Friday, 4 May 2012

Cara Trade In Kereta Yang Belum Habis Bayar

Sebenarnya tajuk yang lebih sesuai dengan posting kali ini ialah bagaimana nak beli kereta dengan cara trade in kereta yang masih ada hutang dengan bank.. erk.. panjang pulak tajuknya..hehe

Aku tengok kat status pelawat blog ni ramai yang sesat sini untuk cari panduan untuk trade in kereta. Jadi kali ni aku merajinkan diri untuk menjelaskan cara-cara jual beli tersebut. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang mungkin dah lima enam kali juga menjalankan aktiviti menambah hutang ni.

Dalam kes ini, kereta yang aku nak jadikan sebagai contoh ialah sebuah Perodua Myvi 1.3 manual buatan tahun 2005. (Ini sebagai contoh ajer... tak der kena mengena samada yang telah hidup atau yang masih mati)

Ini detailnya :-
Jenis Kereta : Myvi 1.3 (M) 2005
Beli : (Baru) November 2005 (start bayar Disember 2012)
Harga Atas Jalan(Termasuk Insuran Road Tax): RM47,000
Deposit : RM5,000
Loan : RM42,000
Jangkamasa Hutang: 9 Tahun (108 Bulan)
Interest: 3.5% = RM13,230 (9 tahun)
Jumlah kena bayar: RM42,000 + RM13,230 = RM55,230
Ansuran bulanan: RM512 (Sepatutnya RM511.39.. jadi bulan terakhir bayar kuranglah)

Info kat atas tu boleh cari kat aggreement yang bank bagi masa kita beli kereta dulu.

Sebelum terjah ke kedai kereta, lebih baiklah buat anggaran kira-kira terlebih dahulu.

1. Jumlah Hutang Yang Tinggal (Settlement)

Mula-mula kita kena tengok dulu berapa hutang yang tinggal. Takut-takut, harga market kereta tak boleh cover hutang kita tu pulak... macam mana nak beli kereta lain kalau macam tu..! Biasanya kalau loan kereta 9 tahun kenalah pakai lebih kurang 5 tahun baru ada balance untuk dijadikan muka kereta baru. Kalau loan 7 tahun, rasanya bayar kat bank 3 tahun dah ok kot. Kena kira lah dulu.

Bila kita trade in kereta, sebenarnya kita akan dikira bayar lump sum kat bank hutang kereta kita tu. Kita bayar habis (kononnya), jadi bank akan suka hati (kononnya) so dia bagi kita rebet pasal habiskan bayar hutang lebih awal dari jadual. Setelah ditolak rebet, hutang kita pada bank akan jadi kurang. (Jumlah hutang yang tinggal ni dipanggil 'settlement')

Berdasarkan info kat atas tu:
Kononnya aku nak jual kereta tu pada bulan ni (Mei 2012 ).
Aku dah bayar selama 78 bulan iaitu RM39,936.
Ikut jadual hutang kita ialah RM55,230 - RM 39,936 = RM15,294 (Tinggal 2 tahun setengah jer)
RM15, 294 adalah hutang sebenar. Tapi pasal kita akan clearkan hutang 2 tahun setengah lebih awal. Maka bank akan bagi rebet. Jadi berapa hutang aku?

Pergi kat link sini Autoworld-Car Loan Settlement Calculator dan isikan maklumat yang sepatutnya seperti gambar di bawah ni:


Dari gambar atas ni, jumlah yang aku kena bayar kat bank ialah RM14,316.00 (dibulatkan). Rebet yang aku dapat ialah RM977.75. Sikit jer, pasal tinggal 2 tahun setengah jer.

Ini anggaran jer tau. Kalau nak tahu jumlah yang tepat kena telefon bank. Bank akan tanya tarikh sebenar nak jual kereta tu, dan kira berdasarkan tarikh tersebut.

2. Nilai Harga Pasaran Kereta Lama

Sekarang kita dah tahu hutang bank aku. Langkah seterusnya ialah survey harga pasaran untuk kereta aku tu. Kena cek sendirilah samada cara online atau cek kat kedai kereta terpakai di kawasan kita.

Sebagai contoh:  Harga Myvi 2005 di Mudah.my

Website lain untuk survey harga kereta:
Motortrader
Autoworld
Carlist

Kalau dilihat dari laman web Mudah.my harga bagi sebuah kereta Perodua Myvi manual tahun 2005 di Johor ialah lebih kurang RM25,000.

Itu harga market. Bukan harga tokey kedai 2nd nak beli dari kita. Biasanya tokey kedai 2nd ni memanglah cekik darah tahap giler babun punya. Paling tinggi pun mungkin dia nak ambik Myvi aku tu ialah RM20,000.

(Sebenarnya kalau kita nak trade-in kereta tu, dan beli kereta lain di kedai yang sama (kereta 2nd juga), biasanya salesman akan ambik kereta kita dengan lebih tinggi. Tapi kalau beli kereta baru, biasanya diorang akan ambik kereta kita pada harga serendah yang mungkin, sampai kita rasa nak nangis jer...hahaha.)

3. Downpayment Kereta Baru

Bila dah tahu settlement yang kena bayar dan anggaran harga pasaran semasa kereta kita, barulah kita boleh kira berapa downpayment yang kita dapat letak untuk kereta baru kita tu. Dalam hal ni, kereta baru yang aku maksudkan ialah kereta yang kita nak beli selepas ini, (tak semestinya kereta BARU).
Harga pasaran kereta lama: RM20,000
Settlement bank: RM14,316
Baki yang tinggal: RM5,684 
(amacam? nak nangis tak? bayar kereta 7 tahun lebih tapi cuma 5 ribu lebih jer yang tinggal..)

Biasanya, bank akan bagi loan sebanyak 90% sahaja dari harga kereta. Dari baki sebanyak itu aku cuma boleh beli kereta yang berharga lebih kurang RM56,000 sahaja. Tapi sebenarnya aku nak beli Proton baru tu.. apa tu.. Proton Preve.. Harga dia yang spec paling tinggi ialah lebih kurang RM72,990 (Harga atas jalan termasuk insuran dan road tax).

10% dari RM72,990 diperlukan sebagai downpayment iaitu RM7,299.
Perlukan lagi RM1,615. (Aiseyyy..! Mana nak cekau ni!)

Nanti dulu! Ini selalu orang lupa.
NCD (No claim discount) aku ada 55%. (NCD ni cuma bagi mereka yg dah ada insuran kereta lama lepas tu nak trade in. Kalau tak pernah beli kereta tak ada NCD) Harga Preve tu adalah harga atas jalan iaitu termasuk insuran dan road tax. Setelah dikira dari sini (Car Insurans Calculator), insuran Preve ialah lebih kurang RM2,100. NCD 55% dari RM2,100 ialah RM1,155. Oleh itu harga Proton Preve setelah ditolak NCD ialah 71,835. Bermakna perlukan RM7,184 sebagai downpayment.

Setelah ditolak balance kereta Myvi tu aku perlukan RM1500 sahaja. Kalaulah Proton ada bagi diskaun RM1000-1500 tak payahlah aku nak tambah duit poket. (biasanya kereta yang baru dilancarkan memang tak ada diskaun). Kalau nak tunggu diskaun, belilah kereta time musim perayaan, Raya Puasa ke, Gong Xi Fat Chai ke, ataupun jualan akhir tahun. Tapi kadang-kadang ada juga diskaun dari salesman sendiri... kena tanyalah kat salesman.

Dalam kes ini aku kenalah keluar duit poket sebanyak RM1500 untuk genapkan downpayment kepada RM7184. (Tapi biasanya diorang genapkan jadi RM7,200 lah untuk senang kira nak buat loan.)

Berapa sebulan aku kena bayar?

Harga kereta: RM71,835
Downpaymanet: RM7,184
Interest: 2.8% (ini kena tanya bank atau salesman)
Jangkamasa bayaran: 108 bulan (9 tahun)

loan = harga kereta - downpayment
       = 64,651

interest = loan x 2.8/100 x 9
            = 16,292

ansuran bulanan = (interest + loan) / 108
                         = 749.47

Nak senang kira pergi sini Car Loan Payment Calculator

4. Pergi ke kedai Kereta

Bila dah buat kira-kira dan anggaran, barulah ke kedai kereta. Carilah salesman yang muka agak baik dan cakaplah nak beli kereta. (Walaupun muka baik, janganlah percaya sangat salesman kereta ni woi..) Lepas tu bagitau dia sekali ada kereta lama nak trade-in. Bandingkan dengan anggaran yang dah dibuat dengan kira-kira yang di buat oleh salesman agar tidak dicekik banyak sangat.

Macam kes aku nak beli Proton Preve ni (kononnya), maka aku akan ke kedai Proton yang aku rasa best untuk tanya-tanya pasal pembelian kereta baru ni (bukan yang paling hampir ye...).

Biasanya bila dibagi tahu kita ada kereta lama nak trade-in, salesman ni akan contact dealer kereta secondhand (dari luar), untuk tanya harga kereta kita tu untuk ditolak. Lepas tu tanya kita setuju tak dengan harga tu. Bandingkanlah dengan anggaran yang kita dah buat kat rumah. Kalau lari jauh sangat, cakaplah tak setuju. Suruh salesman tu cari dealer lain, ataupun kita cari salesman lain atau cari branch lain.

Bila dah dapat harga yang kita suka, salesman akan buat kira-kira. Berapa kemampuan kita dari gaji, berapa downpayment, berapa bayaran ansuran, berapa diskaun, apa dokumen yang diperlukan dan lain-lain. Jika dah suka, jangan setuju dulu. Ambil kertas kira-kira tu dan bawak balik. Pertimbangkanlah dulu sampai betul-betul puas hati. Kalau yang Islam tu, buatlah solat istikharah, mintak petunjuk dari Allah. Mudah-mudahan kita buat keputusan yang betul.

5. Pergi ke Kedai Kereta Lagi

Bila dah setuju, sediakanlah dokumen-dokumen yang patut. Kebiasaanya dokumen yang diperlukan ialah:

Makan gaji:

1. Slip gaji 3 bulan
2. Borang EA/ slip income tax
3. Mykad dan lesen
4. Kalau ada lain-lain pendapatan sertakan bukti (slip gaji, buku bank atau apa-apa yang patut)

Kerja sendiri

1. Bank statement 6 bulan
2. Pendaftaran perniagaan (ROB), (termasuk slip butir2 pemilik).
3. Penyata Income Tax
4. Mykad dan lesen
5. Kalau dalam bank/ASB ada banyak duit.. bawak buku akaun.

Pastikan slip gaji atau bank statement adalah bersesuaian dengan harga kereta yang kita nak beli! Kalau tak nanti sesia jer kena reject mentah-mentah.

Jumpa dengan salesman yang kita jumpa hari tu, dan cakaplah kita dah bersetuju untuk membeli kereta. Bagi semua dokumen yang dia mintak dan bayar duit booking. Duit booking mungkin dalam RM100-200, bergantung. Jangan bayar downpayment dulu. Setiap bayaran yang dibuat mesti mintak resit rasmi.

Duit booking ni nanti akan ditolak daripada duit downpayment.

6. Tunggu Bank Telefon.

Sekarang ni nak buat loan kereta dah agak susah, pasal Bank Negara dah ketatkan lagi syarat-syarat nak bagi loan. Kalau dulu senang jer. Nak beli kereta yang ansurang bulanan RM500, ko kena ada gaji kasar 3 kali ganda iaitu sebanyak RM1500. Sekarang ni, dah tak boleh gaji kasar. Kena kira gaji bersih. Maknanya kira epf, hutang rumah, hutang kad kredit, status perkahwinan, berapa anak, sejarah bayar hutang dan macam-macam lagi. Senang cakap, kalau nak beli kereta bayar ansuran RM500, kena gaji lebih kurang RM2,500 baru senang nak lulus loan... hahaha..

Kalau ada blacklist CTOC atau CCRIS, lagilah susah. Macam tak boleh lulus jer. Jangan berharap sangatlah kalau nama blacklist (kecuali kalau pakai orang dalamlah kot). Tapi semuanya bergantung pada bank juga. Ada juga yang nama blacklist, tapi bank luluskan loan dia, mungkin pasal orang tu sangat loaded ataupun mempunyai sejarah yang sangat baik dalam aktiviti membayar hutang agaknya.

Satu dua hari lepas kita submit dokumen, bank akan telefon untuk interview mengenai loan yang kita nak buat dan untuk pengesahan kerja dan pendapatan dan lain-lain. Pastikan handphone sentiasa disisi. Kat office pulak, bagi tau dan pakatlah dengan sesiapa yang berkenaan.

Biasanya kalau bank telefon sebelah pagi, sebelah petang dah boleh tahu lulus atau tak loan kita tu. Kalau tak sabar boleh telefon salesman kereta tu cepat-cepat... hahaha

Sambil tu, kalau nak beli no plat yang kita suka, cepat-cepat bagi tahu salesman. Salesman akan mintak bayaran yang sepatutnya untuk tender nombor tu. Taklah mahal sangat, kalau nombor-nombor biasa dalam RM250-RM350 jer. Yang popular sekarang ni, suka nombor plat 3 digit,... bagitahulah kat salesman tu, nak nombor 3 digit.. tak kisahlah apa-apa pun. Kalau nak nombor 2 digit.. mahal tuu..

Kalau nak beli nombor sendiri kat JPJ pun senang ajer. Pergi jer ke JPJ. Tapi lain kalilah aku cerita.

7. Sign Aggreement.

Bila dah lulus, dalam satu dua hari salesman akan telefon suruh datang. Tapi sebelum datang tu, kasi clear dulu barang-barang dalam kereta lama. Sebab lepas ni nak serah kereta lama tu. Nak peluk ker nak cium ker, nak nangis air mata perpisahan ke..nak basuh kali terakhir ker.. buatlah kat rumah.

Bila dah settle datanglah seperti waktu yang dijanjikan untuk sign aggreement bank, termasuklah sign surat serah kereta lama, insuran dan lain-lain (banyak tu). Lepas sign, barulah bayar duit downpayment dan jangan lupa mintak resitnya.

Masa ni kena serahlah kunci kereta lama. Pandai-pandailah nak balik macam mana. Tapi kalau salesman tu baik hati dan pandai ambik hati, dia akan bagi pinjam kereta lain buat sementara waktu.

Kalau beli kereta second hand, lepas sign aggreement dah boleh terus bawak balik kereta barulah.

Hutang kereta kita yang tinggal kat bank akan dibayar oleh dealer kereta secondhand. Diorang takkan tukar nama selagi kereta lama kita tu tak dibeli oleh orang lain. Kadang-kadang (selalu juga), diorang tak bayar sampai dua tiga bulan, dan bank akan tak habis-habis call kita.

Benda ni aku rasa memang satu kelemahan dalam sistem jual beli kereta dalam negara kita yang menjadikan pengguna sebagai mangsa. Tak ada perlindungan bagi pengguna. Kalau apa-apa berlaku kepada kereta lama kita tu, (yang belum disettlekan bayaran), bank tetap akan cari kita, dan nama kita juga yang akan black list. Memang banyaklah perkara-perkara ngeri yang belaku disebabkan oleh benda-benda macam ni. Nak cerita pun, kena buat tajuk lain...

Apa yang kita boleh buat cuma call salesman atau dealer kereta tu sajer, suruh diorang bayar cepat.

Tapi ada cara yang lebih selamat iaitu, kita cari buyer kereta lama tu sendiri. Letaklah iklan kat surat khabar ke, kat majalah motortrader, kat internet, tanya kawan-kawan, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.

Bila dah jumpa pembeli, pembeli tu kena buat loan baru dari bank untuk beli kereta lama kita. Jangan main sambung bayar jer. Cara jual beli kereta main sambung bayar ni memang macam nak gantung diri jer. Bahaya! Walaupun adik beradik atau kawan baik. Tak pasal-pasal boleh putus kawan atau perang saudara nanti.

Lepas loan lulus nanti kena gi JPJ submit dokumen pindah milik dan lain-lain lagilah. Tapi memang lecehlah kalau proses sendiri. Yang mudah, suruh salesman kereta buatkan jer... tapi kena cekik sikitlah.

8. Ambil Kereta Baru.

Biasanya salesman akan janjilah berapa hari kereta kita boleh keluar. Mungkin dalam dua tiga harilah macam tu. Masa serahan tu ceklah betul-betul keadaan kereta tu. Kalau boleh bawaklah orang yang berpengalaman. Kalau ada cacat cela, terus jer komplen kat salesman.

Bila dah settle. Jangan lupa mintak free gift. Kalau salesman tu pandai, dia akan bagi juga apa-apalah sebagai free gift. Dapat setereng lock atau minyak wangi pun dah okay. Bukan apa, untuk buat customer dia rasa seronok dapat hadiah... walaupun tak seberapa.

Bila dah bawak balik, buatlah apa-apa yang patut... nak buat doa selamat ke, nak mandikan ker..

Masa yang diambil dari mula-mula submit dokumen kat salesman sampailah dapat kereta ambil masa dalam 5 hari bekerja... itu paling cepatlah. Kalau paling lambat pun dua minggu. Itu kalau ada stok. Kalau tak ada stok.. kena tunggu stok dululah.

Itulah sahaja pengalaman yang aku nak share. Bukannya semua mesti berlaku seperti apa yang aku ceritakan, tapi cukup sebagai panduan dan idea bagi sesiapa yang sedang berangan nak beli kereta baru tapi tak ada clue langsung macam mana nak mula.

Teringat dulu masa first time aku nak beli kereta 2nd hand dengan trade in kereta lama. Aku terus terjah kedai kereta, "Boss, saya nak ambik Wira merah ni..trade in Iswara saya... boleh tak?". Salesman tu terus telefon sana sini.. dalam 10 minit. "Oh.. bole bole".. mintak dokumen.. lepas 3-4 hari dia suruh datang ambik. Aku tak tahulah untung rugi aku masa tu... hahaha...

Artikel ni perkongsian pengalaman jer. Aku takkan bertanggungjawab jika berlakunya apa-apa kerugian atau apa-apa kesilapan yang disebabkan oleh artikel ini... hehehe...pandai-pandailah nak idup.

221 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 221 of 221
Unknown said...

Thanks.. bgs info.. good explainstion

Unknown said...

Nak tnya ..sy baru bli kete myvi se 1.5 manual...baru 3 bulan...boleh x sy cari orng smbng byar..sy ambik alza auto.?sy dh x de hati nak bwa kete tue..berikan pendapt..

Unknown said...

Sya baru beli kereta myvi se 1.5 manual..?baru pki dlm 3 bulan...blh x kalo trade in kt kdai ambik kereta lain..

Unknown said...

Salam bro.. Saya ada myvi taun 2012 untuk trade.kedai ada letak harga 30k,masa amik kereta tu 0 downpayment. Saya ingat nak trade in dengan odyssey beharga 96k kalau x silap. Agak2 macam mana dengan installment? Loan baru

wiltord said...

Salam satu Malaysia,nk Tanya la bro klu kereta saya xde road tax and cukai jalan leh x trade in kt kdai? Mohon pencerahan??

Anonymous said...

salam bro....sy ade myvi manual tahun 2009...sy bercdang nak trade in tp htang bank byk lg...sy kol bank tnye msih ade rm32k lbh kurng lau full settlement..blh bg nasihat skit mcm cra sy nak slesaikan mslah ni...

Unknown said...

Payah tu bro..kalo full loan keta 9 taon..kurang2 pakai 5 6 tahun ke atas bru bole trade..sbb settle kan ngan bank masi bnyk kalo 3 tahun...kalo harga market keta bole buat settlement dgn baki hutang keta..bole la trade..

rita said...

trimakasih infonya,,
sangat bermanfaat,,
salam sukses,,.

Anonymous said...

penerangan yang paling best pernah aku baca.. baru faham camner nak trade in keta. pas ni buat tajuk lain pulak (berkenaan masalah keta lama yg tak terjual tu..apa jadik kalau sampai sudah x de orang beli?).. senang nak buat pertimbangan nak trade in keta sekarang atau tak.

Terima kasih. Kipidab :-))

EzLiYaNa said...

Salam..nk mntk pendapat...kalo mcm saye..nk trade in kete myvi..amek kete honda..kete myvi da hutang ngn ag ngn bank 37k..then nk trade in kt dealer Honda..die ckp just amek 27k..so tuk settle loan myvi kena bayar rm10k dekat bank..isu nyer...10k ti better kite bayar direct ke dealer tuk uruskan or kite settlekan sendiri dgn bank? Then..tuk kereta baru adakah saye dikire rugi kalo trade in cmtu?

Unknown said...

Assalam..Kalau kereta yang baru beli setahun boleh trade in ke ye?..kereta beli second hand dan masih hutang bank.

Unknown said...

nk tanya..sy dh pkai myvi setahun 2bln.. klu nk trade in kereta lain cntoh nye saga ke,axia ke,, cmne ek?

Anonymous said...

PENING KEPALA BRADA NI..HEHE KESIAN..
NWAY TQ FOR GOOD INFO

Akmal said...

Good Infoo.. tq for sharing

Unknown said...

assalamualaikum..

bro nak tya. sy pakai kereta proton saga FLX 1.3 auto full spec. beli dec 2012. bercadang nak tukar kereta lain. contoh alza used. so kalo trade in. boleh brader tolong kire2 kan dak berape kena tmbah or oke ke tak sbb biasanya org kate elok tunggu kereta 5 tahun keatas kn.

Anonymous said...

Salam.. nak tanya pendapat. saya track in kereta Myv & amik kereta grand livina. Use car kata sekarang pertukaran pakai sistem Online, selepas selesai SISTEM ONLINE cap jari bagai ingt dah selesai sebulan kemudian bank call kata saya tunggakkan sebulan.bank check kete myv still atas nama saya. larrr ingt nama dah clear... so apa patut saya buat yer.. plzzzz bagi idea.

Unknown said...

Terima kasih artikel ni sangat berguna. Sampai saya bookmark utk jadikan panduan. Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum cik saya nk tnya saya baru pakai saga plus dlm 3 bln loan bank 9 thun bulan2 rm467..saya rasa nak tukar alza sbb besar siket.. Cmna ya adoi😂 mintak tunjuk ajar..

Nizam said...

Terbaik artikel ni. Thanks bro educate orang ramai tentang benda-benda macam ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara, saya nak minta pendapat,saya ada kereta saga FLX, masa saya beli kereta tu 2nd. Tahun 2012, saya beli pada julai 2014, saya bercadang nak beli Exora bold baru @ 2nd, saya dah semak dgn bank settlememt saya ada RM18k..saya ada tanya dealer keta 2nd, dia ambik 18k... soalan saya 1. Rugi tak jika saya tolak @ jual kereta saya sekarang.? 2. Pendapat saudara, yang mana berbaloi utk saya pilih kereta Exora baru atau 2nd.klu 2nd saya cadang dlm tahun 2013. Mohon pendapat drp Khai

Unknown said...

Sy ad kete myvi se putih tahun 2009. Nk trade in nk ambik kete 2nd jugak. Sy xtau la market skrg.

«Oldest ‹Older   201 – 221 of 221   Newer› Newest»

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...