Semalam aku ke Proton Plentong lagi untuk servis exora aku kali yang ke 5 pada KM 32000. Aku call service center tu dah dua tiga hari lepas untuk booking.
Pada mulanya bila aku cakap ABS aku ada problem diorang suruh datang pagi pasal panjang sikit masanya untuk settle masalah manalah tahu kot-kot kena tempah alat ganti. Tapi oleh sebab aku tak ada masa nak datang pagi, aku cakap aku datang servis jer... ABS tu cek dulu, kalau kena order, aku datang lain kali jer.
Lampu ABS tu menyala lebih kurang dah dua minggu. Memandangkan dah nak tiba waktu servis aku biar ajer.
Jadi aku pun datang pukul 3 petang hari Jumaat semalam. Aku pun cakap nak servis dan cek ABS.
Sambil-sambil tunggu tu aku jengah-jengah Suprima S. Aku tak tengok lama-lama, takut tergoda pulak. Tapi secara kasarnya aku tengok nampak lebih class dari Preve. Dalamannya pun nampak lebih berkualiti dan elegan. Tapi warna pilihan tak cukup menarik. Yang ada kat showroom tu cuma silver dan biru... aku tak minat. Secara keseluruhan memang mantap..
Dalam pukul 5, semua settle termasuk dengan ABS tu sekali. Diorang ganti sensor ABS kat tayar depan sebelah kiri. Alhamdulillah, semuanya masih dalam warranty lagi. Inilah first time aku claim warranty sepanjang hampir dua tahun aku pakai exora ni. Sebelum ni memang tak ada apa-apa problem.
Jadi aku cuma perlu bayar servis biasa jer, semua sekali RM280... minyak hitam fully sintetik dan lain-lain termasuk service charge RM65.
Next service ialah pada KM42000 atau 6 bulan dari semalam 4 April 2014.
Rugi tak sempat basuh kereta free pasal masa dah suntuk...