Saturday 9 June 2012

Alih Bahasa Drama Korea 8TV


Dah lama aku tak tengok TV. Kalau tengok pun aku cuma tengok berita jer. Tapi tadi aku tertengok sebuah drama Korea kat 8TV. Tajuknya Secret Garden. Jalan ceritanya memang best. Pelakonnya pun hebat-hebat. Dulu aku ada buat sinopsis pasal cerita Secret Garden ni pasal aku memang minat drama ni. Jadi post kali ini bukanlah nak cerita pasal drama Secret Garden.



Bila aku tertengok drama ni kat 8TV, aku pun rasa macam seronok pulak. Aku pun lepaklah, sambil ambik rokok. Rupa-rupanya drama yang ditayangkan ni telah dialih bahasa ke dalam bahasa mandarin. Tak per lah... bahasa apapun, janji subtitle nya aku faham..wahahaha

Tapi "tak apa" aku tak bertahan lama. Tak sempat habis sebatang rokok, aku dah rasa bosan dan menyampah... terus aku tutup tv.

Mana taknya, drama komedi romantik ni dah jadi cerita sedih dan tak kelakar. Suara-suara yang digunakan tak dapat menghayati watak dan suasana dalam drama tu. Dalam satu babak tadi, dari apa yang aku faham, pelakon tu sedang melawak, mengusik pelakon yang satu lagi. Tapi tone bahasa mandarin tu bunyi serius, macam tengok cerita telenovela. Lagi satu, masa heroinnya sedang sedih-sedih manje, tapi yang alih bahasa tu buat heroin tu macam betul-betul sedih. Cerita Secret Garden ni dah jadi cerita Autumn In My Heart.... wakakaka.

Aku cukup tak faham, apa motif 8TV alih bahasa drama korea ni ke dalam bahasa mandarin. Hilang terus keseronokan sebenar tengok KDrama. Bagi penonton yang tengok drama ni melalui 8TV, memang rugila. Banyak yang kurang. Nasib baik aku dah tengok yang original punya.

Dulu aku pernah tengok sebuah cerita lakonan Chow Shin Chi dengan kawan aku yang berbangsa cina. Ada satu babak lawak tu, aku pun ketawalah. Lepas tu kawan aku tu bagi tahu yang sebenarnya subtitle babak tu tak berapa kena dengan apa yang sepatutnya. Skrip yang sebenarnya adalah lebih kelakar! Macam tu lah agaknya bila tengok KDrama yang telah dialih bahasa ni.

Sepatutnya 8TV tak payahlah alih bahasa drama tu. Orang cina pun faham dan boleh baca subtitle melayu tu. Kalau orang cina dengar suara alih bahasa, orang melayu baca subtitle melayu, orang india?? Kalau guna suara original, orang cina melayu india boleh sama-sama baca subtitle melayu kat bawah tu.. barulah 1Malaysia.. hahahaha... Malah, aku rasa orang cina lagi suka tengok drama tu original dalam bahasa Korea.

3 comments:

Anonymous said...

Aku setuju dengan pendapat kamu. Aku pun rasa hairan, kenapa 8tv tak boleh kekalkan drama korean dalam bahasa Korea.. lagi menarik. Emosi yg ditunjukkan oleh pelakon yg sebenar tak dapat dilihat setelah mereka alih bahasa ke mandarin.. Dah tak menarik dah. Macam yg dicakap oleh Gil Ra Im semasa dia dpt sms dah tukar mandarin.. Tak kelakar dah. Lepas tu sesetengah OST mereka tukar, seperti yg dlm parti mana hero dan heroin berciuman, lagu yg Oska main mereka tukar lagu Chopin.. Dan ada babak2 yg menarik dan agak bermakna, dipotong. Bagi mereka yg pertama kali tengok drama ni dlm 8tv memang rugi. Lagi baik mereka tengok drama ni lagi skali dlm internet, yg original, baru drama ni disukai ramai.. semua orang yg tengok di Malaysia.

Aku dah tengok drama ni tahun lepas.. hingga tahun ni, dah 4 kali.. tak rasa jemu langsung. I memang gila Secret Garden ni. Haha.

mykdsubs said...

Kepada para peminat Drama Korea yang ingin subtitle/sarikata Melayu,
Dapatkan disini http://mykdsubs.blogspot.com/ ..
Tolong follow dan promote ye…

Anonymous said...

alih suara bahasa melayu memang terbaik...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...