Friday, 4 March 2011

Kualiti Pelawat Dari Blogwalking


Hari ni nak membebel pasal blogwalking pulaklah. Semalam cerita pasal hasil dari internet, hari ni nak cerita pasal kunjung-mengunjung ke blog sahabat handai dan sedara. Tak kiralah sapa punya blog pun. Ini kita boleh panggil juga sebagai jalan-jalan cari trafik. Yang tak berapa jelas mengenai blogwalking, hari tu aku dah tulis, boleh rujuk post ni.

Bila kita blogwalking dan dah letakkan peninggalan atau tanda kat blog-blog orang yang menunjukkan kita dah sampai kat blog dia (orang jawa cakap "I wuz here"), kita pun belahlah. RedMummy pun ada bagi tips suruh selalu buat blogwalking sampai blogger-blogger yang lain dah kenal kita. Sampaikan, kalau pergi kat blog-blog orang ada saja ID kita kat bahagian komen. Dan nama kita selalu berada di bahagian teratas antara tukang komplen komen terbanyak.(Tapi aku terfikir juga kenapa aku tak pernah nampak RedMummy atau Ben Ashaari blogwalking dan buat komen-komen blog orang ye.. korang tak terfikir ke? lagi-lagi masa belum famous dulu... aku tak perasan kot)

Sebenarnya apa yang kita harapkan dari  tindakan blogwalking kita?



Ya, kita harapkan tuan punya blog akan menjejakkan mousenya ke blog kita juga dan meninggalkan juga sedikit tandatangan. Bukat setakat itu sahaja. Sepatutnya kita juga target orang lain yang baca blog itu akan nampak ID kita, dan berminat juga untuk singgah di blog kita. Kalau blog dia popular, lagi bagus.. lagi besar exposure yang blog kita dapat.

Tapi sayangnya, pelawat-pelawat tadi tak pandang pun kita. Apasal? Pasal kita cuma target kepada tuan punya blog sahaja, jadi tuan punya blog sahajalah yang datang kat blog kita. Itu pun dah untung. Kadang-kadang tuan punya blog tu tak pandang pun..lebih-lebih lagi blogger-blogger newbies macam aku ni, tak ada sapa nak peduli. Dia approvekan kita punya komen pun dah baik.. hahaha. (sangka baiklah.. blogger yang famous busy beb, mana ada masa nak blogwalking). Aku selalu komen kat CheDet punya blog, tak adalah aku harap Dr. Mahathir blogwalking kat blog aku pulak... hehehe

Jadi oleh sebab itu, target kepada pelawat tersebut kena ada. Tulislah komen-komen yang berkaitan dengan posting dan yang bernas, yang boleh menarik pelawat-pelawat blog tersebut berminat untuk tahu pasal kita. Haa.. gitulah. Bukannya setakat tulis "I wuz here".

Bila dah buat blogwalking, dan dah dapat trafik. Apa yang kita harapkan dari pelawat-pelawat blog kita? Kita harap mereka juga akan buat sesuatu di blog kita contohnya klik iklan ke... ye tak? Tapi kita tak boleh suruh dia klik, nanti kena ban pulak dengan pengiklan.

Ada juga iklan yang hasilnya dikira dari jumlah paparan, ini senang jer kalau trafik dah tinggi. Ada pula yang kira jumlah klik. Susah woi nak psiko pelawat suruh klik iklan. Itulah bergunanya pelawat yang berkualiti.

Inilah masalahnya. Ko pergi blog aku, aku pergi blog ko. Ko ada iklan nuffnang, aku pun ada iklan nuffnang. Sama jer gambarnya animasinya. Nak ke ko klik iklan tu. Mesti tak nak punya. Antara sebab tak nak klik, trauma takut terklik iklan sendiri, dengki dan jeles pun ada, dah terbiasa sangat dengan iklan sampai tak perasan pun ada iklan.. hehehe.. Jadi siapa yang kita harapkan untuk klik iklan? Pelawat-pelawat yang berkualiti tadilah. Pelawat ni memang benar-benar berminat nak tahu pasal isi kandung blog kita. Kalau blog kita bagus, dia akan merayap semua bahagian dan baca banyak posting. Suka pulak klik iklan kalau kena dengan citarasanya.

Apa yang aku nak beritahu ialah pelawat-pelawat yang berkualiti itu datang dari pelawat-pelawat blog yang kita blogwalking tadi. Kalau blog tadi tu SEO(Search Engine Optimization) nya bagus, maka banyaklah pelawat dari search engine. Itu adalah sangatlah bagus untuk korang. Sebenarnya pelawat yang berkualiti adalah yang datangnya dari search engine.

Tapi kalau blog korang isi tak ada. Cuma tulis 5-6 baris ayat. Susahlah. Pelawat yang datang pun cuma baca kejap lepas tu blah.. misalnya buat review pasal gadget mp3 terbaru: tulis macam ni MP3 Lipan baru dah keluar, harga dia lebih murah (letak gambar besar-besar) aku malas nak tulis panjang-panjang, kalau nak tahu pasal MP3 Lipan terbaru klik sini lah (taip link). Lah..apa dah jadi? Sia-sia jer buat blogwalking. Buat penat diri sendiri. Pelawat nak bagi komen pun jadi blank...


Lagi satu kalau setakat tulis 5-6 baris ayat ,keyword tak banyak. SEO tak ok. Macam contoh kat atas tu keyword MP3 Lipan cuma ada dua jer. Orang cari kat google pasal MP3 Lipan pun tak jumpa blog kita. Kalau ada pun kat mukasurat 10, 11 ataupun 20,21 hasil carian google.. hahaha. Sebab tulah aku tulis pasal blogwalking ni panjang-panjang. Cuba kira ada berapa perkataan blogwalking kat posting ni ajer? Aku dah  tolong kalerkan warna merah perkataan tu supaya senang korang kira hehehe..

10 comments:

annuar said...

Ramai yang terkena tu...kadang-kadang sebuk memanjang....bagaimana pun artikel ni memang menarik.

Cinoi said...

Yes. You have point. Kadang ebtul juga apa you cakap ni. Depends dengan entry kita sebenarnya

shafiq ahmad said...

ambo datang nak cari pelawat berkualiti..hehe..
nice info bro..baru la ambo sedar diri sikit..hehe

CaDLyNN said...

yup..pelawat berkualiti tu yg dicari.. :)

mancisdahbasah said...

annuar:
ye.. kadang-kadang tak ada idea nak tulis apa, tu yang asal boleh... janji update.

Cinoi:
ya betul, bergantung kpd entry. pjg sangat pun tak bagus, pendek pun tak bagus. banyak sgt keyword pun tak ok, sikit pun tak ok.

shafiq ahmad:
aku jengah dah blog lu, sempoi lah.. 'gua' suka..

CaDLyNN:
ye.. kena rajin blogwalking kat blog yang relevan dengan blog kita.

mohamadSaleh said...

bagus.. saya baru cuba2 blogwalking... sebenarnya dalam jalan2 tue, kita kajilah apa yg menarik orang ke blog kita. gunakannya untuk tarik lebih ramai orang...

Aishah Rahman said...

Good tips! lagi banyak buat blogwalking lagi bagus. Thanks!

farisa said...

sambil blogwalking,kita leh dapatkan ilmu..banyak perkara yg leh dibaca.

NAMA SAYA said...

cuba promote kat www.dulang.my

Ana Impian said...

nice to share

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...