Friday, 18 February 2011

Repair Pen Drive Yang Tak Boleh Format

Hari tu ada sorang kawan aku, bagi aku satu pendrive/thumbdrive kingston 4GB. Dia cakap pendrive tu dah problem. Tak boleh nak save file masuk dalam tu. Nak ambil file boleh. Nak save yang tak boleh. Kalau nak save file atau nak delete file Windows akan alert write-protected. Nak format pun tak boleh!! Apa lagi, dia pun beli pendrive yang baru.

Dia bagi aku pendrive yang problem tu. Dia cakap kalau aku boleh bikin pendrive tu, dia bagi free jer kat aku jer pendrive tu.

Aku pun apa lagi. Cuba jer lah. Tak ada hal.

Harga Pendrive dan External HDD
Aku bukan apa. Pendrive 4GB pung bukan mahal sangat sekarang. Harga terbaru yang aku tengok dalam lingkungan RM20, kalau tak silap. Design pun cantik-cantik. Yang paling besar 32GB harga dalam lingkungan RM170. Erk.. berbaloi ke beli pendrive sampai RM170? Baik belik external hard disk. Harga lebih kurang sama, tapi lebih besar capacity.. 500GigaByte tu..Besar tuuu....!

Tapi hati-hatilah kalau beli pendrive. Takut dapat yang fake a.k.a pirate a.k.a orichina punya. Dah bersepah pendrive yang fake ni. Bukan tak boleh pakai, tapi takut tak tahan lama. Mana tahu hari ni simpan data-data projek juta-juta, sekali besok tak boleh bukak pulak.. projek juta-juta tu tak kisahlah sangat, tapi rugi tu baru jer beli pendrive, dah tak boleh pakai, dah kena pegi beli lagi.. jauh tu kedai pendrive..

Pasal pendrive yang rosak tadi tu, sebenarnya sikap ingin tahu, dan rasa nak mencuba tu yang buat aku nak try. Masalah problemnya setakat tak boleh format, jadi aku fikir mungkin disebabkan virus kot?

Tapi...

Macam-macam cara aku cuba. Cari macam-macam software low-level format. Macam-macam aku download. Berjam-jam juga aku cuba. Masuk forum-forum kat internet, cari masalah yang sama. Balik-balik cara penyelesainnya hampeh.. Hampir nak putus asa gak.

Kalau guna software-software biasa untuk format pendrive tu, nampak macam boleh. Tapi dia punya hasil, yilek, zero. Tak berhasil. Pendrive tetap problem.

Akhirnya, berkat ketekunan dan  keikhlasan aku yang tidak pernah mengenal putus asa, aku jumpa juga software yang sesuai. Akhirnya, berjaya juga pendrive tu diperbaiki. Bertambah aku punya koleksi pendrive.. hehehe..

Jadi, disebabkan hati aku yang baik ni, aku ingin berkongsilah dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni software ni.

Silalah download dari link di bawah dan simpan baik-baik. Mana tahu boleh dapat pendrive free macm aku.. hehehehe:


Macam mana nak guna? Senang ajer. Lepas download. Cucuk pendrive dalam USB port. Terus run program tadi. Dia akan terus detect pendrive tu. Pastikan pendrive tu pendrive yang betul. Kalau tidak, kes naya..

57 comments:

sawn said...

rajin betul ko ni

mancisdahbasah said...

biasalah. aku memang rajin. kekekeke!

ahmadhatizah said...

bro, x bleh pun.. email aku..
aburamehateza@gmail.com

mancisdahbasah said...

ahmadhatizah:
cubalah try cari tools lain kot-kot ada yang lagi bagus. Tapi kalau tak boleh juga, penyelesaian paling tepat ialah kena beli baru ler..

♪♠Azs♠♪ said...

salam.. mintak prtolongan sikit pasal thumbdrive... fail dlm thmbdrive tu tibe2 jadi shourtcut??? kenape ek?? macamna nak betulkan balik macam fail biase?????? still nak guna lg smua dcment lam folder2 yg jadi shortcut tu?? :(

mancisdahbasah said...

Azs:
mcm mana plak bleh jadi short cut? sure ke mmg ada file asal dlm thumbdrive tu? kalau mmg file short-cut yg tinggal, mmg tak boleh buat apa-apalah.

cuba yg ni, mungkin file asal ter'hidden' angkara virus durjana..

Windows XP:
1. buka windows explorer
2. kat menu atas tu klik Tools > Folder Options
3. klik View tab
4. Di bahagian Advance Settings > Hidden Files and Folder
5. Pilih 'Show hidden files and folders'
6. Tekan OK dan refresh drive thumbdrive tu.

Kalau Windows 7:
1. buka Windows explorer
2. Klik pada menu atas tu, Organize > Folder and Search Options
3. 3. klik View tab
4. Di bahagian Advance Settings > Hidden Files and Folder
5. Pilih 'Show hidden files, folders adn drives'
6. Tekan OK dan refresh drive thumbdrive tu.

mancisdahbasah said...

ok... aku dah jumpa masalah ni..
file dan folder asal dah disorokkan oleh virus/malware.. lepas tu virus tu create shortcut kpd file2 dan folder tadi utk mengelirukan user.

bila user double-click short tu tadi maka merebaklah virus/malware itu ke netbook/computer anda.

untuk nampakkan balik file2 dan folder asal sila ikut step2 di atas, tapi dilangkah ke 5:
UNCHECK 'hide protected operating system file'

jangan lupa untuk full scan computer anda dengan antivirus.

Anonymous said...

download jer instaler show hidden fail...stkt ni gua ade yg pling hebat my sifu yg buat..alhmdulillah....relexbro@yahoo.com

Anonymous said...

ni sumber yg saya google dan dah try..menjadi la nk kembalikan fail shortcut tu kpd asal.

start > run > cmd > taipkan, attrib -h -r -s /s /d f:\*.*
kemudian enter.tunggu sehingga keluar baris seterusnya(bergantung kapasiti disk/pendrive)

'f' adalah lokasi disk/pendrive dlm pc tu.kalau 'g' ganti la dgn g:\*.*

harap membantu.

ibby said...

alhamdulillah thanks sgt berguna infOrmasi yg diberi ;) thumbs up

Anonymous said...

salam..nak tumpang tanya,kalu kepala/port utk pendrive da accidentally patah,boleh recover balik x data dalam tu?ade x tau kat mane kedai2 yang boleh recover blk data dlm pendrive?dkat low yat ade kdai bole wat tp cost tggi sgt plak smpai rm250.ada sesiapa bole membantu?tq

mancisdahbasah said...

salam.. tak pernah buat lagi so aku tak taulah.. sorry..

Anonymous said...

salam..,mintak tlg klau terer..,ada x software atau apa2 aplikasi yg boleh untuk membuka fail2 (video,pic) berformat (ecp=encryption)..???

fatin zulaikha said...

nak tanya, kalau bila kita cucuk hard disk,lepas tu dekt komputer tulis 'your drive is not install bla bla bla..' macam mana nak buat ye? file2 dalam tu masih ade ke? thanks :)

Ely Cute said...

best baca blog ni, byk ilmu yg dkongsikn.
ermmm..nk tnya sy ada 1 pendrive PHILIPS (pendrive free jerr) bila cucuk kat laptop@pc, laptop trus hang. langsung x leh wat ape.. padahal pendrive tu masih kosong..

mancisdahbasah said...

Ely Cute,
Kena test kat pc lain dulu. Kalau jadi benda yg sama..mmg sahihlah pendrive tu dah rosak.

mancisdahbasah said...

fatin zulaikha,
cucuk external hard disk ke? susah gak nak jawab. kalau saya kena mcm tu, saya akan test kat pc2 lain dulu.

Ikhwan said...

terima kasih bnyk2 bro.....berhasil lah....sya hantar kt kedai pon dorg x tau nk wt........

[[m]] said...

salaam, program yg kat atas boleh recover balik file2 yg ada dalam pendrive tu ke? atau dia format habis? tq

mancisdahbasah said...

software kat atas tak boleh recover file. kalau nak recover file yg terdelete cuba cari kat google file recovery. ada byk software yg boleh buat.

kingkong0160 said...

dah cuba tapi keluar msg USB Flash Disk not found

mancisdahbasah said...

usb flash disk not found tu macam komputer tak dpt detect pendrive jer.. tu dah masalah lain, tak boleh settle dgn cara di atas.

jnor said...

bro.macam2 kau tahu..kau belajar dari mane ek..

Anonymous said...

ader x penyelesaian bagi hardisk yang x boleh detect?

Anonymous said...

kalau sd card boleh ke?

mancisdahbasah said...

jnor: belajar dari internet jer..

mancisdahbasah said...

ada beratus tips kat internet mcm mana nak repair hard disk yg tak boleh detect, tapi setakat ni, aku tak pernah lagi berjaya settlekan masalah hdd aku yg dah tak boleh detect. mmg kira habis riwayat dia lah tu..

mancisdahbasah said...

sdcard tak pernah cuba lagi..

Anonymous said...

ada lg ka cara lain ni??? saya dah download sistem ni tapi tak support pula....mcm mana tu?

Anonymous said...

knpe bile run, kuar diolog msg kte usb flash disc not found, padahal dah connect dah kat usb port n system dah detct?
camne nak buat?

mancisdahbasah said...

kadang2..pendrive ni ada dia punya system sendiri untuk access ke storage dia, contohnya mcm pendrive toshiba. bila dah connect dan system dah detect, cuba click kanan pada icon pendrive di systray dan pilih explore.

Unknown said...

salam bro, izin nak share tips ni yer di blog saya... terima kasih.

Naddy said...

tak boleh jugak lah..die cakap no usb found..nape eh?

mancisdahbasah said...

Naddy:
kalau no usb found tu, rasanya dah betul2 rosak agaknya..

Abu Wajdi said...

error: Preformat not supports this IC!

عين شاميمي said...

abis tu kalau saya cuba cara yg awk bagi ni, sy boleh recover balik fail-fail yang ada dlm pendirve tu? pendrive tu mungkin boleh diperbaiki tapi boleh ke recover balik? sy takut nk buat... :( tolong saya...

mancisdahbasah said...

عين شاميمي:
rasanya tak boleh recover file lama

Anonymous said...

cube software gets data back..mungkin boleh membantu..

Anonymous said...

fuhh betullah menjadi, tambah satu lagi pendrive yg baru, akhir nya jumpa jalan yang lurus, ha.ha.ha

PendriveLover said...

Ya Allah ya tuhanku... Alhamdulillah dpt jgk format akhirnya! Thankyouu thankyouu thankyouuu!

Anonymous said...

Pergghhh! giler r sofware nie!.. habez licin aq nye data dlm pendrive kene f0rmat.. kalau nak dajal owgnye pendrive p0wn w0ky gak..xD hakhak! apew2p0wn.. thank br0o! peace!! Vm

Anonymous said...

apsal dier punyer link tuh unavailable ar?????dah banyak kali aku loading,,,still the same,,,,,,sakit sungguh lar hati aku.....oh sebelum tuh,.,,,,tolong send dier punyher link kat theamirshusni@yahoo.com

mancisdahbasah said...

aku dah try download.. okay jer dia punya link.. try lah semula

Anonymous said...

bro, lau extHDD bleh guna jgak erk tool' nih ??

mancisdahbasah said...

tak tau ler pulak...tak pernah test kat ext HDD.

madwali said...

bang..nak tanya skit,kenapa pendrive sye tiba2 (not recognized) dan bagaimana cara2 nak dapatkn smula fail2 didlmnya

mancisdahbasah said...

try kat komputer lain.. kalau sama gak, maknanya dah tamatlah riwayat dia.. fail2 dlm tu kira burn la

Unknown said...

salam broo......sy tau mmg dah ketingalan kalo cter pasal pen drive...tp bende 2 masih ramai lg yg gune.....nk tnye laaa sy ad pen drive kalo x salah bulan lepas sy bukak masuk kan data xbnyk mane pon....tp skarng nak bukak x bolh langsung maksud sy x kuar penymbng usb pon pada leptop....biasa nye pada kompenen yg mane masalah....jnma kingston 4 gb... bukan ape sy baru je beli exstenal hard dics...ingt kan nk simpn dlm tu semua....bolh betulkan kew....huhuhuhuhu

mancisdahbasah said...

kalau tak boleh detect... mungkin pendrive tu dah rosak..
cer try cucuk kat komputer lain untuk confirm kan..
sebelum tu boleh gak try bersih2kan dia punya penyambung tu..

Anonymous said...

berjam-jam aku abiskan mase..
spe2 bley tlong gua..pendrive aku da 2 jahanam akibat virus yng durjana

Unknown said...

klu external plak yg x bole detect mcm mana? cucuk kat laptop x kuar apa2 pun.. ada cadangan x?

Unknown said...

klu external drive bila cucuk d laptop langsung x kuar apa2.. ada cadangan x untuk baiki? atau pun campak ke tong sampah..

dean said...

bila aku buka pc aku dia kuar windows loading file...ok la dia loading ...tunggu punya tunggu 2 jam loading tak habis lagi....apa masalah tu....blh tolong

Unknown said...

Mmg tk berapa reti bab2 ni...tp...skdr tahu cam gitu jer laa...pendrive ni cam tk leh connect langsung laaa.pada hal baru jer lepas guna...hari yg sblm2 tk der masalh...computer langsung tk dpt detect...ada kh pendrive tetiba bole rosak...huh data plak bnyk kat dlm tu ..cam ner nk wat yer?...sila bantu....terima kasih...

Unknown said...

salam bro sya ada mslh jga psl pndrive . . bila sya cucuk pndrive tu dia ada bunyi tpi dia x show . bla cucuk buka mcm2 kluar ada uknwon dvice , pelik2 bnyk cra sya buat unistall device mass storage sma jga . . apa mslh tu

Anonymous said...

Weyh,,aku ada pendrive ni bila aku cucuk kat laptop @pc dengar bunyi tapi tak ada apa apa yg keluar dekat pc@laptop mcm mna nak selesaikan masalah ni

Unknown said...

Hai sya nk tnya, pndrif sya sblm ni hidden file, sya bawa g kdai mnta tlg org tu buat .. Org kedai tu ckp pndrif sya "shortcut" lpas dia buat mcm2 sya dah nmpk file yg sya nk tu. Memandangkan proses dia buat tu agak lama, so dia mnta sya dtg balik slpas 15mnt.. Slpas tu, msa nk ambl pndrif tu tba2 dia ckp pndrif tu dah x dpt detect ,(bila sda cucuk pndrif tu, x kluar pa2 dkat my computer tu) dia dah try bberapa lptop yg lain.. Ada cara lain tk utk sy dpt balik file kat dlm pndrif tu??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...