Tuesday 10 April 2012

KDrama - Me Too Flower


Sekarang ni jarang-jarang dapat drama korea yang best-best. Ada 7-10 bijik drama yang aku download tapi tengok tak habis. Biasanya sebelum aku download drama aku tengok dia punya viewer rating dulu. Kalau tengok rating dia agak memberansangkan barulah aku download.

Tapi entah macam mana, pasal sekarang banyak cerita tak best,.. aku pun download ajer mana-mana cerita bergantung kepada pelakon utama drama tersebut.


Aku pun download cerita romantic comedy ni, Me Too Flower ataupun I'm A Flower Too.

Memang aku tak sangka cerita ni sangat best. Kalau diikutkan rating.. memang menyedihkan.. memang underrated sangat. Cerita ni pun ditamatkan lebih awal dari jadual. Sepatutnya 16 episod, tapi dipendekkan jadi 15 episod pasal kurang penonton.

Semasa cerita ni ditayangkan, setesen tv lain sedang tayang cerita Deep Rooted Tree dan Man of Honor. Deep Rooted Tree aku dah tengok.. memang best.. tapi pada aku seronok lagi tengok Me Too Flower ni. Man of Honor aku belum tengok lagi..

Me Too Flower ni mengisahkan seorang polis wanita (Bong Soon) yang bermasalah (panas baran, keras kepala, ikut emosi, dari keluarga yang berantakan dan lain-lain lagi) tidak berpuas hati kerana tidak dapat kenaikan pangkat walaupun telah tiga tahun berkhidmat. Sebagai penyelesaian, pihak atasan telah mengarahkan dia agar menghadiri kaunseling dengan seorang pakar psikiatri.

Dalam pada itu dia telah berjumpa dengan seorang pemuda (Jae Hee) yang bekerja sebagai seorang valet (parking attendent/tukang parking kereta) kat pusat beli-belah barangan ekslusif Perche dan akhirnya bercinta. Jae Hee ni sebenarnya adalah seorang yang kaya raya dan merupakan rakan kongsi dan co-founder Perche.  Dia kaya tapi tak nak glamour, cuba menyembunyikan identitinya sebagai pemilik Perche. Untuk mengawasi perjalanan syarikatnya dia bekerja sebagai valet.

Biasalah.. dalam cerita korea.. sebelum bercinta memang bergaduh dululah. Asal jumpa jer gaduh, asal jumpa jer gaduh. Tapi lama-lama jadi kawan pulak..lepas tu bercinta.

Cerita ni kita macam boleh agak jalan dia. Tapi cara penceritaan dan olahan drama ni memang kreatif. Ceritanya mudah, macam cerita dulu-dulu.. lelaki kaya, perempuan miskin.. jumpa, bermusuh gaduh-gaduh, jadi kawan, jatuh hati, bercinta.. kawin..abis. Tapi olahan ceritanya yang buat dia jadi sangat menarik. Kita dapat tengok macam mana polis wanita bermasalah ni menjalankan tugasnya sebagai polis.. kaitan tugas polisnya dengan kisah cinta dia.. kisah heronya yang menjadi anak yatim sejak dari kecil tapi menjadi bilionaire pada usia muda.. dan macam-macam lagi.

Masa aku tengok tu, aku rasa baru episod 5 tapi dah macam-macam yang terjadi.. menunjukkan drama ni memang penuh dengan peristiwa setiap masa, laju dan menghiburkan.. tak boring. Lakonan pelakon-pelakonnya pulak taklah menghampakan walaupun jarak umur hero dan heroin dekat 10 tahun bezanya.  Heronya ni sebenarnya pelakon gantian saat akhir. Pelakon yang sepatutnya melakonkan watak Jae Hee ni telah cedera semasa dalam proses menjayakan drama ni.

Aku memang tak sangka cerita ni best sebenarnya.. tak puas aku tengok setakat 15 episod jer..

Rating
4.5 dari 5 batang mancis

Pelakon

Yoon Shi Yoon as Seo Jae Hee
Lee Ji Ah as Cha Bong Sun
Han Go Eun as Park Hwa Young
Jo Min Ki as Park Tae Hwa
Seo Hyo Rim as Kim Dal

Me Too Flower Dramawiki

1 comment:

Unknown said...

Bagai mana artis yg sepatutnya memegang watak Jae Hee tu boleh cedera???...siapa artisnya...?????tolong jawab ya..........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...