Wednesday 16 March 2011

Masa Di Ambil Google Search Untuk Index Post Baru Blog

Berapakah lama masa yang diambil oleh Google Search untuk masukkan mana-mana laman web atau blog masuk ke dalam indexnya? Ada yang seminit, ada sehari, seminggu, sebulan malah ada yang tak pernah kena index pun. Tapi, jawapannya mungkin hanya engineer kat Google je yang tahu.

Kenapa pulak aku nak tulis pasal Google Search? Pasal, pagi kelmarin aku telah melalui satu pengalaman yang best tentang Google Search.

Kelmarin aku tulis post pasal plugin Google Chrome untuk cek link nofollow. Bila jer siap, aku pun publishlah. Macam biasa, lepas publish post aku pun nak blogwalking kejap. Cara aku blog walking ialah aku search kat Google cari pasal blog-blog yang berkaitan dengan tajuk post aku hari tu.

Tiba-tiba aku terperanjat beruk. Aku tengok post aku yang aku baru jest publish tadi dah tersenarai dalam hasil carian Google. Kat dalam page 1 pulak tu!


Cek tarikh post aku tu kat sini lepas tu bandingkan dengan tarikhnya kat gambar atas.

Itu cerita kelmarin, Isnin 14 hari bulan. Semalam pun sama. Semalam punya post tajuk pasal impak gempa bumi  terhadap internet, baru jer lepas publish terus dah index. Page 1 lagi.


Aku cek kat blog-blog orang lain pun sama juga. Memang Google bot dah cepat index post. Kalau dulu, paling tidak pun 3-4 hari barulah dapat keluar dalam search result Google.

Jadi aku dapat simpulkan bahawa sekarang bot google dah cepat dah. Publish jer terus index, publish je.. terus index. Harap-harap dimasa akan datang dia jadi lebih bagus, belum publish lagi dah index... atau... belum tulis pun lagi, baru plan nak mengarang, tetiba dah index terus!!! wakakaka...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...