Thursday 22 December 2011

1000km First Service Exora bukan Bold

Petang tadi aku dah pergi service 1000km Proton Exora CPS aku. Beli pada 6 Disember, 21 Disember baru service yang pertama... makan masa 2 minggu jugaklah untuk sampai 1000km. Maklumlah kereta bukan selalu berjalan... ini pun macam dah kira selalu juga.. hari-hari nak naik Exora. Jalan sekejap pusing-pusing pun tak apa, janji dalam satu hari tu ada drive juga.. hehehe. Satu lagi, bila baca kat internet pasal Exora Bold lagi powerlah, lagi bestlah.... hati pun jadi macam tak best (psal dah beli CPS)... kena naik Exora pusing-pusing dalam setengah jam pun jadi... bila dah drive, rasa hati yang tak best tu akan jadi best. Pasal apa? Pasal Exora memang best... tak nyesal aku trade in Satria GTI aku, walaupun kuasanya tak sama..

Bahagian enjin Exora Prime
(Sorry.. gambar teruk.. sapa suka ambik gambar guna handphone,
jangan beli hp HTC..)


Thursday 15 December 2011

Exora Bold vs. Exora Old

(WARNING: Posting kali ini adalah posting untuk menyedapkan hati sendiri)

Menurut sumber-sumber dari forum, blog dan facebook di internet Proton Exora versi yang terbaru iaitu Proton Exora Bold akan dilancarkan esok iaitu 16 Disember 2011. Antara pembaharuan yang dibuat oleh Proton ialah dari segi rupa paras skirt, lampu depan dan belakang, engine turbocharge CFE dan gear(?) CVT. Oleh sebab aku baru jer angkat Exora H-Line tak sampai dua minggu maka tipulah kalau aku cakap aku tak rasa terkilan sebab tak dapat beli Exora CFE ni. Tak sangka pulak Exora versi turbo ni akan dilancarkan secepat ni. Kalau lepas 4-5 bulan, aku tak rasa ralat sangat.. isk isk..


Wednesday 14 December 2011

Akhirnya Aku Beli Proton Exora

Setelah beberapa lama aku fikir punya fikir punya fikir, dan pertimbangkan sampai hangus, akhirnya aku beli Proton Exora 1.6 H-line. Aku rasa dah berbulan juga ambil masa untuk aku nak buat keputusan ni. Bukan mudah punya keputusan.. hehe.  Kalau baca kat internet ni ada banyak pandangan negatif dan positif. Biasanya yang negatif ni adalah dari orang yang tak pernah naik Exora pun, cuma skeptikal dengan jenama Proton ajer, ataupun jenis orang yang memang pandang tinggi pada jenama luar. (Tak kurang juga kerana fahaman politik... kondem Proton pasal fahaman politik..HAHAHA!) Pandangan positif pulak biasanya ialah dari pemilik-pemilik Exora itu sendiri walaupun kereta dia selalu claim warranty kat Pusat Service Proton...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...