Thursday 15 December 2011

Exora Bold vs. Exora Old

(WARNING: Posting kali ini adalah posting untuk menyedapkan hati sendiri)

Menurut sumber-sumber dari forum, blog dan facebook di internet Proton Exora versi yang terbaru iaitu Proton Exora Bold akan dilancarkan esok iaitu 16 Disember 2011. Antara pembaharuan yang dibuat oleh Proton ialah dari segi rupa paras skirt, lampu depan dan belakang, engine turbocharge CFE dan gear(?) CVT. Oleh sebab aku baru jer angkat Exora H-Line tak sampai dua minggu maka tipulah kalau aku cakap aku tak rasa terkilan sebab tak dapat beli Exora CFE ni. Tak sangka pulak Exora versi turbo ni akan dilancarkan secepat ni. Kalau lepas 4-5 bulan, aku tak rasa ralat sangat.. isk isk..



Walau bagaimanapun setelah di timbang timbang secara waras dan sedar diri, aku rasa pilihan aku membeli Exora H-Line adalah tepat sekali. Aku tak heran dengan rupa baru Exora dengan skirting dan lampu-lampu design baru (design lama tapi telah 'diperasapkan'). Exora Bold bagi aku rupanya agak garang (agak ah beng sikit), tapi Exora lama rupanya lebih classy dan elegan tambah lagi dengan leather seat kaler hitam perghhh..(Exora Bold Premium leather seat dia kaler gray, Prime pula kaler hitam).

Menurut blog Paultan, harga Proton Exora Bold adalah (harga telah dibulatkan):
  • Standard (B-Line) 1.6 CPS Manual - 60k 
  • Executive (M-Line) 1.6 CPS Manual - 71k 
  • Executive (M-Line) 1.6 CPS Auto - 75k 
  • Premium (H-Line) 1.6 CFE CVT - 80k 
  • Prime (Out of the line) 1.6 CFE CVT - 89k 
Harga Exora versi lama pula
  • B-Line 1.6 CPS Manual - 59k (standard)
  • M-Line 1.6 CPS Manual - 66k (executive)
  • M-Line 1.6 CPS Auto - 71k (executive)
  • H-Line 1.6 CPS Auto - 77k (premium)
Berdasarkan harga versi-versi Proton Exora di atas memang jelas akan peningkatan harga versi lama dengan yang baru misalnya versi M-Line (Executive) Auto Transmission dulu hanya 71k tapi Bold pula ialah 75k.

Apakah perbezaan Exora M-Line AT dan Executive AT? Kedua-duanya menggunakan enjin CPS dan gearbox auto yang sama jer aku rasa. Dari brochure yang aku baca dari blog Paultan tu, selain dari rupa paras skirt dan lampu-lampu yang berbeza, tambahan terbaru Exora M-Line berbanding dengan Executive Auto ialah tinted windows dan door visors. Erkkk!.. macam mana bleh sampai 4k beza harga dia. Rugilah pada sesiapa yang baru plan nak beli M-Line...kikikiki (Mungkin ada DVD player kot?!)

Itu versi M-Line vs Executive. Bagaimana pula dengan perbezaan H-Line dengan Premium?

Apa yang aku faham dari brochure tu, spesifikasi H-Line dengan Premium memang agak banyak walaupun perbezaan harga cuma 3k sahaja!

Dengan beza harga 3k, versi Bold Premium dapat enjin CFE(turbo) baru, CVT baru, reverse camera, cermin pandang belakang yang dilengkapi LCD (untuk reverse camera), cermin sisi boleh lipat dengan kuasa elektrik(bukan kuasa tangan) dan disk brake belakang. Kecuali design skirting dan lampu-lampu yang baru, yang lain-lain semua sama dengan H-Line.

Bagi orang macam aku, tak berapa hairan sangat dengan penambahan accessories yang baru-baru tu. Yang aku rasa best ialah enjin CFE dan CVT tu haa. Kalau lah dapat masuk dalam aku puna H-Line, perghh... seronok hidup.. Walaupun aku rasa kuasa enjin yang ada pada Exora CPS adalah memadai, tapi jika dapat kuasa yang lebih besar mestilah lagi best.

Tapi tak apalah. Dah terbeli yang CPS. Lagi pun enjin CPS ni dah lama diguna dan diuji penggunaannya atas jalan raya selama bertahun-tahun, jadi aku lebih yakin dengan keupayaan dan ketahanannya berbanding dengan enjin CFE. Misallah kata kalau aku belum lagi beli Exora H-Line, kalau aku nak beli Exora CFE turbo ni sekalipun kena tunggu lagi dua tahun, kena tengok dulu manalah tahu...kot-kot enjin dan gear baru tu bermasalah. Samalah macam mana aku tunggu Exora OLD ni selama dua tahun sebelum beli... hehehe

Dari segi minyak pulak, menurut brochure Proton Exora Bold tu, penggunaan petrol untuk enjin CFE dengan gear CVT ialah 7.8 L/100km berbanding hanya 7.4 L/100km bagi enjin CPS dengan auto transmission. Ini di uji dengan kelajuan 90km/j. Bagaimana dengan penggunaan harian? Biasanya mesti lebih 100km/j punya. Kalaulah aku yang menggunakan injin CFE, aku yakin kaki kanan aku akan hilang kawalan, nak tekan minyak jer sentiasa, lebih-lebih lagi kalau kena cucuk... hasilnya, tiada penjimatan minyak malah penggunaan minyak yang amat tinggi ni bakal mengancam ekonomi keluarga dan penduduk kampungku. Jadi Exora dengan enjin CPS adalah lebih menjimatkan.

Masa aku beli Exora aku hari tu, ada dapat diskaun RM2,800. Jadi harga Exora H-Line aku tu cuma RM74k sahaja. Kalau ikut harga Exora Bold, aku cuma dapat beli yang Executive AT sahaja (RM75k), tak ada spoiler, tak ada leather seat, tak ada auto cruise etc...etc. Kalau nak tunggu diskaun untuk Exora Bold ni kena tunggu lagi dua tahunlah... hehehe.

Oleh itu aku bersyukur kerana telah membeli Proton Exora 1.6 CPS H-Line, tak sampai dua minggu lepas.

* Kalau ada fakta yang salah dalam artikel kat atas, itu adalah tidak disengajakan dan diluar pengetahuan aku yang cetek ni...
* Semua gambar bukan aku yang punya, ia telah dicuri dari pelbagai sumber di internet...tah aku tak ingatlah pulak dari mana..
* Posting ni bukan untuk mengutuk/memperkecilkan Exora Bold, tapi adalah untuk menyedapkan hati sendiri jer... hehehe

71 comments:

Anonymous said...

Kesian kat hang. Patutnya hang sabaq sat mana tau hang akan dapat diskaun lebih bila hang nak jugak angkat Exora CPS.

mancisdahbasah said...

Setahu aku, Exora CPS H-Line dah tak ada kuar lagi bro lepas launch Exora Bold. Kalau nak gak yg CPS kena belilah yg executive.. harga lagi mahal, lepas tu byk yang kurang...

Tak apalah. Aku anggap jer yang aku beli tu exora Bold Executive (M-Line) tapi ada extra features (leather+dvd+autocruise+etc) dgn harga lebih murah (75k vs 74k). Lagi pun dari segi skirting+lampu aku suka yg lama lagi.

Ataupun anggap aku beli Exora Bold Premium tapi guna enjin cps+gear AT sebab kena tolak 6k dari harga asal 80k... HAHAHAHA!

Apa2 pun boleh..

jipon said...

sempat aku cancel order H Line aku , lepas test drive exora turbo trus booking dgn salesman tuh (wlpun booking blum ada lagi) alang2 dah bayar 8rat sebln slama 9 thun tambah 4 ke 5 puluh inggit jer ... cuma awal2 nih tarak diskaun laaaa

mancisdahbasah said...

jipon,

baguslah hang sempat cancel.. h-line aku ni 7 ratus setengah jer, dapat interest 2.85% dari ambank. kalau beli exora bold atas 8 ratus sebulan, mmg aku tak jadi beli exora... hehehe (bajet ciput jer..)

fad said...

betul ke cps lg jimat dari cfe.berkira gak nak amik exora.dulu nak amik tgu cfe.dah test cfe memng power la .tapi org kata cps pun dah memadai.

azlan shah said...

dah test drive smlm mmg power wey CFE!!! :D

mancisdahbasah said...

fad:
kalau ikut brochure, cps=7.4L/100km, cfe=7.8L/100km mmg sahihlah cps lagi jimat. Pendapat aku, kalau ada plan nak ambik exora ambik jer la yg premium(cfe)..dgn beza harga cuma 5k tapi ada byk kelebihan (cfe+cvt+leather+autocruise+spoiler+etc..) berbanding yg executive(cps).
Tapi bagi aku yang dah beli cps ni, dah memadailah dia punya power. Macam waja 1.6 vs 1.8 lah.. yg 1.6 tu dah okey, tapi nak lagi best belilah yg power sikit 1.8.. kata perodua,lagi power, lagi best.. heheehe

azlan shah:
mmglah power.. kalau tak power baik takyah ada turbo.. hehehe

Anonymous said...

Pakai CPS pun tak pe... Dah terbukti OK selepas dua tahun lebih dilancarkan.

Yang CFE kita tak tau lagi ketahanan/reliability of:
1) The Turbo unit
2) The CVT gearbox
3) The CamPro engine under high pressure

Dan lagi.. 2500 RPM CFE punya fuel consumption may be sama dengan CPS 3000 RPM.

Sebabnya, walaupun RPM rendah, the turbo for CFE pushes more air into the combustion chamber and with more air, fuel pun kena banyak jugak la so that the right air/fuel mixture will be maintained.

Secara logiknya, 3000 RPM CFE akan burn more fuel than 3000 RPM CPS.

mancisdahbasah said...

aku pun rasa ada logik mcm tu.. CFE ni dibandingkan penjimatan cuma dgn 2.0. Kalau nak banding dgn CPS 1.6, CPS lebih jimat.

hal ketahanan tu mmg susah kita nak tau. kena tunggu 2-3 tahun lagi lah. kalau ok 2-3 tahun ni aku trade in exora cps aku la... hahahaa

lagi satu kereta enjin turbo ni harga senang jatuh.. kena consider gak..

Exora3751 said...

tumpang lalu sat..saya pon amik H-line (auto)seminggu sblm Turbo dilancarkan.Tapi mcm tak la nyesal(sedapkan ati sendiri jer) sangat atas sebab2 mcm sedara cakapkan tu jugak.. :)

Adasatu soalan cepu emas, cemana sedara pasang DVDplayer tu yer.Sound tak keluar sbb saya tak reti setting.Dah baca manual radiao n DVD x jumpa la pulak..Boley tolong ajar?Tenkiu..

wazahwahid@gmail.com

mancisdahbasah said...

Exora3751:
Ye.. cps ke cfe ke ada kelebihan memasing..

bab dvd tu senang jer.
1. mula2 on dvd, bukalah satu cerita misalnya cerita doremon.
2. lepas tu buka radio kereta, tukar ke tuner(radio).
3. scan siaran radio sampai dengan suara doremon.
4. bila dah dapat suara doremon, save channel tu dgn tekan mana2 nombor channel (aku save kat 5) selama 2-3 saat.(Kena save supaya lain kali takyah scan lagi).

Anonymous said...

yang terbaru nye fuel consumption untuk CFE adalah 7.2l/100km... cuba semak link nie: http://proton-sales.blogspot.com/2010/10/prices-specifications-exora-mc.html

mancisdahbasah said...

aku rasa kat log tu dah terbalik. 7.2 ialah utk cps manual, 7.4 utk cps auto, 7.8L/100km utk CFE tengok kat web proton edar http://www.proton-edar.com.my/Experience/Models/Exora/PricingSpecs-(2).aspx#info

dia punya max speed pun dah terbalik.. cps 185kmh, cfe 170kmh.. hehe

CFE9511 said...

SALAM BRO.. TUMPANG TANYA EXORA NI KIPASNYA MEMANG BUNYI KUAT KE?

mancisdahbasah said...

cfe9511:
bunyi kipas exora mmg kuat yg amat...kalau kat luar lah. Kat dalam kereta tak dengar sangat.

masa awal2 dulu mmg rasa bengang gak dgn jiran sebelah.. hehehe

CFE9511 said...

lega rasanya kalau begitu, sebelum ini pakai waja kipasnya takdelah kuat sgt..

esok nak merentasi jln raya timurbarat, kita tgk kereta ni kuat ke tak panjat bukit, dijalan biasa kira puas hati dah..

Anonymous said...

kipas aircond dpn mg kuat tpi blakng senyap.
heran jugak ada exora parking dpn rumah aku terkejut kenderaan ape yg bunyi kuat sgt.

Anonymous said...

aku dah bookinh exora basic jer.. sumer ciri2 terkini x de. boleh ke kalo enjin diupgrade dengan pakai voltan stabilizer dan surba.. ramai cakap exora pick up lepas pasang benda tu

Anonymous said...

mg bunyi kuat sgt. hrp proton dengar

Anonymous said...

salam

nak tanya kuat sgt ke bunyi kipas.... ingat nak booking cfe ni.... kesian plak kat jiran2 nanti

terima kasih

mancisdahbasah said...

bunyi kipas dia mmg kuat. tapi tak der lah sampai mengganggu jiran..hehehe.. mcm kereta2 eropah... mcm merc, bmw..

Khanshit Eom ( ครรชิต สุวรรณศิริ ) said...

kami gna Exora M-Line 1.6 CPS..kpas ada jga bnyi kuat tp x lah shgga ggu jrn sblah.....tp dlm x dgar pla bnyi kpas tu sbb bka lgu kuat..hihihihih

Anonymous said...

Saya akan dapat Exora Bolt premium hari sabtu ni.. rasa teruja sangat.. dah balik kali test drive before comfirm.. dah banding dgn yg lain2 Avanza 12 & Alza.. Rasanya exora yg terbaik

faizal said...

saya dah beli hampir setahun..ezora lama .saya balik penang dari jb 7 jam aja ok la tu...tak ada masalah . minyak jimat la...

nazer said...

wei geng2.. say baru keluar exora bold turbo ari ni..gps saja dia cas RM2340..tup2 dapat lookatoo kcik je..disapointed la skit..tappi enjin dia memang laju tahap gaban..sblum say abawa wira mod gsr turbo..rasa sama laju la..

Anonymous said...

Enjin dengan kipas dia memang bunyi bising.....kete baru tapi enjin bising...kalau tak laju gak tak tau leeee...huhu

Ady said...

Salam warga EB..aku bru je dpt 3 hari lepas..solid white..(premium)amat memuaskn..pilihan yg tepat utk sebuah mpv bwh 100k..mula2 tu nk ambik CE.. nsib baik x jd ambik..drpd segi power..memang diakui POWERnya..mcm bwa keta je..sblum ni guna gen2 manual..(ada kejutan budaya skit) body besar..gen2 kcik..so masih teragak2 lg terutama time park..nsib baik ada camera reverse (lcd kat cermin) memang bergaya cam keta luar negara plak ..kuasa memotong EB ni x perlu diragui..memang meyakinkan..ruangan dlman yg luas..cuma aku terkejut first time park kat umh,time enjin dah dimatikan..kipasbunyi kuat..tp x lah smpai mgganggu jiran..bukan terkejut apa..mcm keta2 mewah plak cth mers,bmw..coz keta member aku mers..x tau la plak brapa siries..tp time enjin dh dimatikan kipas dia bunyi..time tu aku pun x tau apa sebab jd mcm tu..member aku bgtau bunyi kipas tu coz nk sejukkan enjin..so..sama mcm EB TURBO ni..bunyi gak..klau x silap dlm 2 minit..lpas tu auto off..kira ok la proton dh brjya buat pmbaharuan..Overall...Aku berpuas hati & x mgecewakan..TQ PROTON..

mancisdahbasah said...

selama 5 bulan guna exora cps.. mmg aku pun puas hati. masih belum jemu-jemu lagi drive. ride & handling proton memang terbaik..

ada satu dua benda yg agak remeh yang mungkin proton boleh perbaiki.. nanti aku akan tulis pasal tu.

Anonymous said...

Pickup cps lama agak mengecewakan, tapi kalau bawak highway 110km confident lebih banding dengan avanza lama saya

Anonymous said...

aku dah pakai cps auto m-line ni 1 1/2 dah...
ok la...selesa kalau jalan jauh...tak letih drive...
cuma kalau mcm nak pickup mcm h/way jelapang tu...kena pecut dari awal lagi...kalau tak berat jgak nak naik...

Anonymous said...

alo bro...camane nak pasang lcd utk m-line?Gua dah tanye proton,dia orang tak bikin.If nak jugak pegi kedai asosori, tapi salah join wayar,potong tambah sana sini boleh sebabkan hilang waranti.So...?

mancisdahbasah said...

Anonymous:
Aku punya biras pun pasang lcd kat kedai accesories. Tak salah aku mmg ada potong sana sini, tambah fius dll.. mmg boleh hilang waranti rasanya.

Tapi aku rasa, kalau ada masalah, tanggal jer benda2 tu balik, barulah hantar claim waranti..hehehe.. boleh kot macam tu..? aku pun tak pasti.. hehehe

Ady said...

Salam bro..pndapat aku pun sama..hang psang ja lcd kt kdai aksesori tu..andai kta lah ada msalah..tnggal je..tp member aku dh kena..dia tukar speaker asal ganti speaker lain..waranti dh hilang..tp bukan proton laa..honda..berasap jugak dia..

mcm baru2 ni..(ni aku sndiri kena)aku punya bold cfe premium ada msalah alarm..bru dpt minggu lepas..keta baru koyak plastik..tp alarm x dak fungsi lngsung..brbulu jugak aku...dpt keta baru ..alarm x dak..aku hntar ke SCnter belah penang..dlm msa 3 hari trsadai kt sna..hr ke4 aku dh x than dah aku p ambik smula dorang boleh kta x siap lg..boleh kta plak pomen wirering outstation..lg berasap la aku..

dorang kta bukan msalah alarm..wirering dlm body..hbis tu yg dok trsadai 4 hr tu buat apa?last2 aku p bwa sndiri ke SC Juru..x smpai 2 jam dorang bleh deteck msalah pesawat aku tu..rupa2nya ada 1 wire dlm steereng trcabut..msalah kcik je..baru aku sedar yg pesawat aku dok tersadai kt penang tu rasanya dorang x buat apa..aku pun x tau lah samada dorang bz sangat ka @ memang byat2 bz smpai x sntuh @ periksa pesawat aku tu..aku kecewa lah dgn sebilangan pkerja proton ni..
nsib baek aku x bwa p kdai luar..pasal tnya pkerja SC..klau wire2 dlm dah diusik selain SC..maka waranti akan hilang..@ dorang dpt kesan yg kita guna khidmat luaq..maka dianggap dh x dak waranti lg..dorang boleh deteck dari buku tu..

Tp x palah..trpulang lah pda diri sndiri..klau nk ikut sngat waranti2 ni..apa pun x boleh usik lngsung..nk yg original ja..tukar sport rim lain pun dh dikira x dak waranti dah..alahai..tepuk dada tnya poket.. ;-)

mohd.nor said...

aku like hang punya statement nih...

elegance said...

sori ler teman lambat masuk sebab baru amik exora bold executive jer last month. ada dua kali tu bila dah matikan enjin, kipas dia masih berpusing. 1/2 minit baru stop, memang macam tu ker?

Unknown said...

apa2 pun..g test drive dlu baru tau mcm mna..baru tau criter yg sbenar..stakat tengok/dengar ckp org lain..msih x jadi lg..smua knderaan ada baik buruk..mahal smpai 1juta skali pun klau x reti jga..kondem jgk.. ;-)

mancisdahbasah said...

elegance:
aku psal cfe mmg tak berapa tahu. tapi dari forum, mmg normallah kipas dia masih pusing bila mati enjin... psal enjin turbo.

hady maidin:
mmg betul..yg kondem exora tu bukan pakai exora pun

Anonymous said...

Salam semua...sekadar nak mencelah..sy guna exora cps plate no bkw 3600...1 yr guna..ok..masuk 2nd yr..ada rasa berat...lbt pick up..petrol pun laju je lesap...nak guna alat penjimat or tambah pwr...takut ada plak side problm..hilang waranty..ada sesape blh advice...cara atasi masalah nie? (selain dr tukar keter baru lerrr)...

juliana mansor said...

Salam ceria semua. Saya pemilik baru Bold CFE dah masuk 3 bulan. Mileage pun dah lebih 3000km. Namun setakat ini masih blum menghadapi atau mengalami sebarang masalah. Thank goodness. Power CFE ni mmg tak dpt dinafikan. Tekan jer minyak keter ni meluncur dengan responsive. Berbanding dgn exora cps depa yg berumur 4 tahun yg depa trade-in, tak dpt nak dibandingkan. Jangan terpengruh sgt dgn review bloggers atau youtube. Kadang kala kita brli kereta ni pun mcm kita beli handphone. Silap nasib, mcm masalah. Kalau bernasib baik, semuanya lancar.

Cikgu Sai said...

Salam perkenalan....
Saya baru je test drive Exora Bold CFE. Cukup puas hati.Cuma bila enjin campro je, mesti bunyi kipasnya bising macm gen 2 saya skrg ni. Kalau boleh senyap mcm myvi best sikit.
Cuma nak tanya, berapa anggaran nilai semasa jika saya nk trade in EB ni 5 tahun akan datang.

mancisdahbasah said...

susah gak nak anggarkan harga 5 tahun lagi.. hehehe

tertarik said...

macam tertarik nak sambar sebijik BOLD PREMIUM bukannye PRIME tau. But sesapa kat sini boleh bagi current interest rate atau pengalaman atau share brape IR yang korang kene time beli dulu. Thanks.

mancisdahbasah said...

rasa-rasanya interest rate sekitar 2.6-2.9%

Anonymous said...

erm..mcm menarik je exora bold cfe ni...dh boleh pakai produk negara sendiri plak ar..

Unknown said...

sya kena 2.8%(rate)ok la..

Anonymous said...

aku dah order exora bold dr bln 6.sampai ari ni tak dapat2 lg.dah puas kejar dealer rm otomobil ,cilaka toi.ttp suh tggu.sampai bila nk tggu.aku nk pakai raya ni

Anonymous said...

betulla exora ada masalah stok agaknya.. dah booking 3 bulan pun x dapat... tah apeape

Anonymous said...

EB ni memang berbaloi beli (Test drive adik saya punya). Pickup hampir sama dengan innova saya (Walaupun innova ni kira torque agak lembab.

Rasanya kalau dah lajak, kuasa EB ni dah tak ada, rasa macam campro biasa je.

Tapi kalau nak beli mpv yang besar (tapi tak la seluas innova), harga yang murah EB adalah berbaloi

Anonymous said...

Salam...saya dah guna exora prime masuk bulan ke 4...dah 3-4 kali lalu highway timur-barat....mmg xde masalah panjat bukit n memotong..setakat ni mmg sgt2 berpuas hati dr segi perfomance n ruang interior keta ni...penggunaan minyak pula, biasa la kalau dh ada light turbo ni, lbh la skt banding cps...isi minyak penuh kt jitra ngam2 la sampai kuala trrganu...cuma masa raya baru ni je sbb keta banyak atas jalan, bawak pun slow2, ada la baki dlm 2 bar lg, boleh la pakai masa raya tu...booking dlm 6 minggu jgk aritu...tu pun puas kol salesman proton nk mintak cepat....

Gunners said...

dari segi minyak CFE dgn CPS ni..agak musykil sket..sebab aku pernah test Exora CPS dari Semenyih ke Felda Pasoh..Boleh tahan gak minyak mentedarah..hehe..Isi RM50..full bar..sampai Pasoh dah tinggal 1 bar dah..masa balik isi kat kuala klawang..tak tau la kalau jalan naik bukit yang berliku-liku serta kerap penukaran gear kot..tapi kalau ada yg pernah test CFE jln liku-like macam tu..boleh la share

Anonymous said...

salam, saya baru seminggu dpat eb munskil gak kipas aircond kuat n bising yang lain ok jer tp mmg tullh kan mcm merc n bmw lak kipas stop lambat

Anonymous said...

Mohon pandangan..saya bercadang utk beli EB executive cps1.6 auto...ada perbezaan power tak dengan exora
standard(old)cps dulu..

Anonymous said...

salam kepada bro2 sekalian, sayani tgh berhajat nak menunggang exora, mmg berkenang hbslah! tido mlmpun xlena asyik duk terbayang exoraa je, akhirnye saya tekad nk trade-in dgn waja kesayanganku, skrg tgh proses loan ... nak tanye bro2 yg lebih arif & lebih pengalaman ANTARA EXORA OLD MANUAL DGN EXORA BOLD EXECUTIVE MANUAL ADE BEZA TAK DR SEGI PRESTASI & KUASA ENJINNYE??? mohon pendapat abang2 sekalian.

Unknown said...

Akupon mmg meroyan bila test drive proton EB tu...cuma aku pikir sesuai ker qku nak pakai..anak dua jer..boleh kata smgu 2,3 kali kena bt keje luar kat daerah dlm negeri.....jrg2 nk jgk bwk jln2 org tua keluar negeri mkn angin...pening pikir....

Anonymous said...

Smlm baru amik EB cfe... mcm mana nak diamkan bunyi dia yg bising tu.. tak de cara ke?... sakit jiwa.. satu kwsn dgr...

mancisdahbasah said...

nak diamkan bunyi tu senang... cabut jer kipas kat radiator tu..

Unknown said...

salam,ada tak sesapa pemilk EB yang menghadapi masalah lampu brek...kekadang berfungsi,kekadang tak berfungsi,dah hantar kat proton center tapi masih macam tu jugak...pening2

Hazerul said...

Salam abg2 exora sekelian. Saya pakai Exora CPS 1.6 Hi-Line, tapi skrg tgh berangan nak tukar rim standard 15" tu dengan rim 16" EB Premium tu. Kalo ada sape2 yg pakai EB Premium yg berhajat nak tukar sport rim lain tu..boleh la jual kat saya rim standard 16" tu.

lala said...

Nak pakai tp takut jd cam gen2..2 tahun pertama sedap..pastu tahun 3-4 kurang sedap..tahun 4-6 cam apa ntah(semua service proton edar)..trus trade in..dh test drive EB ..signature enjin gen2 masih ada.agak kecewa
.tp yg lain2 best..cuma x konfident dgn elektronik dan enjin serta gearbox..sapa2 dh beli sy respek kerana berani..dan semoga EB tahan performancenya.masalah kipas x mati bila enjin dh mati tu gen2 sy dulu pon camtu..pelik jgk..sbb gen2 sy dulu xde turbo..kipas mmg kuat..sebelum kete sampai..bunyi dulu sampai..cam ambulan..hehe..jgn marah ye..apa2 pon harap proton jgn sia2kan kepercayaan org2 malaysia..

Unknown said...

Fakta-fakta yang tak baik tentang EB adalah seperti di bawah:
- Guna turbo, memang lebih panas daripada CPS walaupun cakap ada intercooler boleh cool down enjin. Tapi, kipas kena buat kerja kuat sampai tak henti walaupun kereta dan berhenti lama.
Dan kita tahu juga kereta enjin dengan turbo, barang barang kat enjin bay dalam lebih mudah rosak akibat kepanasan yang tinggi daripada Turbo.
- Hayat turbo punya kereta kebyakan dalam linkungan 4-6tahun ja. Check dengan Proton untuk Turbo replacement kena RM6-8 ribu mcam itu.
- CVT gearbox yang digunakan dalam EB memang terkenal dengan teruk reliabilitinya. Kerana guna belt untuk operasi transmission...Jadi, belt adalah satu keburukan kat CVT walaupun losses tenaga adalah kurang berbanding dengan CPS punya AT gearbox.
- Enjin EB adalah kron dari IAFM...kalau tak percaya, cuba banding bila buat service kat Proton sana.

Ni ja fakta-fakta yang kena standby kepada sesiapa yang minat EB yang kuat kuasa itu!

Anonymous said...

sory saya tak setuju dengan komen di atas. sepanjang saya guna EB ni tak pernah sekalipun kipas berpusing lebih lama dari dua minit. malah sejak saya guna minyak fully sintetik setakat jalan dari penang - kelantan kipas cuma perlu pusing dalam seminit lebih je. tips pakai turbo, sentiasa servis ikut time, guna coolant yang high spec punya. lepas tu cara saya, bila dah balik kat rumah saya sengaja buka engine hood untuk biarkan haba kuar. dapat bantu kipas sejukkan enjin. lagi satu, enjin CFE BERASAL daripada CPS tetapi persamaannya kat situ saja. sebab barang-barang dalam semua dah direka semula sebanyak 70%.. All in all it's a new engine. Manakala CVT adalah daripada Punch Powertrain yang mana mereka menggunakan STELL BELT bukan cm timing belt tu ye. Jadi tak kan mudah putus punya. Kalu tak tak kan VW pakai kat keta depa jgk x? Jadi kesimpulannya jaga la kereta mcm mana kita jaga diri kita. Majulah keta EB untuk semua..maaf panjang plak komen.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua otai otai eb. Saya skrg ni tengah berkira kira untuk membeli eb auto. Masalahnya saya bab 2 gear auto ni zero lah.jadi boleh otai2 eb tunjukajarkan sikit cara penggunaan gear auto yg betul.cth nak naik bukit @ nak memotong. Ok.tq.

Anonymous said...

Saya dah bawa EB saya panjat gunung jerai... sampai puncak....

TEAM FM2010 said...

Admin sy dlm minggu depan insyaAllah akn keluar Exora Bold 1.6 (M) Executive, sbb apa model 2013 ni ada offer RM8000 drp harga asal RM67116, mula2 nak amik Exora (M) Standard saje..tp dh % mcm ni utk Executive,mmng berbeza dgn dalaman dan luaran..cuma enjin ttp sama CPS.Admin tolong bg pandangan sedikit dgn model Executive (M) RM67116 ni dgn (M) Standard RM60445

Unknown said...

untuk industri kereta, apabila ada diskaun pembelian melebihi rm2000 (diskaun melampau), maka itu isyarat 1bulan ke 2bulan, akana da replacement model.... ayah saya beli VIOS dengan diskaun 12k, sekarang bulan Nov 2014, Nissan buat discount kaw2 sampai 20k, maknanya tgu tahun depan, model baru le....

Anonymous said...

Salam..cadang nak sambar sebijik exora...minta pendapat, Enjin MANUAL atau AUTO lebih baik....Dgr Exora Auto banyak PROBLEM betil ker...!!! ada sesapa boleh bantu...

Unknown said...

Exora MPV berbaloi untuk dimiliki

Unknown said...

Berita Baik kepada Pemilik Proton Exora CPS yang mahukan kuasa enjin anda sehebat Exora CFE CVT.....naik taraf Enjin CPS dengan Soft Turbo (SUBARU) dengan harga RM4k-5k di Bengkel Auto City Part & Maintenance No.7,Lorong Serai Wangi 1/1, Taman Serai Wangi,09400, Padang Serai, Kedah. Mekanik berpengalaman Bro- Bard 011-2643 5427 akan membuatkan anda bangga memiliki Exora CPS anda selepas ini. Jaminan Pemasangan Sistem Turbo 3Bulan**

Unknown said...

Exora MPV berbaloi untuk dimiliki

Unknown said...

salam,nak tanya exora bold enjin cps ok x?ok x naik bukit?

Anonymous said...

CPS VS CFE ada kelebihan tersendiri..dari segi keupayaan enjin CPS punya kapasiti enjin lebih besar berbanding CFE Turbo..Bore x storke utk CPS 1597cc manakala utk CFE turbo cuma 1561cc je..ini membuktikan enjin CPS xkalah dari segi kuasa..anda bole semak perbezaan ini kat wiki.saya sendiri pernah ukur kedua2 jenis piston enjin ini dan saya dapati kedua2nya berbeza saiz diameter.jadi kepada pemilik exzora 1st gen jgn la rasa rendah diri yer..xde turbo x bermakna anda x boleh memecut haha..cuma enjin turbo nie terbaik dari segi pecutan awal..dari segi reabiliti sebenarnya enjin xde turbo nie senang jaga,xcerewet dan jarang mendatangkan masalah manakala enjin dengan pendesak turbo ni klu main lenjan je kebarangkalian head gasket engin cpt pecah dan turbo cepat leaking minyak walaupun pada boost yg rendah.so pilihan bijak ada di tangan anda

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...