Baru-baru ni aku dah test kedua-dua jenis mpv ni. Aku test Alza kat Branch Perodua. Tapi tak jauh sangatlah, setakat pusing-pusing area situ jer.
Apa yang aku suka kat Alza ni ialah:
1. Rupa paras dia. Aku mmg suka tengok alza ni pasal rupa luaran dia. Kalau siap dengan body kit, memang nampak sporty dan cute.
2. Design dasboard. Hari tu aku baru tengok betul-betul rupa dalaman dia. Aku sebenarnya tak berapa suka kalau meter panel letak kat tengah. Tapi panel meter dalam Alza ni, boleh cantik pulak! Memang cantik. Aku rasa memang ada orang yang beli Alza semata-mata pasal berkenan kat panel meter tu... hahahaha..
Dashboard Alza yang aku rasa cukup menarik. |
3. Tempat duduk depan jenis panjang terus utk kiri dan kanan (versi auto sahaja). Rasa seronok pulak tempat duduk jenis tu.
Yang aku tak berkenan pulak:
1. Sempit. Bila dah tutup pintu, aku rasa mcm sesak je. Tempat duduk belakang kalau orang saiz macam aku, cuma selesa duduk dua orang aje. Luas lagi tempat duduk belakang Myvi(lama).Baris ke tiga tu, aku rasa untuk budak-budak kecik bolehlah. Kalau tak pun sebagai hiasan je.
2. Brake. Aku rasa semua perodua macam ni. Kalau tekan brek jer, cengkaman tu agak mengejut. Jadi kurang selesalah. Kena tekan slow2. Kalau proton, cengkaman dia lebih smooth.
3.Foot Brake ganti handbreak. Alza ni dah lah kecik, lepas tu kat bawah tu ada foot brake padel pulak! Oleh sebab aku dah biasa bawak manual transmission, aku beberapa kali nak pijak foot brake tu yang aku ingatkan clutch pedal. Mungkin aku tak biasa. Tapi kalau dah biasa pun, tetap rasa sempitnya di bahagian kaki tu.
4. Pick-up. Aku rasa walaupun Alza ni saiz dia kecik dan menggunakan enjin 1.5, tapi aku rasa pick-up dia macam kurang. Kuasa dia untuk mula bergerak dari kedudukan tidak bergerak, macam tak cukup ajer.
Dalam 2-3 hari lepas aku pinjam Proton Exora biras aku. Dia baru jer beli Exora Auto. Best gak aku tengok. Aku pinjam untuk hantar family aku ke Senai Airport. Muatan 9 orang, 7 orang dewasa dan 2 orang budak kecik. Perjalan pergi muatan penuh, perjalanan balik aku sorang jer. Perjalanan 200km pergi balik, 10% jalan biasa, 90% highway (50%highway satu lorong.. hehehe).
Apa yang aku suka kat Exora:
1. Luas dan selesa. 7 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak masuk dalam tu pun masih rasa selesa lagi. Tempat letak barang pun, kira okay. Ada 5 buah beg saiz sederhana (under 7 kg) boeh muat.
2. Saiz besar. Kereta saiz besar ni, aku rasa gerakkan dia agak mantap dan meyakinkan. Tapi lalu tepi lori ada rasa angin juga, mungkin pasal kurang aerodinamik.
3. Performance. Laju woo Exora ni. Sapa kata Exora tak laju memang dia tak pernah bawak. Selamba jer naik 120kmh. Banyak kali aku tak perasan aku dah ter-overspeed. Tak rasa pun.
4. Pick-up. Kalau kat traffic light, selamba jer pergi bila lampu hijau.
Yang aku tak suka kat Exora ni pulak:
1. Performance engine: Susah nak potong memotong. Aku nak potong lori buah kelapa sawit pun ngeri. Exora ni speed ok, pick-up kat traffic light pun ok, cuma pick-up dari area 70kmh nak pergi 110kmh tu yang lemah. Mungkin pasal aku dah biasa bawak kereta aku. Kalau kereta aku, gear 5 pun boleh potong lagi, cuma tekan je minyak.. Exora auto ni, aku tekan minyak dia tukar gear dulu, engine mengaum dulu, baru potong.. lambat lak tuuu.
2. Seat depan kecik. Ni yang paling aku tak puas hati. Ruang tempat duduk bahagian depan ni besar, kenapalah Proton guna seat yang kecik. Muat-muat jer aku duduk. Oleh sebab seat dia kecik, jadi ada gap antara seat dengan pintu yang agak besar. Jadi bila nak bayar tiket parking atau nak sentuh touch & go kat plus, kena hulur tangan keluar panjang-panjang baru sampai. Lagi satu seat besar barulah best untuk perjalanan jauh, selesa. Bandingkan dengan tempat duduk depan Proton Wira atau Waja yang lebih besar, ataupun lebih bagus lagi Naza Citra atau Kia Rondo, besar dan mewah. Aku rasa saiz seat Exora ni sama macam Alza atau Myvi.
Seat Exora yang aku rasa kurang selesa saiznya. |
Kesimpulannya, antara dua MPV tu, aku memang berkenan kat Exora. Tunggu Exora turbo hujung tahun ni, mungkin masalah memotong tu boleh settle. Tapi tu la... harga mesti mahallah pulak!! Aku rasa harga Exora turbo full spec mesti paling kurang pun RM99k.... Adehhh.
17 comments:
ha..pergi beli exora tu dah kuar pun....
g la bli...exora turbo da kuar
dah gemuk salahkan seat kecik..heran
hahahaha..gemuk la pulok...
aku bandingkan saiz seat dgn wira, waja, myvi, citra, wish.. bukan dgn size aku.. apa derr.. aku tak gemuk laa..
oh ya.. aku dah beli exora pun.. dah 10 bulan pakai.. memang puas hati
exora turbo mmg best. cakap byk x guna...hahaha
aku ingat org yg komen kat atas tuh tak tgk bila ko post article nie..tahun lepas tuh.. hahahha laWAK biaWAK la WAK.. hahah..
alza bila dah tukar rim besar skit baru best bawak.. klu rim standart dgn tayar standart mmg goyang skit bila main corner..
exora punya jangka hayat tak lama. nak bayar 9 tahun. sendiri fikir la. engine 1.6. badan besar. berat. nak hilang masaalah letak turbo. apa jadi? turbo push engine terlimit limit. akhirnya..terkaBOOM!! apa lagi repair laa..semua barang dalam engine akan tercepat cepat haus.
Fuh dahsyat ahlul nujum negara ni. Boleh ramal apa jadi kt EB smpai 9 thn akn dtg wo.. xdak duit nk beli la tewww...
exora best... siapa ckp tak best maknanya tak pernah pakai... minyak pun lebih jimat dari wira 1.5 karburetor
exora saya tahun 2009 still mantap..selesa dan selamat..asal pandai belai semua ok!..
alza ok.sesuai untuk bawak harian pergi kerja. minyak jimat.pick up pon ok.saya bawak balik dari putrajaya ke kota bahru minyak baru rm60. pakai timing chain. enjin jepun dah tentu ok. setakat saya pakai 1 tahun tak pernah ada masalah. cuma kalau bawak kereta yang tak tukar sport rim (rim standart memang mcm tak stabil sebab tayar dan rim dia kecik. so, saya tukar rim saiz yang sama cuma lebih lebar sikit dan tayar lebih tebal (rim 15 tayar 55). mmg sedap bawak..tentang seat paling belakang mmg sempit. sesuai untuk budak2 sahaja. keluasan untuk barisan depan dan yang kedua mmg luas (boleh adjust klu tak pakai seat paling belakang ) susah nak compare btl2. sebab dari segi harga pon alza lebih murah dari exora. saya beli alza auto full spec (ezi) harga baru 64 ribu. exora auto saya rasa lebih mahal. kalau anak2 ramai dan dah besar mmg exora lebih berbaloi dari segi keselesaan. tapi kalau setakat nak bawa 4 orang dan kereta juga nak dibawa pergi kerja setiap hari better amik alza.
adoi..masing2 punya minat..aku pakai honda 2 tayar pon selesa gak....he.he..
Dah guna Exora sejak 2009..So far ok tiada masalah besar..Jalan jauh,naik bukit semua pun boleh redah..Keselesaan Exora jua yg terbaik...
4 tahun ja bagi masa kat exora... lepas tu jual.. sebab2
part banyak bunyik krek krek krek
enjin dah start bising
enjin hilang power...
seat dah hilang span.. erti kata lain duduk dah xbest
Pening pening.... mana satu aku nak beli nie.... ermmm.... pakai kancil lagi la jawabnyer....
Post a Comment