Monday 17 June 2013

Masalah Wireless Acer Netbook Aspire One ZG5 AOA150 Tak Boleh Sambung Internet


Baru-baru ni terjumpa satu masalah mengenai Acer Netbook Aspire One AOA150 yang tak boleh sambung ke Internet melalui wireless networking. Netbook ini menggunakan Windows XP.

Kalau sambung dengan cable LAN, tak ada masalah.

Yang menghairankan, netbook ni boleh saja disambungkan ke modem atau router secara normal melalui wireless. Scan wifi, lepas tu dah jumpa wifi, kita msaukkan password dan status pun berubah kepada connected.


Tetapi dia tak nak sambung terus ke Internet. Tak boleh browse ke Internet. Networking pun tak boleh.

Kalau tengok di status networking, netbook ni nampak macam tak ada masalah.

Pelik.

Akhirnya dengan bantuan Google dapat juga masalah ini diselesaikan.

Penyelesaiannya ialah kena guna driver wireless dari model lain. (Tak ke pelik?)

Gunakan driver wireless dari model AOD255 iaitu Atheros Wireless LAN Driver 7.7.0.456.


Driver original dia iaitu version 7.6.0.224 tak boleh digunakan.


Lepas jer guna driver untuk AOD255, terus settle masalah. Nasib baik aku tak reformat balik semua netbook tu!

Untuk download driver-driver untuk Acer Netbook Aspire One ZG5 AOA150 sila ke: http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers

2 comments:

Anonymous said...

salam..mancisdahbasah..sy da format notebook then da install win7 ultimate..patuh wireless plak xde..cne ea nk dptkn balik driver network (wireless)..??

mancisdahbasah said...

kena tengok notebook brand apa, siri apa..lepas tu download dari website dia driver tu.

kalau notebook HP kat sini--> http://www8.hp.com/my/en/drivers.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...