Tak susah. Memang mudah macam makan kacang hehehehe.. tapi kenapa nak setup guna pendrive?
Ooooh... netbook tak ada CD/DVD drive yer. Memanglah. Kalau nak setup Windows kena ada CD drive. Kalau nak setup Windows 7 pulak kena ada DVD drive pasal Windows 7 ni file dia besar, dekat-dekat 4 GB.
Walaupun apa yang aku nak tunjukkan ni sebenarnya adalah cara buat pendrive setup Windows, tapi kena ada juga PC atau komputer lain yang mempunyai CD/DVD drive untuk memindahkan fail-fail dari CD/DVD Windows original tu untuk dipindahkan ke dalam pen drive.
Pilihan kedua, pinjam komputer kawan yang ada CD/DVD drive.
Pilihan ketiga, kalau dah tak ada juga komputer yang ada CD/DVD, ialah download image file Windows (ISO) dari internet (pandai-pandailah nak download dari mana..)
Netbook tak ada CD/DVD drive |
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Win2Flash - software ni free. Boleh download dari website dia. Ada banyak software yang boleh guna. Tapi aku pilih Win2Flash ni pasal dia free. Satu lagi software yang aku suka guna ialah FlashBoot. Flashboot ni memang bagus sebab semua jenis CD yang boleh boot-up, dia boleh transfer masuk pendrive. Sebab tu dia tak free.
2. Source - CD/DVD Windows atau image file .iso windows
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula kena masukkan source CD/DVD dalam cd drive. Kalau guna ISO file, mount dulu fail tu dalam virtual cd drive. (Nak mount boleh guna MagicDisk. MagicDisk ni free. Guna dia untuk buat virtual cd drive untuk mount image file.)
2. Run Win2Flash, guna wizard sahaja untuk cara mudah. Eh, tak reti pulak aku nak mengarang benda yang simple-simple ni. Tengok ajer gambar bawah, cara-cara dia dari mula sampai siap.
1.Bila run jer Win2Flash, terus keluar ini. |
2. next |
3. Pilih source dan destination. Aku punya CD/DVD Drive kat G. Pendrive aku plak kat drive J. |
4. Kena aggree dulu. |
5. Warning. Bila klik OK, dia akan format pendrive. Pastikan pendrive tu tak ada data-data penting. |
6. Kenu tunggu. Jenuh gak. Kalau Windows XP, dalam 15 minit siaplah. Kalau Windows 7 aku tak pasti pulak.. 30 minit kot. |
7. Dah siaplah ni. |
8. Pesanan terakhir. |
Bila dah siap pendrive ni, untuk boot guna pendrive. Kena tekan F12 masa tengah start komputer tu untuk pilih boot guna apa. Pilihla boot guna USB/Flash. Kalau tak boleh guna F12, kena set kat dalam BIOS terlebih dahulu.
Bila dah boleh boot-up guna pendrive, ikut sahaja cara-cara yang sama seperti setup Windows guna CD.
Settle.
Baru-baru ni aku terjumpa seorang orang menjual USB/Pen drive yang berisi Windows setup file. Boleh tahan pandai gak dia buat duit yer. Aku yang dah lama tahu buat benda ni, tak terfikir langsung untuk jual pendrive. Sebab tu orang cakap, tak semua orang dilahirkan untuk berniaga. Orang berniaga ni fikiran dia memang lain, kena kreatif.. Ada saja cara untuk buat duit. Orang lain tak terfikir langsung idea tu, tapi dia boleh pulak buat.
Tapi yang slacknya, dia edarkan Windows illegal(pirate). Dia buat alasan, dia cuma jual pendrive, bukan jual Windows. Betul memang betul, dia cuma mark up sikit jer dari pada harga asal pendrive tu. Tapi mengedarkan Windows pirate kan ke illegal... betul tak? Sepatutnya, dia juallah sekali dengan Original Windows. Buat satu pakage Original Windows berserta pendrive berisi Windows setup. Barulah betul. Tapi harga.... kekeke sendiri mahu ingatlah...
Lihat versi Bahasa Inggeris di http://emancis.blogspot.com/2011/02/how-to-create-windows-setups-pen-drive.html
Lihat versi Bahasa Inggeris di http://emancis.blogspot.com/2011/02/how-to-create-windows-setups-pen-drive.html
25 comments:
t.kasih...sy tgh format guna p.drive
sy dah format guna pendrive mmg ok, berjaya..tapi masalahnye bile saya nak install microsoft office 2007 tak boleh, kenapa ye,,camne nak buat?
mungkin masalah dari cd msoffice tu kot? cuba guna installation msoffice07 dari cd lain.
UTK INSTALL TU WAJIB GUNA CD WIND YG ORI KE??
apa2 cd window pun boleh. yg tak boleh ialah guna cd rosak jer.....
nice admin..wa salute sama lo..(^_^)..
tebaik
rumah aku ada satu je laptop yg ade cd drive, tapi mac, ada ke win2flash version mac ke ape?
ntahlah, tak tahu pula apa2 software yg seumpamanya untuk mac.
boleh x lau x gne ape2 cd...mksudnyer...juz dr ISO file tu trus ke pendrive...
kalau guna win2flash rasa2nya tak boleh guna ISO. Cuba extract file ISO tu guna ISO Buster ke dalam satu folder dan jadikan folder tu sebagai source.
cara ni boleh gak ke format netbook 1malaysia?
ye boleh..
bro mancis...sy da try byk kali tp pendrive x dpt copy smua file dalam cd la...kenape ek?
mungkin CD ada problem.. calar ke, kotor ke, rosak ke..
salam bro mancis, sy dah buat mcm bro cdg, tp pendriver tu xjadi mcm cd win installer, bila run dia x detect pendriver,sy dah buka bios, tp xdak optian usb. cm ner tu ? erm...driver netbok utk win xp ada ker ?
win7 ..3gb cukup tak pendrive nye
macm xp 2gb dah cuku pa kan
Salam..
Erm..nk tnya, mana nk download image files windows ISO 2?carik2 x jmpa pn..leh bg link?:)
Anonymous june19:
Netbook tu jenis apa? Setakat ni aku tak jumpa lagi netbook yg tak boleh boot ikut USB. Tapi kalau tak leh gak, cuba guna external DVD drive. Beli kat kedai.
Anonymous june22:
Win7 kena pakai 4GB
Anonymous june25:
Aku pun tak jumpa... hehehe
thank you bro... dah dapat fixed netbook member yang hard disk dia rosak.
untuk netbook 1 malaysi, klik F7 utk boot guna usb.
salam bro.. nk masukkan window file ke pendrive nih maksud dia masukkan dvd win7 ke dvd room laptop laen then masukkan pendrive ikut step dalam gambar kat atas ke? lepastuh cucuk pendrive kat netbook 1malaysia boot mcam biasa? cam tu ke?
#maaf saya nerd :(
salam bro acer travelmate2400 boleh boot usb?
SALAM BRO
maksud dekat atas tu kena pakai dua pen drive ke??
sbb pen drive yang pertaman kena download WINDOWS 7
jadi pendrive kedua kena download win2flash la kan..??
maknanya dua la kan???
betul tak
Post a Comment