Tuesday 29 May 2012

Iklan SMS Tipu Dan Mengelirukan


Aku yakinlah semua orang yang ada handphone pernah dapat iklan sms yang entahapahapa. Kadang-kadang tu tengah-tengah malam, handphone bunyi ada sms. Kita ingat ada hal emergency ker apa. Sekali tengok iklan. Bukan sekali dua, malah selalu. Memang sakit hati. Lagi-lagi iklan yang separa lucah.. mari tengok video sayalah.. jom lihat video tersembunyilah.. video panas akan di delete, sila download sekarang... dapatkan video terkini yang baru dirakam semalam...entahapahapa.


Dan trend yang agak baru, iklan sms tipu. SMS tu suruh kita reply ON ke nombor yang dia beri. Kalau tak reply perkhidmatan akan terjejas. Contohnya: kpd mobile ********, anda diminta sms ON FA dan secara berasingan ON FB ke-36630 untuk Servis SMS Kandungan Skrg! Daftar Wajib.... lagi: Peringatan Akhir: Kpd 019****** diminta terima servis SMS mobile content baru 2012. Taip ON FX ke 36670 untuk servus tampa caj...Kita pun tak sure, perkhidmatan apa yang terjejas ni? Kalau tak balas nanti tak bleh pakai pulak handphone. Kita pun reply jer. Jawabnya.. kena telanlah kredit handphone kita tu 4-5 ringgit. Kalau sekali tu jer.. kira ok lagi... ini dia telan duit kita secara berkala..seminggu sekali dia makan.. kalau sorang RM5 kalau, pengguna handphone ada berapa juta dalam Malaysia ni? Setakat denda RM50k tu senyum jer dia bayar.

Lagi satu yang aku dapat tak lama dulu, lebih kurang macam ni bunyi dia : mata ganjaran terkumpul anda sebanyak 993 akan tamat.. pastikan menebus dengan sms REG ke bla bla bla.. lagi: anda diminta tebus bonus servis sms kandungan sekarang.. sms ON BB ke 33329 bla bla bla...ni semua perangkap! Memang penipu betul. Tak habis-habis nak pedajal orang. Kalau masuk perangkap, tetiap minggu kredit handphone kena tolak. Dia tolak senyap-senyap pulak tu. Alih-alih kredit kita tinggal sikit.

Aku cerita ni pasal aku sendiri pun terkena. Kalau aku topup RM10, esok tinggal RM6, lusa tinggal RM2. Padahal aku tak buat apa-apa pun kat handphone. Sebab tu aku dah malas nak topup handphone aku. Handphone aku tu aku guna untuk tengok youtube jer guna wifi.. hahaha... kalau ada benda penting jer baru topup.

Aku harap ramai pengguna diluar sana bertindak macam aku. Selagi perangkap iklan sms ni tak dihentikan, aku akan buat macam ni.

Tapi mungkin pasal ramai yang dah buat macam aku, topup sekali sekala jer, celcom dah buat kaedah baru plak. Kalau tak topup dalam masa 50 hari, nombor akan kena blok. Nombor handphone aku ni dah 13 tahun tak pernah tukar. Aku dah langan celcom sejak tahun 1999, dah 13 tahun dah. Kira pelanggan setialah. Tapi makin teruk pulak servis dia. Loyalty bonus pun dah tak der. Kalau kena blok nombor aku, bye-bye lah untuk Celcom. Try nak hijrah ke service provider lain.

Berbalik kepada kisah SMS tipu, sepatutnya dah lama SKMM bertindak. Dah bertahun-tahun aktiviti ni berleluasa. Dah jutawan dah lanun-lanun tu. Pihak penyedia perkhidmatan pun patutnya ada juga mekanisme sendiri untuk menyekat perkara macam ni. Bukan kira untung jer!

Siapa yang bagi nombor handphone aku kat lanun-lanun tu? hampeh betul!

* Tips:
Kalau tak nak terganggu dengan SMS sampah malam-malam buta, macam aku. Gunalah SMS Blocker untuk Android(selain android aku tak tahu.. hahaha). Aku dah guna software ni. Yang free jer. Kira baguslah.

Dua syarikat didakwa hantar iklan SMS mengelirukan (dua jer!!!??)

SEPANG 22 Mei - Sebuah syarikat pembekal kandungan, Everest Mobile Sdn. Bhd. didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghantar iklan mengelirukan kepada pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Syarikat itu didenda setelah Pengurus Pemasarannya, Toh Hong Siang, 27, mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mengiklankan notis mengelirukan menggunakan kod ringkas 63300 yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak Celcom.
Gagal bayar denda, wakil syarikat terbabit boleh dihukum penjara lapan bulan.
Iklan tersebut yang dihantar kepada nombor pelanggan Celcom menyatakan: ``RM0.00 Notis: Anda diminta taip ON DQ ke 37272 segera untuk aktifkan SMS Content Terbaru sekrg! Tanpa caj pendaftaran.’’
SMS itu didapati mengelirukan pelanggan kerana tiada maklumat harga perkhidmatan langganan dan maklumat penyedia kandungan seperti yang diperuntukkan di bawah Syarat Lesen 2.2, Lesen No. ASP/C/2005/3 yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Hakim Zuhrina Mohamed Nor menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan kes satu lagi syarikat pembekal kandungan, Makro Kiosk Berhad atas tuduhan berlainan setelah wakil syarikat tersebut mengaku tidak bersalah.
Premis itu didakwa menghantar SMS kepada pelanggan Celcom iaitu: ``RM0.00 SMS/MMS content* Telefon bimbit anda perlu diaktifkan semula skrg! Sila sms ON DM dan ON DN ke-32655. Hubungi 21643273 utk optout servis.*3gp''.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, pihaknya bertindak tegas terhadap pembekal kandungan yang aktif menghantar SMS mengelirukan dan memperdaya pengguna untuk `bersetuju' agar kredit mereka dipotong secara beransur-ansur tanpa disedari. - UTUSAN 

Syarikat didenda RM50,000(jer!!??)

SEPANG 22 Mei - Sebuah syarikat pembekal kandungan, Everest Mobile Sdn. Bhd. didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menghantar iklan mengelirukan kepada pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Syarikat itu dijatuhi hukuman tersebut selepas Pengurus Pemasarannya, Toh Hong Siang, 27, mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mengiklankan notis mengelirukan menggunakan kod ringkas 63300 yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak Celcom.
Gagal bayar denda, wakil syarikat terbabit boleh dihukum penjara lapan bulan.
Iklan tersebut yang dihantar kepada nombor pelanggan Celcom menyatakan: ''RM0.00 Notis: Anda diminta taip ON DQ ke 37272 segera untuk aktifkan SMS Content Terbaru sekrg! Tanpa caj pendaftaran.''
SMS itu mengelirukan pelanggan kerana tiada maklumat harga perkhidmatan langganan dan maklumat penyedia kandungan seperti yang diperuntukkan di bawah Syarat Lesen 2.2, Lesen No. ASP/C/2005/3 yang dikeluarkan kepadanya.
Premis tersebut yang beralamat di Bandar Puteri, Puchong dekat sini selaku pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 4.33 petang, 20 Julai tahun lalu.
Ia didakwa mengikut Seksyen 127(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua- duanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, SKMM bertindak tegas terhadap pembekal kandungan yang aktif menghantar SMS mengelirukan dan memperdaya pengguna untuk 'bersetuju' agar kredit mereka dipotong secara beransur-ansur tanpa disedari.
Menurut fakta kes, SKMM membuat laporan terhadap syarikat berkenaan pada 11 Ogos tahun lalu selepas bertindak atas aduan seorang pelanggan berhubung penerimaan SMS mengelirukan.
Hasil siasatan mendapati, premis tersebut gagal mematuhi piawaian mandatori untuk Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih iaitu SMS yang dikeluarkan oleh SKMM dan selanjutnya melanggar syarat lesen.
Pegawai Pendakwa dari SKMM, Zairulnahar Zakaria dalam hujahan bertulisnya kepada mahkamah menyatakan, setakat tiga bulan pertama tahun ini, SKMM telah menggantung sembilan kod ringkas yang membabitkan penghantaran promosi mengelirukan dan kes hari ini merupakan kes ketiga yang berjaya dibawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, Hong Siang yang tidak diwakili peguam memohon denda yang ringan kerana kesalahan itu adalah yang pertama sepanjang lapan tahun syarikat itu beroperasi.
Sementara itu, Hakim Zuhrina Mohamed Nor menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan kes satu lagi syarikat pembekal kandungan, Makro Kiosk Bhd. yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berlainan iaitu menggunakan kod ringkas 66688.
Syarikat itu yang diwakili oleh Pengurus Perhubungan Perniagaannya, Koh Yaw Fui, 34, dibenarkan diikat jamin RM5,000. Dia diwakili oleh peguam-peguam Kwan Will Sen dan Angela Yap.
Mikro Kiosk Bhd. didakwa menghantar SMS kepada pelanggan Celcom iaitu:''RM0.00 SMS/MMS content* Telefon bimbit anda perlu diaktifkan semula skrg! Sila sms ON DM dan ON DN ke-32655. Hubungi 21643273 utk optout servis.*3gp''.
Premis tersebut selaku pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) didakwa melakukan kesalahan itu di antara pukul 10.03 pagi dan 12.49 tengah hari, 17 Julai tahun lalu. [sumber]
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...