Thursday 26 April 2012

USB Mouse Hilang Fungsi Semasa Boot Windows


Dah bertahun-tahun guna komputer, ini first time aku terjumpa masalah mouse USB yang macam ni. Memang pening jadi kepala aku tak tahu macam mana nak solve problem ni. Google kat internet, memang banyak cara penyelesaiannya. Tapi kebanyakkannya cerita pasal masalah Windows atau driver. Ada juga yang cakap pasal masalah hard disk.

Saturday 21 April 2012

Sikap 'Sebahagian' Orang Kita : Proton Preve'


Zaman sekarang ni memang untung. Maklumat dihujung jari. Apa yang berlaku kat hujung dunia belah sana, tak sampai sesaat, dunia belah sini dah tahu. Macam apa yang aku dengar khutbah Jumaat tadi, Internet ni adalah anugerah Allah pada zaman ini. Terpulanglah kepada manusia untuk menggunakannya. Kalau buat benda-benda yang salah dan terjadinya keburukan, bukanlah salah Internet, tapi salah manusia tu sendiri. Kalau buat benda-benda yang berfaedah, yang untung pun manusia itu sendiri.

Wednesday 11 April 2012

Kecilkan Saiz Video Dengan Software: AVI to MP4/MKV

Dulu aku ada buat posting pasal cara convert fail AVI ke MP4 supaya kita dapat fail video yang lebih kecil saiznya tapi mempunyai kualiti yang sama. Posting kali ni pun agak sama juga. Cuma menggunakan software yang lain.

Kali ni aku gunakan software Cyko.


Apa yang bagusnya Cyko ni? Software ni pun free juga macam IpodMe. Tapi pada pemerhatian aku Cyko ni boleh convert fail ke MP4 dengan saiz yang lebih kecil dari IpodMe dan kualiti video pun lebih baik dari IpodMe. Lagi satu, Cyko ni boleh juga convert ke MKV, iaitu bergantung kepada input dan output yang kita sediakan.

Tuesday 10 April 2012

KDrama - Me Too Flower


Sekarang ni jarang-jarang dapat drama korea yang best-best. Ada 7-10 bijik drama yang aku download tapi tengok tak habis. Biasanya sebelum aku download drama aku tengok dia punya viewer rating dulu. Kalau tengok rating dia agak memberansangkan barulah aku download.

Tapi entah macam mana, pasal sekarang banyak cerita tak best,.. aku pun download ajer mana-mana cerita bergantung kepada pelakon utama drama tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...