalau dari jarak dekat.

Aku rasa, perjalanan Kota Tinggi-Jemaluang-Mersing hari tu memang agak mencabar bagi Exora CPS Auto. Aku bawak Satria GTI dulu pun mencabar, inikan pulak bawak mpv auto. Lori banyak gila (banyak betul lori tanki Saji ye), jalan macam ular, lengkok kiri kanan dan lengkok atas bawah. Selekoh tak berapa rasa, tapi naik bukit agak rasa. Tapi alhamdulillah, masih puas hati dengan prestasi dan keselesaan Proton Exora ni. 11 pagi bertolak, sampai di Felda Tementi pukul 4 petang. Pukul 5 bertolak balik, sampai pukul 11 malam... perjalanan 700km pergi balik tak rasa penat pun...
Kota Tinggi-Mersing

Banyak Lori + selekoh + sayang nyawa = susah nak potong

Berbalik pada tajuk servis kereta... X1-R aku plan nak letak setiap 20k jer. Semburan anti-bacteria pulak tu aku plan buat setahun sekali dah ok kot. Tak buat pun tak per. Kereta aku yang dulu-dulu tak pernah pun buat... hehehe.. Ini semua optional. Bergantung kepada kadar kekembungan dompet.

Lepas dah confirmkan apa yang perlu dibuat, aku pun bagi kunci. Staff tu cakap hari ni servis lambat sikit. Pukul satu lebih nanti baru siap. Aiseyy... lambatlah pulak.

Aku pun melilau-lilau dalam showroom proton plentong tu. Kalau masa 1st service dulu aku belek-belek Exora Bold, kali ni aku belek-belek Proton Preve pulak.
Bentuk Preve yang sporty membuatkan dia nampak kecik.

Dari luaran, pada aku, Preve ni nampak agak mantaplah jugak. Nampak macam kereta mahal. Saiz dia agak besar tapi oleh kerana design dia yang nampak macam sporty, nampak macam kecik jer. Sekali imbas nampak macam sebesar Persona jer. Tapi sebenarnya dia besar lagi. Tayar pun guna 16 inci. Ada disk brake depan belakang. Ruang tayar nampak macam luas sangat. Boleh masuk 18 inci senang-senang jer ni.

Lepas tu aku bukak pintu belakang, duduk kat tempat duduk belakang. Aduyai... Kekecewaan bermula... Ketara sangat kualiti plastik pada pintu tu. Nampak macam pintu kereta murahan. Tempat duduk belakang, kira okaylah. Bahagian kaki agak luas juga.

Kecewa dengan kualiti pintu dia, aku terus masuk kat bahagian depan pulak. Apa yang aku nampak, design dia dah cukup mantap, tapi bahan dashboard dan plastik pada pintu tu nampak murah. Chrome pada selak pintu pun nampak macam chrome yang salut pada ejos motor mainan.

Lagi satu yang aku perhatikan ialah saiz seat depan, aku rasa macam lebih kecik dari waja, sama saiz dengan seat exora. Tak berapa selesalah seat kecik-kecik ni. Patutnya gunakan saiz seat yang besar sikit supaya nampak mewah dan selesa... kata nak jadi global car..?

Aku tak dapat nak test drive. Tengok salesman semua nampak busy jer. So, cuma dapat tengok jer lah. Secara keseluruhannya aku kecewalah dengan Proton Preve ni. Walaupun design dah ok (setakat ok lah, tak cukup mantap lagi), tapi visual kualiti dalaman kereta ni memang setaraf dengan kereta China. aku bukan cakap pasal kualiti ye, tapi pasal visual kualiti. Nampak macam guna bahan murah dan kurang kemas. Selling point Preve ni aku rasa cuma enjin dengan handling jer agaknya... kecewa..kecewa... sebagai penyokong Proton memang aku rasa kecewa.. Kalau macam nilah hasilnya, aku rasa lebih baik upgrade model Waja jer!
Aku rasa Waja ni kalau di upgrade boleh jadi lebih mantap dari Preve.

Kat sebelah Preve tu ada Inspira. Nampak sungguh berbeza. Masih jauh lagi kalau Preve nak kejar. Antara Preve 1.6 CFE dengan Inspira 1.8, kalau aku ada duit, aku pilih Preve kalau nak power dan penjimatan road tax, tapi aku akan pilih Inspira kalau nakkan gaya, mutu & keunggulan.. tapi sekarang aku pilih exora CePeS jer untuk kesenangan hati..

Lepas belek Preve aku pergi jalan-jalan kat Giant Plentong dengan family aku yang memang tengah bershopping kat situ. Jauh gak aku jalan kaki dari Proton ke Giant.. ingatkan dekat... semput gak.. hehehe

Dalam pukul 1.00 aku pun datang balik. Tengok-tengok kereta aku dah pun siap. Aku pun pergi kat cashier dan bayar.

Barang & servis kali ni ialah:
  • Oil filter RM 12.22
  • Gasket, Drain Plug RM 3.56
  • Syntium 800 SM 10W/40 (tong) RM100.00
  • Servis caj FREE
  • Wash & Engine cleaning FREE

Total: RM 115.80

Servis berikutnya ialah pada 31/8/2012 atau 11,979km whichever comes first.

Aku tengok Exora aku ni dari luaran memang bersih, tapi dalaman macam tak bersihkan pun. Mungkin free servis untuk basuh luaran ajer kot? Tapi tak per lah.. free jer pun. Dalaman tu boleh buat sendiri kat rumah...hahaha..

5 comments:

Anonymous said...

Ko pon sama je macam artikel ko sblm ni "Sikap 'Sebahagian' Orang Kita : Proton Preve'" Duk kutuk je.. Cuba lah bgtahu kelebihan dia skit..

mancisdahbasah said...

eh.. sama ke? sorry lah.. aku tak berniat mengutuk.. cuma bagi kritikan membina sikit jer. Kalau ko baca dan faham apa kat atas tu, kelebihan mmg byk tapi kekurangannya cuma satu.. iaitu bahan yg digunakan utk interior tu jer yg nampak murah..

mael said...

dashboard vios lagi murah dah lah mahal

Anonymous said...

honda civic lama macam tikus mondok tu dashboard plastik macam gen,2
tpi orang tak kondem.... gen.2 mmg kondem truk pnya la...
mentaliti...ini semua poyo...

Anonymous said...

sya rsa klbihn preve lg bnyak dr kkurngnnya .. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...