Saturday, 12 October 2013

Exora: Servis 32000 KM dan Lampu ABS Menyala

Semalam aku ke Proton Plentong lagi untuk servis exora aku kali yang ke 5 pada KM 32000. Aku call service center tu dah dua tiga hari lepas untuk booking.

Pada mulanya bila aku cakap ABS aku ada problem diorang suruh datang pagi pasal panjang sikit masanya untuk settle masalah manalah tahu kot-kot kena tempah alat ganti. Tapi oleh sebab aku tak ada masa nak datang pagi, aku cakap aku datang servis jer... ABS tu cek dulu, kalau kena order, aku datang lain kali jer.

Lampu ABS tu menyala lebih kurang dah dua minggu. Memandangkan dah nak tiba waktu servis aku biar ajer.

Jadi aku pun datang pukul 3 petang hari Jumaat semalam. Aku pun cakap nak servis dan cek ABS.

Sambil-sambil tunggu tu aku jengah-jengah Suprima S. Aku tak tengok lama-lama, takut tergoda pulak. Tapi secara kasarnya aku tengok nampak lebih class dari Preve. Dalamannya pun nampak lebih berkualiti dan elegan. Tapi warna pilihan tak cukup menarik. Yang ada kat showroom tu cuma silver dan biru... aku tak minat. Secara keseluruhan memang mantap..

Dalam pukul 5, semua settle termasuk dengan ABS tu sekali. Diorang ganti sensor ABS kat tayar depan sebelah kiri. Alhamdulillah, semuanya masih dalam warranty lagi. Inilah first time aku claim warranty sepanjang hampir dua tahun aku pakai exora ni. Sebelum ni memang tak ada apa-apa problem.

Jadi aku cuma perlu bayar servis biasa jer, semua sekali RM280... minyak hitam fully sintetik dan lain-lain termasuk service charge RM65.

Next service ialah pada KM42000 atau 6 bulan dari semalam 4 April 2014.

Rugi tak sempat basuh kereta free pasal masa dah suntuk...




8 comments:

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Sy baru letak seratus henggit pd salesman pg td utk booking cfe sandard. Memula dia minta 5 ratus, tp sy kata tgh x dak duit, dia kata seratus pun boleh. Mungkin dia dulukan lg 4 ratus gakny. Esok nk sain agreement. Gaji minggu depan nk bayar 1600 lg (sbb masuk loan 69k. Lulus cuma 68k je. Kena la tambah sikit). Dia kata 2-3 hr lepas byr tu keluarlah keta t (sbb dia kata kt kilang ada stok).

Dr artikel ttg exora yg tuan post sblum ni buat sy yakin dgn exora nih. Apa pun doakn yg terbaik utk sy. Mudah-mudahan keta ni beri keselesaan dan kemudahan utk anak-anak dan keluarga sy.

Can't wait to a member of exorian family...

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Hari ini hr kedua sy mengendalikan exora secara rasminya. Sy sgt bersetuju dgn tuan ttg tempat duduk pemandu yg ianya kecil dan terasa spt sedikit janggal. Apa pun mungkin sebulan dua ini akan terbiasa dgn pemanduan exora.

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Sudah hmpir sebulan memiliki exora. Sudah biasa dgn pemanduannya. Tetapi kelajuan maksima yg pernah dicapai ialah 100km/j. X berani lg utk pecut sbb blum 1st servis. Minggu dpn akan servis dan akan ke utm skudai. Mungkin akan mula menguji kemampuan sebenar exora di lebuh raya nanti. Apa pun stekat ini mpv ini mmg terbaik.

Anonymous said...

Salam Tuan.. baru balik dr service td.. lampu ABS menyala bila scan kluar 2 result kata SA lampu menyala tu sama ada sbb sensor tayar depan kiri atau motor abs tu problem.. tanya mekanik kat luar baik abg tukar sensor dulu.. (rm160 /1) saya punye dah tamat warranty (3thn atau 100k) yg mana dulu.. nak tukar kena oder plak.. hrpnya tukar sensor depan kiri tu padam lah lampu ABS tu. *fyi: motor abs lebihkurang rm700/1.

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Sudah hampir 2 bulan mengendalikn exora. Kelajuan maksimum yg dh dicapai sekadar130/kmj. Terasa melayang dan mengempar bila speed over 110/kmj.
Dah tny pd sc, mungkin alligment dan ballancing tyre. Benda ni x blh claim warranty. So sy nk buat di kedai luar je. Sc kata kalau masih melayang dan mengempar selepas buat alligment dan ballancing, diorg akn chek utk warranty pd rear axle atau absorber. Setakat ni blum pergi kedai tayar lg. Mungkin minggu dpn br buat. Lepas buat nti sy akn cuba speed over 150/kmj, kebetulan minggu depan juga akn ke perak.

Anonymous said...

Aslmkm tuan. Sudah buat alligment. Hasilnya mmg mengkagumkn. Gegaran pd stering bila speed over 120km/j hilang. Dan yg paling best speed pd 150km/j tiada lg melayang dan mengempar. Niat mahu tekan lebih, tetapi hati terasa sejuk bila mengenang org umh dan anak-anak. Diatas highway kelajuan 110km/j terasa spt 80-90km/j shj. Pandangan sy exora ini berada pd prestasi pengendalian terbaiknya pd kelajuan 120-130km/j. Tetapi masih mudah utk pergi ke 150km/j jika keadaan memerlukan. Apa pun utk mpv keluarga, kelajuan dan pengendalian pd 120km/j sudah cukup menggembirakan sy. Mpv ini mmg antara yg terbaik pernah dihasilkn oleh proton.

rita said...

trimakasih infonya,,
sangat bermanfaat,,
salam sukses,,,.

Anonymous said...

Tuan..setelah hampir 5 thn pakai exora cps apa pendapat tuan ?sy bercadang nk beli exora 2nd hand tahun 2011.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...