Friday 18 March 2011

KDrama - Secret Garden


Baru-baru ni aku tengok drama korea bertajuk Secret Garden. Apa yang korang bayangkan kalau baca tajuk drama tu? Ada sikit-sikit kaitan dengan band pop rock dari Australia Savage Garden, kumpulan death metal Garden of Shadows dan novel bestseller orang putih Garden of Shadows. Semuanya berkaitan pasal gunakan perkataan Garden.... banyaakk laaa. Haa.. sebenarnya Secret Garden ni adalah satu kisah magik yang tak macam Magika.



Body double
Drama romantic comedy Secret Garden ni mengisahkan satu couple laki perempuan (memangler couple laki perempuan, kalau tak nanti karang jadi cerita lain pulak..). Yang lelaki ni kaya giler nama dia Joo Won, dan yang perempuan pulak agak miskinlah nama dia Ra Im. Memang biasa cerita korea ni kalau lelaki mesti kaya, kaya giler pulak tu. lepas tu yang perempuan memang selalunya miskin.

Joo Won ni kaya dan berlagak orangnya kerja sebagai CEO kat company atuk dia. Datanag kerja 2 kali seminggu. Tandatangan pun orang lain buatkan. Dia secara tak sengaja terjumpa Ra Im, seorang stunt-woman. Sebenarnya dia tersalah orang. Dia nak bawa seorang pelakon Chea Rin, berjumpa dengan sepupunya Oska seorang penyanyi terkenal, tapi terbawa Ra Im sebab kebetulan Ra Im berlakon sebagai body double kepada Chae Rin. Kalau diikutkan Ra Im ni bukan dia punya taste.

Itu yang dia tak puas hati pada diri dia sendiri. Dia tak percaya macam mana dia boleh jatuh hati kat Ra Im. Kerana tak puas hati, habis dia dera Ra Im. Kesian juga tengok Ra Im kena buli dengan Joo Won.

Joo Won tengah gila bayang.. sebelah tu bayangan Ra Im je.

Pada masa yang sama Yoon Seol (aku tak pasti dia ni kerja apa, tapi kayalah), sedang berusaha untuk mengurat Joo Won. Yoon Seol ni mempunyai rupa paras yang cantik dan berpesonaliti orangnya. Jadi mungkin itu boleh buat Joo Won terpikat. Tapi, Joo Won tak pandang pun.. hahaha. Joo Won dah suka kat Ra Im. Yoon Seol ni sebenarnya ialah bekas mak we Oska. Tujuan dia nak kahwin dengan Joo Won pasal nak balas dendam terhadap Oska.

Yoon Seul berusaha untuk memikat Joo Won tetapi tidak dipandang pun..

Oska ni seorang penyanyi Korea yang masyhur, sampailah ke Jepun. Tapi memang bestlah watak dia ni. Humble sungguh. Ra Im pula seorang die hard fan Oska. Entah macam mana watak keempat-empat orang ni saling berkait antara satu sama lain.

Ra Im ni pun sebenarnya dah jatuh hati gak kat Joo Won, tapi dia sedar diri yang dia tu siapa. Dahlah miskin, kasar pulak tu. Tapi yang kesian, masa kena buli dengan Joo Won tu, dia rela aje. Dia layan aje. Tak pulak dia melawan.

Ra Im cuba untuk meng'elegan'kan diri

Nak di jadikan cerita diorang semua pergi  ke Pulau Jeju, masing-masing kerana ada tugas di situ. Dalam pada itu, konon-konon si Oska pun nak mengurat Ra Im. Jadi Joo Won pun jeleslah. Oska cabar Joo Won lumba basikal mountain bike. Siapa menang, Ra Im dia yang punya. Time nak pergi berlumba, Ra Im pulak menyibuk nak numpang berlumba gak.

Babak Ra Im, Oska dan Joo Won

Bila sampai kat garisan penamat Oska menang, Joo Won terdengar jeritan Ra Im dari radio dalam helmetnya. Bila dia cek tengok Ra Im tak ada kat belakang. Gelabah Oska dan Joo Won cari. Joo Won patah balik masuk dalam hutan. Akhirnya jumpa Ra Im. Ra Im tak ada benda pun cuma dia teresat jalan. Dia cakap dia tak ada jerit pun.

Lepas tu Joo Won dan Ra Im ni pergi kat satu kedai makan kat tengah hutan tu. Kat dalam hutan pun ada kedai makan. Suasana kat kedai tu macam penuh misteri je. Bila balik, tuan kedai tu hadiahkan dua botol berisi minuman keras buatan sendiri. Satu untuk Ra Im dan satu lagi Ra Im nak bagi Oska. Tapi malam tu Joo Won yang minum air tu, pasal dia tak puas hati Ra Im suka kat Oska. Ra Im pun minum gak air tu lepas tu tidur kat public sauna. Joo Won tidur kat bilik Oska.

Kedai makan di tengah hutan


Keesokkan paginya, bila diorang bangun Joo Won dan Ra Im telah bertukar roh dan jasad. Joo Won didalam body Ra Im, manakala Ra Im didalam body Joo Won.Cuba bayangkan macam mana bila Ra Im bangun jer dari tidur, dia tengok dia tidur dengan Oska. Lepas tu Joo Won pulak tu tidur kat public sauna bahagian orang perempuan.

Terkejut beruk bila tengok diri sendiri

Lepas ni memang banyak berlaku kejadian-kejadian yang sungguh menggelikan hati. Pasti berguling-guling kalau korang tengok. Apa akan jadi pada mereka berdua. Boleh ke balik semula kepada keadaan asal? Macam mana kisah cinta mereka bila dah bertukar body? Macam mana mereka nak menjalani hidup? Kita dapat tengok macam mana Ra Im menjalankan aktiviti hariannya sebagai Joo Won yang sebelum ni berlagak nak mampus. Tengok pula macam mana Joo Won jadi stunt man? Bagaimana pula kisah Oska dan Yoon Seol. Kenapa Yoon Seol nak balas dendanm kat Oska?

Risau mengenang masa depan yang gelap...

Banyak lagi persoalan yang akan timbul. Kalau aku cerita semua sekali, korang akan rasa rugi. Cerita ni memang best bagi aku. Kelakar dia menjadi. Tak ada sangat babak-babak yang tension. Yang tension pun bila mak Joo Won jumpa Ra Im. Tapai jadi kelakar pulak babak tu aku tengok... hehehe. Mood cerita ni seolah-olah satu kisah klasik yang dalam suasana moden. Tak jumpa lagi cerita yang macam ni. Seolah-olah tengok cerita Autumn in My Heart dalam cerita Boys Before Flower dia punya mood. Lagu-lagu dalam cerita ni pun sangat menghiburkan. Semua lagu yang aku dengar dari episod satu sampai 16 adalah best-best belaka. Kena dengan cerita.

Pelakon dia pun memang yang top-top. Hyun Bin (Snow Queen, My Name is Kim Sam Soon) sebagai Joo Won, Ha Ji Won (What Happen In Bali, Damo.. berlambak filem dia) sebagai Ra Im, Kim Sa Rang ( filem Sexy Teacher, Miss Korea 2001) sebagai Yoon Seol, Yun Sang Hyun ( Take Care of Aggashi, Queen of Housewife) sebagai Oska. Pemilihan pelakon utama dan pelakon pembantu memang kena dengan watak dan cerita.

Dah lama aku tak tengok cerita yang best macam ni.

Rating: 4.2 dari 5 batang mancis
Info penuh : Secret Garden
Download : Megaupload


*** Mengenai Rating KDrama***
4-5 : best dan kena tengok, kalau tak tengok drama ni memang rugi
3-4 : boleh tahan. Kalau nak tengok, tengok drama yang rate 4-5 dulu. Kalau dah tak ada, bolehlah tengok yang ni.
2-3 : drama ni macam best tapi bosan. Tak tengok rasa macam nak tengok, tapi bosan pulak tu.. gitulah.
1-2 : cerita memang bosan. kalau nak tau rasa bosan tu macam mana.. tengoklah.
0-1 : tak payah tengok! pergi tengok berudu berenang dalam longkang lagi best...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...