Thursday 10 May 2012

Hard Disk Free Di Google Drive



Hari ni round-round internet baru dapat info yang Google baru jer memperkenalkan aplikasi onlinenya yang terbaru iaitu Google Drive pada 25 April 2012 yang lepas.


Apa tu Google Drive?

Secara mudahnya, Google Drive ni adalah ruang hard disk percuma untuk kita. Hard disk ni letaknya di Internet. Macam hard disk kita kat dalam komputer yang boleh kita save macam-macam fail, begitu juga yang kita boleh gunakan Google Drive ni. Simpanlah apa fail sekalipun dari gambar photo, dokumen word excel, pdf, zip dan apa-apalah.

Yang bagusnya, bila kita dah simpan fail kat Google Drive, kita boleh capai fail tu dari mana-mana asalkan ada talian internet.

Yang tambah-tambah bagus lagi, kita boleh juga edit fail kita tadi secara terus melalui online. Contohnya, kalau kita nak edit dokumen Ms Word, tapi komputer yang kita sedang guna tak ada pulak Ms Word, tapi kita boleh buka melalui Google Drive.

Fail-fail yang di simpan di sini juga boleh di kongsi atau tidak dengan sesiapa yang kita kehendaki macam kita kongsi video dalam youtube lepas tu terima komen-komen dari kawan-kawan kita.

Lagi satu, Google Drive ni juga boleh juga digunakan sebagai tempat untuk backup fail-fail penting, tapi yang tak terlalu peribadi kot.

Kalau dulu kita selalu simpan fail kat dalam pendrive untuk dibawa ke mana-mana, sekarang kita cuma perlu save dalam Google Drive sahaja.

Betulke Google Drive ni percuma? Ruang simpan yang diberikan percuma ialah 5GB. Kalau nak lebih besar lagi kena langganlah. Bagi aku 5GB tu dah cukup besar. Aku cuma simpan dokumen jer.

Kalau nak try, teruskan ke drive.google.com/start

Keterangan lanjut : Google Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...