Thursday 13 June 2013

Terima Kasih Bila Masuk Lane

Orang Malaysia kaya dengan santunnya. Malah dalam rukun negara pun ada sebut kesopanan dan kesusilaan. Tapi kalau di belakang stereng kereta, punah ranah.

Kelmarin aku kena ke Kuala Lumpur lagi. Seperti biasa aku masuk ikut tol Sungai Besi untuk ke Hospital Besar KL. Lepas jer tol, terus jem, sampai terowong smart pun jem. Keluar terowong, kat Jalan Tun Razak masih jem lagi. Dan jalan yang tak jem cuma di Jalan Sultan Abdul Aziz depan HKL tu jer.. haha.

Kira nasib baik jugalah pasal jem tapi bergerak. Tapi dekat dua jam juga ambil masa dari RnR Seremban nak ke Hospital.


Aku naik pelik. Kalau di JB kesesakan biasanya adalah disebabkan oleh trafik light. Tapi kalau kat KL ni tak da apa-apa pun boleh jem. Kenderaan dah terlalu banyak di KL ni. Datuk Bandar kena buat sesuatu segera.

Bila dah dalam trafik jem tu hati pun mudah jadi panas. Banyak pula kereta yang mencilok masuk lane aku. Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau pancung masuk lane, tapi bagi lah signal. Kalau dia bagi signal, aku bagi dia ruang luas-luas suruh dia masuk. Ini tidak, dia terus masuk. Dah aku terpaksa brek emergency. Signal tu bukan untuk masuk simpang jer bro! Aku bagi dia hon panjang satu minit bersama-sama bahasa isyarat tak elok. Aku nampak dia pandang cermin pandang belakang lepas tu dia langgar lampu isyarat merah, terus blah.

Aku kena lebih berhati-hati pasal kali ni aku bawa mak buyung (bini aku) yang mengandung 7 bulan. Kalau brek lebih sikit takut mudarat pulak.

Kat sini aku nak share cara-cara orang Jepun memandu yang patut dicontohi dan dipraktikkan oleh orang kita supaya kadar panas semasa memandu dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...