Dalam post sebelum ni aku ada cadangkan supaya netbook hp 1Malaysia ni supaya menggunakan Windows 7 Ultimate kerana performance dia lebih laju berbanding Windows 7 Starter yang lembab walaupun pada spesifikasi komputer yang sama.
Dalam post ni aku nak tunjuk cara-cara untuk install Windows 7 Ultimate masuk ke dalam netbook HP 1Malaysia.
Biasanya netbook tak ada CD-ROM drive, jadi kenalah install melalui pen drive. Sebenarnya install Windows 7 menggunakan CD-ROM tak berbeza sangat dengan install menggunakan pen drive. Yang membezakan cuma pemilihan media untuk boot pada peringkat awal.
Langkah 1: Persediaan
Perkakas/benda yang diperlukan:
1. USB Pen Drive Windows 7 - cara nak buat pendrive Windows 7 rujuk post ini.
2. Driver-driver seperti display driver, sound driver, network driver etc. Download dari web site HP untuk driver HP Mini 1100
Langkah 2: Boot melalui USB Flash/Pen drive Windows 7
Cucukkan USB Flash drive ke port USB dan switch on netbook. Masa mula screen start-up tu terus tekan ESC (untuk Netbook HP, lain jenis notebook lainlah key-nya)
Tekan F9 untuk BOOT Device Options. Akan keluar Boot Manager macam dalam gambar di bawah.
Pilih USB Pendrive guna up atau down key. Macam contoh kat atas tu pilih KingstonDataTraveler2.0. Lepas tu tekan Enter.
Lepas tu masa keluar instruction ni "Press any key to boot from CD or DVD..." cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.
Lepas tu komputer akan boot melalui pen drive Windows setup tersebut.
Langkah 3: Setup Windows 7
Sebaik sahaja berjaya boot melalui USB pen drive, dah senang dah. Cuma perlu ikut arahan pada screen.
Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next |
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows |
Tunggu beberapa saat. |
Pilih Architecture x86 |
Setuju dengan lesen, dan tekan Next |
Pilih Custom (advanced) |
Kalau sebelum ni komputer anda ada operating system Vista, boleh pilih Upgrade. Windows XP tak boleh direct terus upgrade ke Windows 7. Jadi kena pilih Custom(advanced) untuk buat fresh install.
Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7 |
Kalau komputer ada banyak hard disk atau partition, dia akan paparkan kat sini untuk kita buat pilihan.
Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options. Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus. |
Dalam Drive options(advanced) |
Kat sinilah kita boleh buat atau delete partition dan format hard disk atau partition. Lepas dah settle, tekan button Next untuk memulakan proses installation. Pada kebiasaannya, akau akan buat dua partition minimum untuk memudahkan kerja backup mengbackup kalau apa-apa jadik. Dalam demo ni, aku tak buat partition.
Windows 7 sedang diinstall |
Bila dah kat sini, bolehlah rilek-rilek sambil makan kuaci. Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada kepoweran komputer anda. Komputer juga akan restart sendiri beberapa kali. Jangan risau, biarkan sahaja sampailah ke gambar kat bawah:
Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next |
taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja tekan button Next. (Aku malas nak letak password) |
Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate, takyahlah activate dulu. |
Aku selalu pilih yang tengah-tengah. |
Betulkan time zone. |
Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network. Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network. (Benda ni boleh juga diubah kemudian) |
Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing. |
Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni. |
Lepas ni apa nak buat?
Langkah 4: Install device driver
Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan driver yang kita untuk install driver-driver tersebut.
Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan klik kanan mouse > klik Properties |
Lepas tu klik pada Device Manager |
Inilah device manager |
Kat Device Manager ni kita boleh periksa perkakas belum siap diinstall (yang mungkin belum ada driver atau mungkin bermasalah). Jadi, cubalah install satu-satu driver yang ada.
Bila dah siap install driver, barulah install software-software lain. Macam aku, lepas ni aku install Ms Office, Mozilla Firefox 4, Nero, Adobe Flash Player etc.
*Dari pemerhatian aku, install Windows 7 menggunakan USB pen drive ni sebenarnya lebih pantas dari menggunakan CD-ROM.
Itu sahaja, semoga bermanfaat...
Bila dah siap install driver, barulah install software-software lain. Macam aku, lepas ni aku install Ms Office, Mozilla Firefox 4, Nero, Adobe Flash Player etc.
*Dari pemerhatian aku, install Windows 7 menggunakan USB pen drive ni sebenarnya lebih pantas dari menggunakan CD-ROM.
Itu sahaja, semoga bermanfaat...
35 comments:
bro tak nak jual ke pendrive installer window 7 ni...? kalau jual, saya nak beli...
aku dh cuba install window 7 dlm netbook.. tp bla restart kna install blk win7.. cmna nk bt ni???
bro, kalo lenovo dia ade lagi satu OS yg bukan windows utk Quickstart feature dia, so kalo aku reboot notebook ni ko rase ape jd kat OS yg lagi satu tu ek?
bro. tq for the info. tapi bluetooth disable.
kalau netbook 1Malaysia yg emachine pon boleh jgk ke install windows 7 ni?yg sy punye RAM dia 1gb jer....
RAM 1GB, okay..no problem install Win 7.
Yg pasal bluetooth disabled tu, rasanya kena cari driver yg ada bluetooth sekali tu.
Quickstart tu ada dalam BIOS, so kalau format hard disk dia tetap ada. boleh enable/disable melalui BIOS.
klau utk netbook 1Malaysia brand Great Wall pon bleh bt cmni ka ? yg driver 2 aku dh download tpi cmne nk install ar ?
salam bro..knp bile restart dye intall windows balik....??
salam bro...knp bila restart dye blik ke install windows...mmg camni k? klu tak camne nak buat?
bro...dah ok dah...tq for every info...
1. netbook brand great wall aku tak pernah buat. rasanya kena download driver lain iaitu khusus utk brand tersebut.
2. kalau restart dia terus masuk ke install windows, cabut pendrive lepas tu restart semula.
dah siap copy window ke usb then when nak setup xpata..rupe2 aku silap masuk win 7 64bit la pulak..hp 1malaysia tak support utk 64bit..aduyai..hehehe
thks bro!!!! terbaik...add kwn kat empires & allies
bro, kalau install dalam asus ee pc same ke cara die? ke tak boleh guna?
bro saya guna window anytime upgrade saja cari key crack pastu guna window loader
mcm mana klu butang esc rosak... ada cara lain x nak boot
Sesiape ade link nak download win7 ultimate dok? tolong ambe ni :3
boleh tolong bagi drivers x?
saya terformat dua2 drive masa setup...
Abdul Nasir Rosli:
Driver HP Mini boleh download dari sini: http://h20180.www2.hp.com/apps/Nav?h_pagetype=s-002&h_lang=en&h_cc=us&h_product=3841267&h_client=S-A-R163-1&h_page=hpcom&lang=en&cc=us
Saya ada win7 ultimate setup guna usb pendrive nak jual nak jual.
saya menggunakan notebook HP 1mlaysia(window 7 starter)
boleh tak upgrade ke window 8 yg baru shaja dilancarkan???
ada leh tolong tak... kat mne nak download all driver notebook greatwall? ada link tak
dimana nak download driver great wall
nice info ! hehe aku dah cuba. ;)
http://lovelynemo.blogspot.com
salamualaikum bos ku.....mo tnya sikit je. . . .aq dha install home basic untuk lenovo ideapad S110.....tpi dia pnya x bleh nak connect internet......cam mna ni.....apa yg kna sye pkai....!!
syahre azwan:
mungkin wifi driver tak diinstall dengan betul.. cuba cek dekat device manager.
assalammualaikum...cm na nk install driver wifi??dh dwnload driver kt hp tp xleh gk instal..
nak install driver?? senang je.. double click jer kat fail setup.exe atau seumpamanya.
kalau tak boleh/tak berjaya install maknanya salah driver.
salam.. kenapa xley nk install windows xp HP MINI 110-4100. new harddisk. THERE IS NO DISK IN THIS DRIVE. tolong selesaikan. please
Thankkkkkkk.....
slps restr cabut la pendrve
aku masuk 7 ultimate 32bit.. siap windows trus xleh on..64bit pun sama.. yyyyyyy
ASSALAM
saya nak tanya pasal format..
selepas kita dah siap format...
apa yang kita perluy lakukan...
sebab komputer saya lepas sahaja format...
mmg bvoleh digunakan...
tetapi..bila dah SHUTING DOWN...
x tahu lah apa masalah dia...
nak hidupkan dia tu banyak masalah...
lambat nak hidup...
sampai sehari dia loading...
saya dah cuba padamkan dia..
tapi dia tetap lambat..
sebenarnya..
selepas format..kena buat apa????
Post a Comment