Sunday 23 October 2011

Kes Tipu Jual Beli Di Internet

Memang banyak kes-kes tipu yang melibatkan jual beli melalui Internet. Kebanyakkannya dah bayar, tapi barang tak dapat. Ada juga bayar harga penuh, tapi dapat barang yang dah rosak atau teruk kualitinya. Ada pulak tu, bayar harga barang original tapi dapat barang tiruan.. macam-macammm...

Tapi aku rasa 90% melibatkan kes pertama iaitu duit dah bayar, tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai. Bila kita call, dia tak angkat... atau kalau angkat si penjual akan bagi macam-macam alasan misalnya dah pos tapi belum sampai lagi, stok tak sampai, barang rosak so kena tunggu yg baru, tayar basikal pancit tak dapat pergi pejabat pos, mak tak bagi keluar, baju basah.... macam-macamlah alasannya.



Dari pemerhatian aku, barang-barang yang biasanya jadi umpan tipu ialah gadget-gadget terkini yang harga dia ratusan dan ribuan macam handphone, laptop, tablet pc, kamera murah, kamera mahal etc.. Dan ada juga kes kena tipu untuk beli rumah dan kereta.. (Alaaa.. kes beli rumah kena tipu memang dah biasa, itu yg beli rumah tapi tak siap2 berpuluh tahun tu... company bankrup, tapi pengarah selamba jer bukak company lain... tipu org lain pulak... biasa daahh).

Penipuan melalui jual beli internet di Internet ni bukannya susah nak trace. Biasanya si penipu akan bagi no. akaun bank yang biasanya bukan dia punya, tapi kenalan dia punya (dah pakat baik punya, walaupun tak mengaku). Bukannya susah nak trace akaun bank tu... Tapi memang menghairankanlah, kenapa pihak berkuasa kurang bertegas mengenai kes penipuan sebegini..

Alhamdulillah, setakat berbelas tahun dalam dunia Internet ni, tak pernah lagilah aku kena tipu. Lagipun aku tak pernahlah beli barang yang harga ribu-ribu, biasa beli puluh-puluh ajer. Pernah juga aku nak terbeli digital kamera 4-5 tahun lepas, tapi aku tak jadi beli pasal aku rasa kalau barang tu rosak susah juga nak tuntut warranty. Lagi pun beli kat kedai biasa, boleh belek-belek dan bandingkan macam-macam jenis depan mata.

Aku memang tak pernah beli kat mudah.my. Memang tak beranilah beli secara online. Biasanya kat mudah.my aku cuma survey harga jer. Kalau penjual tu ada letak alamat, aku pergi terus kat kedai dia. Kalau nak beli secara online ni, aku beli kat lelong.com.my. Tapi musti hati-hati. Kena cek latar belakang penjual dan rating dia, dah berapa lama dia jual online dan sebagainya. Kalau beli buku, beli jer kat online bookstore yang dah terkenal macam mphonline.com, popular.com.my etc..

Kalau nak beli secara online ni, kena syak wasangka sikit, jangan mudah percaya. Kalau tak ada pilihan untuk cash-on-delivery, memang aku reject terus. Kalau ada pun, masih kena hati-hati, terutama kalau beli barang yang mahal-mahal. Si penipu sekarang ni pun dah pandai. Dia iklankan boleh COD, tapi bila nak jumpa, macam-macam alasan dia. So, kita yang kurang sabar ni main setuju ajerlah buat bayaran. Habislah kena tipu.

Kes-kes tipu macam ni, makin lama makin banyak. Si penipu pun makin lama makin ramai dan makin berani. Mungkin pasal tak ramai yang di bawa ketengah. Memanglah. Kalau kena tipu pasal beli handphone RM300, turun naik balai polis, cari saksi, cari itu ini... macam buat penat badan jer. Duit entah dapat balik ke tak. Last-last kira burn ajerlah.

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.
Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.
"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.
Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.
Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.
"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman webmudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.
"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.
Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.
"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.
"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Anak remaja saya telah di tipu menerusi pembelian gadjet dari facebook. Transaksi antara 11/6/13 - 19/6/13. Individu itu menggunakan no tel 01124270810. Akaun yg digunakan CIMB 0803-0004577-200. Nama yang digunakan Norul Allia Ahmad ( mungkin menyamar). Talian masih aktif tapi reject calls saya. Mungkin masih tunggu mangsa baru agakya. Harap dapat sebarkan kepada ramai orang. Jangan jadi mangsa macam anak saya khususnya remaja.

Anonymous said...

Kes penipuan. Berhati-hati jika berurusan dengan syarikat atau ejen/pekerja ini. Barang yg di order (T-shirt) yg telah dibayar tidak dihantar.

ID Name di Lelong.com.my: tmaker
Nama: WEB STRATEGY SOLUTION SDN BHD
No. Maybank: 5644 0960 8251
Person in-charge: Leo (Tel: 012- 9088 605)
Tel: 03- 9202 8886 (office)
Email: tmakersales@gmail.com
Website: Tmaker.my

Saya khabarkan agar tidak ada yang menjadi mangsa.

Anonymous said...

Risau dengan kes penipuan sekarang ni. Saya memang tengah survey2 smartphone di lelong.my dan harganya pun tidak mencecah ribuan. cuma saya risau company ABC Phone Dot Com ni betul-betul boleh dipercayai atau tidak. bantu saya.

Pembeli said...

ABC phone dot com bila Nak tuntut warranty macam2 alasan. Susah. Lambat Dan dia malas Nak layan.

Anonymous said...

Saya kene tipu!! 200 melayang mcmtu je�� die bkn tak layan..die block
Nama nurfazlin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...