Thursday, 14 April 2011

Wireless Networking Problem di HP Mini Netbook 1Malaysia

Aku rasa, siapa-siapa yang ada pakai HP Mini ni (Netbook 1Malaysia) ni akan atau pernah menghadapi masalah problem yang sama. Masalahnya ialah tak boleh connect guna wireless networking. Masalah ni, datangnya tak tentu. Kadang-kadang tengah pakai wireless elok-elok lepas tu kita tekan button untuk off wireless sementara waktu, pas tu bila kita nak on balik dia dah tak nak on pulak. Lagi satu, kita start jer netbook tu, dia dah memang tak boleh connect wireless.. padahal masa kita shutdown netbook tu tadi, ok jer..

Aku memang selalu jumpa problem netbook ni tak boleh connect wireless. Masalah ni memang biasa. Nak fix problem ni pun tak susah sangat, tak yah sampai hantar kedai repair... hehehe



Problem

HP Mini wireless networking not functional.
Operating System : Windows 7

Penyelesaian

1. Mula-mula cuba on button wireless dulu di keypad ( on = putih, off = merah). Boleh on atau tak, teruskan ke langkah ke 2. Kadang-kadang boleh on (lampu putih) tapi wireless network masih tidak berfungsi.

2. Buka Control Panel > Network and Sharing Center


3. Double klik button mouse kat X yang berwarna merah tu.
Sebenarnya dengan tekan X tu, kita nak buat troubleshooting. Tapi yang bagusnya dalam Windows 7 ni, dia akan detect dan buat auto fix kalau ada problem yang dia boleh fix sendiri.

4. Lepas detect problem, ia akan senaraikan problem tersebut dan ia juga akan cadangkan langkah penyelesaiannya. Kita cuma follow sahaja suggestion Windows.


5. Lepas tu, Windows akan auto fix problem tersebut.

6. Kalau boleh solve problem tu, Windows akan display lah problem tu dah fixed. Kalau tak boleh fix, Windows akan cadangkan cara lain pula.


7. Tapi pada netbook 1Malaysia ni lain sikit. Bila dah buat langkah-langkah kat atas tu, biasanya wireless takkan terus ok, yang ok cuma button wireless pada keyboard akan tukar jadi kaler putih. Jadi, lepas ni kita kena restart netbook tersebut.

Biasanya, lepas restart wireless akan ok semula. Kalau tak ok, cuba ulang semula langkah-langkah kat atas.

Catatan
Langkah penyelelesaian kat atas tu cuma sesuai hanya jika netbook tak boleh buat connection wireless tanpa sebab. Jika korang baru lepas install Windows 7 atau baru lepas buat recovery Windows, masalah mungkin disebabkan oleh driver yang tak di install atau driver tidak sesuai. (HP Mini ni ada 2-3 jenis wireless network adapter, jadi ada 2-3 jenis driver... kena try lah satu-satu.)

Untuk kenal pasti jika ada masalah pada driver boleh lihat pada Device Manager.

Cara buka Device Manager:
1. Tekan Windows Key + Pause Key pada keypad

2. Klik pada Device Manager

Dalam Device Manager kat gambar atas tu, kita dapat lihat peralatan yang bermasalah dapat dikenalpasti dengan tanda seruan. Dalam gambar atas peralatan yang bermasalah ialah Base System Device dan Multimedia Audio Controller.

12 comments:

fauzi razali said...

salam..
ya sy pnya mslh sme cm awk..
dh ikot cara2 y awk bg kt ats..
tp still problm lg..
button wifi dh on..tp mcm ie x detect modem wifi sy..nk kata modem rosak...xjugk..dh try komputer len..n blh detect...der cara len x??plz help me...

mancisdahbasah said...

salam..
kalau langkah2 kat atas tu tak membantu, mungkin ada masalah pada network adapter.

mula-mula try cek device manager (ikut step kat atas tu). Kalau di bahagian "Network adapters" tu, device Wireless ada tanda seruan kuning, maknanya mungkin driver WLAN tak diinstall dengan betul.
Kalau bahagian "Network adapters" tu tak ada langsung device yg bernama *wireless*, itu maknanya WLAN driver tak diinstall.
Lagi satu nak tahu network device ada problem atau tak, tengok kat "device manager", kalau ada bahagian yang bernama "Other devices", lepas tu kat dalam dia ada device-device lain yang bertanda seruan... ada kemungkinan juga network adapter tak diinstall dengan betul.

Kalau network adapter tak diinstall dengan betul (mungkin salah driver), cuba download driver dia dari http://h20000.www2.hp.com/bizsupport/TechSupport/DriverDownload.jsp?prodNameId=4332753&lang=en&cc=my&prodTypeId=321957&prodSeriesId=4332667&taskId=135

ada dua jenis Atheros Wireless dengan Broadcom Wireless. Cubalah try satu-satu..

mancisdahbasah said...

ok, kalau dah lihat pada device manager tapi semuanya ok.. mungkin salah configuration pada network adapter agaknya..

1. buka control panel > network and sharing center > change adapter setting
2. klik kanan pada wireless adapter > properties
3. double-click pada Internet Protokol Version 4
4. Gunakan "Obtain an IP address automatically" dan "Obtain DNS server address automatically"
5. tekan ok dan restart netbook.

hasbullahrameli said...

a'ah..btol.kdg2 lost connection.tp dh free,lyan jelh..hahaha....tp org kate kalu nk solve prob ni mmg kne frmat smula netbook tu.pkai windows 7 ultimated pon blh than jg laju.windows starter ni very lmbaplh....

Hanif said...

sy pkai netbook ni gak..tkar pkai ubuntu..mslh die, ble download pape..kdang2 ble dh 90% ke atas, tbe2 mcm xde network xde..hangin tol ar..dh kne stat smule..klu kjap xpe..ni dh tgal dkat 1ari..xkn nk ulang 1ari lg

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG PULUT said...

salam....
wireless dah on tapi masih lagi masalah... mcm maner nie...nak kena format ke?

mancisdahbasah said...

Salam sekolah:

Cuba try dulu selesaikan guna cara kat atas tu..

tapi kadang2 masalah pada modem pun ada gak, cek dulu bebetul..

kalau dah habis bosan.. bolehlah try format..
tapi kadang2 format pun tak settle gak... hehehe

Anonymous said...

yeah dah boleh guna.thanks mancisdahbasah.install Broadcom Wireless bru boleh.fuh! lega.pening pale mengadap bende ni je.hehe

delannzz said...

salam mancis ...nak tanya pasal netbook ni ...knapa kalo ada laptop 2 atau 3 bijik berdekatan netbook ni tbley access ntwok ...tapi bila tkde ok je ...dah jumpa 2 ke 3 org member yg guna netbook kena msalah yg sama ... netbook ni mmg kalah dgn suma wireless laptop ke ... ada cara tak utk solve ... tq

mancisdahbasah said...

mungkin terguna nombor ip address yg sama kot. cuba set ke auto (dhcp) dlm config wireless adapter.

mancisdahbasah said...

Anonymous, sama-sama.
Netbook 1 Malaysia ni ada guna beberapa wireless adapter yg berlainan. Kena cubalah sampai boleh.

Gidik said...

sy dah instal wifi untuk leptop tpi sama juga tidak boleh connect.... ada tanda X pada network connection ... mcm mana nak selesaikan?? pls..help me


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...