Monday 6 May 2013

PRU 13 : 5 Mei 2013 - BN Menang


Pilihanraya umum yang ke 13 baru sahaja selesai. Dato Seri Najib pun dah siap angat sumpah sebagai Perdana Menteri. Aku ucap tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kuasa buat kesekian kalinya.

Keputusan akhir PRU kali ini : Barisan Nasional 133, Pakatan Rakyat 89 ( DAP 38, PKR 30, PAS 21)

Namun kemenangan kali ini adalah sedikit merosot berbanding PRU 2008 di mana BN mendapat 140 dan PR mendapat 82 kerusi. Tetapi yang menariknya PR hanya memenangi 3 buah negeri (Kelantan, Selangor dan P.Pinang) berbanding 5 negeri pada 2008 (Kelantan, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak).

BN juga hanya menang tipis di 2 negeri iaitu Terengganu (BN 17, PR 15) dan Perak (BN 31, PR 28).



Lagi satu fakta yang aku rasa menarik mengenai PRU 13 ini ialah kemenangan besar-besaran DAP yang memenangi 38 kerusi berbanding hanya 28 pada tahun 2008. Sebaliknya pula penurunan bilangan kerusi bagi PKR 31(2008) - 30(2013) dan PAS 23(2008)-21(2013).

Ini menunjukkan dengan jelas perubahan yang diinginkan oleh masyarakat Cina ke atas tampuk kuasa. Ditambah pula dengan kekalahan mengaibkan calon-calon dari MCA sehingga ia digelar "Chinese Tsunami".

Nampaknya kalau diikut bilangan kerusi, semua parti kalah cuma DAP yang menang!

Isu-isu yang dibicarakan di media-media sosial pada PRU 13 ini adalah seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu dan bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi.

Apa yang aku lihat isu-isu ini hanyalah perkara kecil yang dibesar-besarkan. Dakwat kekal tu memang boleh di cuci, tapi bukanlah bersih 100%. Ada lagi yang tertinggal seperti di celah-celah kuku.

Isu pengundi hantu pula seperti direka-reka dan dibuat-buat. Gambar-gambar dan video yang diambil seolah-olah hanyalah satu 'lakonan semula' atau telah dipakat-pakat oleh pihak tertentu semata-mata untuk memburukkan proses pilihanraya. 'Bangla' yang ditangkap pula sebenarnya India ataupun mamak.

Kalau pun ada bangla di persekitaran pusat mengundi, adakah tidak mungkin mereka ini telah diupah untuk berada disitu oleh 'orang jahat'? Ada tak gambar atau video menunjukkan bangla yang ditangkap selepas membuang undi? Mesti tak ada punya...

Bangla naik van BN! Van BN!! Bodohnya siapa yang buat drama ni!
Aku tertanya-tanya, kenapa mereka target Bangla? Bukankah ia amat mudah untuk di kesan berbanding jika Cina dari China. Kalau rakyat negara China, atau Cina Singapura menyamar jadi rakyat Malaysia memang ia merupakan satu penyamaran yang sempurna. Kenapa tak ada isu pula?

Satu lagi isu ialah mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi. Berdasarkan hanya satu gambar (SATU GAMBAR!!!), seolah-olah seluruh negara telah blackout semasa pengiraan undi.



Nampak tak permainan mereka disitu? Semuanya diperbesar-besarkan.

Aku berharap penyokong-penyokong PR usahlah terpedaya dengan tipu helah mereka. Terimalah hakikat. Be a man, terimalah kekalahan dengan lapang dada. Kerja lebih keras selepas ini dan cuba lagi lima tahun lagi.

Sayangilah negara kita, jangan ikut **** macam kat bawah ni.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...