Wednesday 19 June 2013

Kelebihan Dan Kekurangan Proton Exora

Sudah lebih kurang setahun setengah aku pakai Exora. Walaupun sekadar enjin CPS, setakat ni, secara keseluruhannya, aku masih berpuas hati.

Namun begitu ada juga point-point yang aku kurang berkenan yang aku rasa Proton boleh memperbaikinya pada masa akan datang.

Jadi kali ini, aku nak kongsikan pendapat jujur aku dalam kekurangan dan kelebihan memiliki mpv nasional pertama ini.

Sebelum itu, perlu diingat bahawa senarai di bawah ni semuanya adalah pandangan peribadi aku semata-mata, yang sudah tentu bukannya mewakili pandangan masyarakat, kumpulan atau parti tertentu.

Kekurangan

1. Saiz Tempat Duduk
Sepatutnya boleh letak seat besar sikit.

Ada yang cakap aku gemuk bila aku cerita pasal saiz tempat duduk. Sebenarnya aku cuma bandingkan saiz tempat duduk dengan kereta-kereta jenis lain. Bila dibandingkan dengan saiz tempat duduk MPV-MPV lain, misalnya Naza Citra, Toyota Innova dan kereta Proton Wira, aku dapati saiznya memang lebih kecil. Setandinglah dengan Grand Livina. Tapi kecik lagi Alza.

Antara seat dengan pintu tu ada ruang besar, boleh sumbat botol coke 1.5L.



2. Ruang Lutut Kiri Agak Sempit
Tak boleh nak kangkang lebih-lebih.

Kepala lutut kaki kiri tak cukup ruang. Kalau jalan jauh, kaki naik lenguh, tak boleh nak mengangkang sikit  pasal lutut akan kena pada tepi "dashboard gear". Aku tak nampak kenapa bahagian dashboard tu perlu lebar-lebar? Kenapa? Kenapa?

3. Kedudukan Suis Signal dan Wiper Terbalik
Suis wiper dan signal ala-continental.

Walaupun dah lebih setahun aku pakai Exora ni, aku masih keliru dengan suis wiper. Kalau nak on wiper, aku mesti tak confident. Kena pastikan dulu betul-betul, bila dah pasti tuil tu ialah tuil wiper barulah aku on.

Sebagai negara yang pemanduan belah kanan (right-hand-drive), aku tak faham kenapa mesti tiru design ala-conti yang tak praktikal macam ni. Kebiasaannya bila tiba simpang, tukar signal guna jari tangan kanan lepas tu tangan kanan kawal stereng, tangan kiri tukar gear (manual).. bila dah terbalik, walaupun boleh..tapi kurang praktikal.

4. Indicator Air Cond Biru Silau
LED biru tu kalau malam agak  menjolok mata.

Perkara ni cuma hal kecil. Cuma berlaku sekali sekala kalau mata aku letih menghadap PC. Bila memandu dengan mata letih pada waktu malam, warna biru itu kelihatan terlalu menganggu. Kalau jadi macam tu, aku tutup jer dengan sapu tangan. Sepatutnya warna lain boleh digunakan, merah ke.

5. Tempat Duduk Tengah di 2nd Row Keras
Tempat duduk tengah tu keras.

Sungguh kasihan pada penumpang yang terpaksa duduk di bahagian tengah di tempat duduk baris kedua. Lebih-lebih lagi kalau perjalanan jauh.

Bahagian bawah keras. Tempat sandar tu pun keras.

Tapi tempat duduk kiri dan kanan memang selesa!

6. DVD Player Tak Ada Speaker

Anak sibuk nak tengok kartun, aku pulak nak dengar lagu, baru best memandu. Dah berebut pulak. Jadi kena letak speaker pilihan kedua seperti pada post yang lepas.

7. Tempat Letak Air Jauh
Sampai tertumpah-tumpah nak letak air tin kat situ.

Aku memang suka memandu sambil minum. Kalau tekak terasa kering jer, aku teguk Ali Cafe ataupun Longjack Orang Kampung. Malangnya di Exora ni, tempat letak air yang jauh ke bawah memang menyukarkan dan membahayakan. Aku terpaksa menunduk untuk ambil air. Dahlah tu, tak sejuk pulak tu pasal jauh daripada air-cond.

Aku sangat suka dengan tempat letak air seperti yang terdapat dalam Wira/Satria. Bila nak guna, kita boleh tarik keluar. Kedudukannya pula betul-betul depan air cond, jadi air sentiasa sejuk.

Penyelesaiannya aku beli tempat letak air di kedai aksesori.
Tempat letak air dekat dengan air-cond dan mudah dicapai RM12.

8. Agak Susah Nak Memotong
Boleh tahanlah power CPS ni.

Oleh sebab Exora aku guna enjin CPS, tak boleh nak buat apalah. Perlu set di minda yang kita ni sedang memandu sebuah MPV, jadi kena drive secara rileks dan santai.

Namun begitu, berbekalkan skill dan kebolehan yang biasa-biasa, kekurangan CPS ini tidaklah mengganggu sangat.

9. Kedudukan Stereng Yang Kurang Bagus
Ada yang tak kena dengan stereng exora samada position atau design.

Ataupun mungkin juga design stereng yang kurang ergonomic. Kalau perjalanan jauh, misalnya antara JB-KL, pergelangan tangan aku mesti sakit dan lenguh semacam.  Sebelum ni aku pernah drive dari JB ke KL naik Saga, Iswara, Wira, Satria Gti, MyVi tak pernah kena macam ni.

Penyelesaiannya, sambil memandu tu kena buat senaman pergelangan tangan macam Usop Weelcha.

10. Agak Bumping
Bagi aku spring/absorber exora ni agak lembut. Jadi kalau lalu Highway Desaru-Senai yang terkenal dengan kualiti tip-top itu, akan bumping juga. Lagi-lagi kalau bawa ramai penumpang. Tapi taklah seteruk Avanza atau Innova. Aku bandingkan dengan kereta biasa aje.

Aku juga dapat tahu, spring/absorber untuk Exora versi yang baru iaitu Bold adalah lebih baik.

11. Noise Insulation Agak Kurang Bagus
Bila aku bandingkan Exora aku dengan Persona bapa mertua aku, aku rasa noise insulation dalam persona agak bagus. Lebih senyap dalam Persona dari dalam Exora. Mungkin juga disebabkan saiz Exora yang tingkap dan pintu yang besar-besar agaknya. Tapi aku rasa masalah ini boleh diperbaiki oleh Proton.

12. Pemain CD/Radio Tiada USB
Dah tahun 2013, ada lagi cd player kereta yg tiada USB port.

Zaman sekarang semua jenis player kereta ada tempat nak cucuk USB. Terkejut juga aku tengok exora punya player tak ada. DVD player kat bumbung tu ada USB, tapi takkanlah nak main mp3 kena on dvd player kat belakang dulu. Sekarang ni mp3 semua terpaksa aku burn dalam CD.

Dah berlambak-lambak CD mp3 dalam kereta. Kalau boleh pakai pendrive kan ke senang.
Terpaksa simpan banyak CD dalam kereta.


Kelebihan

1. Saiz Besar
Body Exora ni memang besar. So, lenggokkan dan goyangan dia masa bergerak tu terasa mantap dan confident. Semakin laju semakin yakin. Bawak 140km/j rasa macam bawa 90 kalau kat highway. Cuma sayang duit jer takut kena saman.

MPV yang bersaiz kecil boleh bawa laju-laju tapi takkan dapat rasa 'kesyokan' yang sebegini.

Kalau diukur sentimeter demi sentimeter, Exora adalah lebih besar dari Toyota Innova. Cuma Innova lebih tinggi.

Blog Prodas Auto sini membandingkan Exora dengan Innova sebelah menyebelah.


2. Ruang Luas
Ruang yang luas dan lapang.

Bila ruang rasa luas, keselesaan tu memang berbeza bila memandu jika di bandingkan memandu dalam ruang yang kecil dan sempit. Lagi pula kalau bawa keluarga untuk perjalanan jauh. Rasa lapang jer fikiran bila lihat keluarga selesa.

Bila dah biasa drive Exora yang lapang, bila masuk kereta lain terasa perbezaan yang sangat ketara.

3. Proton Handling
Memang tak dapat dinafikanlah teknologi by lotus ni. Kalau dulu diorang sebut Lotus handling, sekarang jadi Proton handling pulak. Seronok memegang setering masa jalan lurus dan keyakinan memandu di selekoh.

Apa yang dapat aku bezakan proton handling dengan kereta brand lain ialah kita rasa seolah-olah tayar kereta  betul-betul grip jalan raya, tidak terolen-oleng kekiri atau kekanan. Semasa memotong lori di lebuhraya dalam keadaan laju, lorong nampak sempit. Tetapi oleh sebab handling yang menyakinkan, acara pemotongan berlaku dengan yakin dan selesa.

Lagi satu, sewaktu memandu di selekoh, kurang rasa membuang. Perkara ni memang menakjubkan bagi kenderaan  besar dan tinggi macam Exora yang pada harga 70k ini.

4. Air Cond Sejuk
Hari-hari biasa buka ekon sikit pun dah ok.

Air-cond exora memang sejuk gila. Kalau orang tak tahan boleh demam pasal dia punya sejuk. Setakat ni aku tak pernah buka air-cond sampai maksimum. Paling tinggi pun setengah jer. Kalau jalan belah malam, aku cuma buka sikit jer air-cond.

5. Air Cond Belakang Ada Blower Sendiri
Boleh adjust kekuatan angin ruang belakang.
Dahlah sejuk air-condnya, ada blower asing sendiri untuk bahagian belakang. Boleh set kelajuan 1 hingga 4. Kalau hari panas, memang terasa kelebihannya bagi penumpang.

Lagi satu kelebihannya, proses penyejukkan keseluruh ruang kenderaan lebih cepat. Jadi penumpang akan lebih selesa.

Kalau naik kenderaan yang tiada blower belakang seringkali akan kedengaran "Bang, air-cond tengah tu arahkan ke belakanglah. Orang belakang panas ni!"... orang depan pula akan menjawab "Sabarlah sikit, kejap lagi sejuklah. Aku pun panas ni!"... hehehe..
Air cond di setiap row.
6. Rupa
Dari segi rupa exora, aku sanggup bagi 3.8 bintang dari 5 bintang. Bagi aku MPV taraf 5 bintang dia punya rupa ialah Peugeot 5008 dan Toyota Estima. Cherry Eastar tu pun aku bagi 4 bintang. Ini dari segi rupa paras sahaja, dan standard keluar kilang. Toyota Wish aku bagi 3 bintang, pasal aku rasa design dia sangat out dated.

Okay lah tu.. duduk sebelah Toyota Wish pun masih boleh bangga lagi. (Marah pulak pemilik Wish ni karang..)

6. Seat Paling Belakang Boleh Lipat Satu Satu
Lipat

Tak lipat

Kalau cuma bawa 6 orang, dan banyak barang. Tempat duduk paling belakang boleh lipat sebelah jer. So sebelah penumpang duduk, sebelah lagi barang duduk. Kalau Perodua Alza misalnya, kena lipat seluruh tempat duduk.

7. Jimat Petrol
Bagi sebuah MPV yang sebesar dan seselesa ini, aku berpendapat Exora ni boleh dikatakan jimat minyak. Bandingkanlah dengan Toyota Innova 2.0 ataupun Naza Ria! Boleh juga kalau nak dibandingkan dengan Grand Livina atau Perodua Alza, tapi dengan syarat sama-beratkan kesemua kenderaan tersebut. Jadi, Livina/Alza tu kena sumbat 8 penuh penumpang, tapi exora bawa driver dia je.. hehehe

5. Jimat Road Tax
RM90 sahaja setahun..bia betul?!

Sekali lagi, bagi sebuah MPV yang sebesar dan seselesa ini, aku berpendapat Exora ni memang jimat road tax. Dulu aku pakai Satria, kecik ajer, tapi road tax sampai RM300. Sekarang pakai Exora, besar, cuma bayar Rm90 aje.

6. Jimat Harga
Bagi orang-orang yang kurang berada macam aku ni, Exora ni adalah sangat berbaloi-baloi. Nak bandingkan nilai ringgit dengan apa yang aku dapat adalah beyond expected. Aku memang tak sangka Proton boleh jual MPV yang macam ini pada harga sekitar RM70k sahaja. Tak hairanlah bersepah-sepah orang pakai Exora sekarang ni.

7. Kualiti
Selalu sangat aku terbasa pasal komplen orang yang tidak berpuas hati dengan kualiti Proton. Aku tak boleh nak cakap apa, pasal setakat ni tidak ada satu pun problem yang aku alami.

Tak pernah lagi aku claim warranty untuk mana-mana part sebab tak ada mana-mana part yang problem.

Duit aku pergi ke Exora ni cuma beberapa perkara:

1. Petrol
2. Service berkala
3. Aku pasang reverse camera RM380
4. Speaker DVD player RM40.
5. Tempat letak air RM12
6. Glade RM14.99
7. Ganti sebiji tayar, pasal tayar lama tercucuk besi kat jalanraya RM180 ..tayar seken tapi baru (owner exora tolak untuk tukar sport rim)
8. Stiker-stiker.
9. Tak lama lagi nak tinted bagi gelap sikit (belum buat lagi psal malas tunggu lama-lama kat kedai accessories). Tinted H-Line ni terang sangat. Mungkin 20-30% jer kot.

Aku bukan kaki mod. Exora aku standard keluar kilang. Jadi memang tak keluar duit untuk mod.

Itulah sahaja, pendapat jujur dari aku seorang pemilik Exora yang telah menggunakan kenderaan ini lebih dari setahun setengah. Pendapat aku ni mungkinlah dirasakan agak bias bagi peminat mpv lain, tapi percayalah ini ikhlas. Tak ada niat aku nak menyebelahi mana-mana.

Mungkin post ini boleh dijadikan panduan oleh siapa-siapa yang sedang riki-riki nak beli MPV. "Best ke Exora?" "Bagus ke kualiti dia?" "Boleh percaya ke Proton ni?" Tu semua persoalan-persoalan yang biasa.

Sekali lagi, semuanya ini cuma pendapat peribadi aku sahaja. Aku tak paksa siapa-siapa percaya atau bersetuju. Tapi kalau rasa tak berpuas hati atas point-point yang aku utarakan, silalah tulis pada ruangan komen.

(Harap maaf kerana dalam gambar-gambar di atas, exora ku ni kurang bersih pasal dah lama tak basuh!)

68 comments:

norhasnizakhalid said...

best lah entry ni, mama baru bercadang nak angkat.. hihihi ecewah.. mama baru merancang nak ambik exora untuk car family ni... hihi
terima kasih kerana bagi info, terbaik ni..

faizal said...

Alhamdulillah..ari tu try masuk Alza tp loan x lepas...tp syukur mungkin rezeki saya dealer proton push maximum dpt kuar exora..satu family suka sgt dgn exora bold...kuasa, keluasan, jimat dan gaya..semuanya lengkap...

Anonymous said...

saya pakai exora bold...pernah saya bawa sampai 200km/jam...macam bawa mpv mahal jer....

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya pakai Exora Bold mulai Februari 2013. Setakat ini tiada masalah. Sebulan sekali ke Unisza Kampus Gong Badak dan adakalanya balik umoh mertua di Pekan, Pahang. Semuanya Ok, alhamdulillah. Tq Allah!

Anonymous said...

aku pulak dah 2 tahun pakai exora CPS ni...dan masalahnya aku punya ABS buat hal sentiasa menyala...lain2 hal aku boleh katakan puashati dan selesa jika long distance..

Nor said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

pengalaman kami pengguna exora 1 je masalah yg sama hose minyak depan slalu leaking

advice tukar hose je yg kt luar lg tahan lama
wink... wink...

Anonymous said...

Saya setuju bahawa Exora jimat minyak. Perjalanan Sibu ke Kuching sejauh 400 km dengan kapasiti penumpang 7 orang dan barang-barang (penuh kereta) kos petrol cuma RM65.00 sahaja

Unknown said...

boleh bgtau ka kos minyak,macam persona jgk ka ?persona sy makan minyak kuat gila..tq bos..

satriav6 said...

Saya juga tgh bercadang nak ambik mpv.siapa boleh bagi buah fikiran chery easter mmg ngeri nak ambik...dalam hati sama exora ataupun wish second hand mana yang agak nye tak kan menyusahkan owner dari segi duit...help me

Time Traveller said...

Thanks for this nice info bro..sebab tgh mencari jugak MPV family car nie.. target nak angkat sebelum hujung tahun nie.. :D

Salam Kenal juga ..ada masa sila lah berkunjung ke blog saya..

Anonymous said...

Saya baru pakai Exora BOLD CFE... Memang selesa sangat... Dan yang mampu untuk dimiliki... Sangat selesa bila mengambil selekoh.. tengah dok pandu uji lagi sebab lom habis PANTANG.. hehehe.. banyak kelebihan... MLK 209

Anonymous said...

nk tnya skit,,,exora CPS nie klau naik bukit ad power x??

Anonymous said...

saya mula guna exora 2009 dan puas hati dengannya hingga kini.

WZWY said...

Apa pun entri terbaik. Bagus. Boleh buat buku ni.

Unknown said...

setuju semua yang kelebihan dan kekurangan exora. Cuma nak tambah, jari jadi keras sebab steering kasar.

livesith said...

terbaik

Anonymous said...

sy penah bwk exora bold. bunyi enjin kuat gila.. handling mmng ok. tp xtau lg kualiti dan ketahanan kereta proton selepas digunakan selepas 9-10 thn akn dtg..

Kiki said...

Exora Bold Manual (CPS) terbaik.

hairul392 said...

Salam saya pun dah guna exora ni.. memang puas hati dan luas.. sekarang ni alza pun dah tiru design dalaman seperti ala exora.. lipat tempat duduk belakang..

Anonymous said...

Yang pasal kerusi dpn tu letak kerusi yg sambung terus je dgn kerusi co pilot..mcm kerusi alza terbaru ni..barula selesa..letakla hand rest skali..tp bknla kecik mcm alza cuma besar skit dr yg asal ni..kedudukan gear knot kena ubah ke atas sket..senang cite bhg central dboard kena redesign utk mndptkan kselesaan pemandu n penumpang di sebelah pemandu

Anonymous said...

Yang pasal kerusi dpn tu letak kerusi yg sambung terus je dgn kerusi co pilot..mcm kerusi alza terbaru ni..barula selesa..letakla hand rest skali..tp bknla kecik mcm alza cuma besar skit dr yg asal ni..kedudukan gear knot kena ubah ke atas sket..senang cite bhg central dboard kena redesign utk mndptkan kselesaan pemandu n penumpang di sebelah pemandu

Anonymous said...

Exora terbaik, Pernah naik Genting, Cameron Highland, Bukit Tinggi & paling jauh g Singapore. Kalau service & maintainence jaga, x de masalah.

Anonymous said...

Enjin proton masih kuat lagi walaupun dah lebih 12 tahun. Saya sendiri pakai gen 2 model yg awal. Enjin dier masih kuat dan baik lagi janji service ikut jadual dan pakai minyak enjin yg masuk formula one kerana setiap tahun sykt minyak ni buat r&d utk tingkatkan prestasi minyak enjin masing2x.

Anonymous said...

tengah binggung nak ambik exora ke nak ambik avanza.harga tak byk beza.

Anonymous said...

Dasat la bro, hang punyer pendapat dan pandangn... aku mmg dh lamer tggu somebody yg leh bg info mcm hang ni... leh jd geng, tak?

Affendi said...

mengenai player tu.. setakat usb bkn masalah bagi saya. enpon skrang dah ckup canggih boleh play lagu thru bluetooth. yes, radio stok exora boleh terima lagu secara wireless dan jugak handsfree call. dvd player? sy psg pemegang tablet 10" dlm keta.. sistem audio dah cukup baik tak perlu amplifier, ni bukan keta bujang.

Anonymous said...

WISH RECOND EKSB
Syarikat Edaran Komersial Sdn Bhd (EKSB) menawarkan kereta wish x spec memang murah TAPI kualiti amat TERUK..Kedai terletak di sebelah TESCO Ampang.

Harga seperti berikut:
Tahun 2009 - RM 99900.00
Tahun 2010 - RM 103900.00

Caj Tambahan:
Transfer Fee - RM 3000.00
RM 1800.00
Road Tax - RM 279.00
Sewa Cermin - RM 450.00
Insurans - Ikut NCD

Harga jika dibandingkan dengan kedai lain boleh dikatakan ok la murah...tapi kualiti kereta, condition kereta dan perkhidmatan syarikat amat teruk....jika tengah mencari wish @ bercadang nak beli wish..JANGAN la beli kat kedai Edaran Komersial Sdn Bhd..Memang sakit hati..dan menyesal lepas dapat kereta...

jlye said...

Exora CPS says dah 2 setengah tahun. Memang ada sedikit masalah pada mulanya tetapi telah diselesaikan dengan memuaskan. Ini kereta Proton kedua saya. Iswara saya yang berusia 20 tahun masih saya pakai dan jaga dengan baik. Enjinnya masih bagus lagi dan baru-baru ini menukar distributor cap, sekali pusing kunci sudah cukup untuk menghidupkan enjin. Bila dibandingkan dengan handling, memang bagus dan memberi keyakinan kepada pemandu. Tidak salah pilihan saya untuk membeli Exora.

Anonymous said...

Erm sy pkai avanza dan bru ni abg ipar amik exora bold xdnafikan exora lbh luas dan slesa....kpuasan mmndu exora lg bgus ok dr avanza sbab avanza xlbr dan tggi bwk 140 dh rse mmbuai... Dan ttg air cond sy try dok blkang sejuk...avanza lmbt rse tp xsteruk alza n grnd lavina bpeluh dok blkang.... Cme lbh nya avanza jnma sje yg mmg top kat asia yg enjin thn itu sje... Sy pon nk amik exora tp bni xykin blh bwk sbab lebar dn dia rse bsr sgt so amikla avanza... Uat mse ni avanza xde prob cuma ketela mlyang skit bl bwk laju... Ini je yg sy dpt kongsi...klu tye pndapat sy.... Amik exora klu pntingkan kepuasan mmandu dan keselesaan... Amik avanza klu pentingkan ketahan enjin dan kedekut duit myk.... Hehehe

Akram Tajuddin said...

Saya seorang pengguna Exora Bold CFE. Pecutan yang cukup efisyen walaupun dalam kereta ada 8 passanger termasuk saya sbg driver. Mmg pickup, paling penting ruang kereta sangat besar dan selesa.. dan sejuk (air-cond kuat).

Bawa 140 km/j pun masih stabil, tak melayang (taknak bawa lebih laju pasal tak berani. hehe) Cuma minyak kuat makan la, haha biasa la. enjin turbo kot. Rasa terbang je. :p

MODERATOR said...

Proton kalau tak ambil tahu pasal komen2 dalam entry ni, mmg bebal la buat kereta cantik2 camni...

kroll said...

Senyum n teruja baca entry ni...mmg benar apa yg dikata...saya pun dah lama guna exora cps ni...

Anonymous said...

exora value for money , sapa yang kata exora pikap lembab , saya rasa cuma komen dari mereka yang tak pernah drive exora , dgr cakap orang , kat highway mantap , kalo takat toyota wish tue bukan takat cucuk , leh kena lauk dgn exora bold ,

Anonymous said...

sy pakai exora standard manual cps yg rm59k tuu..smp skrg x jmp lg masalah kritikal..alhamdulillah bersyukur kpdMu Ya Allah...

Anonymous said...

Nak tny pasang reverse camera dkt proton servise ada ke ?

Unknown said...

Sy pn sme..solutions ap die?

khadijah said...

asalamualaikum... nak tya.. saya juga pakai exora dah 5 tahun.. tak ada masalah cuma satu ja... kadang2 nak start kereta.. masuk kunci tapi tak boleh pusing untuk start.. jadi keras.. stereng dan brek jadi keras.. kena goyang2 streng beberapa kali baru boleh pusing kunci untuk start.. berpeluh jugak lah.. selalu terjadi jika parking kalut.. stereng sikit senget.. ada sesiapa pernah terjadi macam ni? mengapa ya? macammana cara nak atasi?

Anonymous said...

Sy pakai exora BOLD sejak Nov 2013. Sehingga ke hari ni, cukup memuaskan bg yg mementingkan keselesaan. Dr Kota Kinabalu nak pegi Tawau ikut jalan Kalabakan kena naik banjaran croker. Power memang puas hati. Tgi mcm mana pun, penting berani tekan minyak ja. Byk selekoh maut lg. Tp cukup selesa.

Unknown said...

Sy pengguna bold turbo..nk tny,jaring kt belakang tu beli atau free?

Unknown said...

Perlu ganti sensor tayar kt bhg enjin...g proton sbb ada warranty...sy ada problm sama...smpi keta mati tgh jln...

Anonymous said...

minyak 1 litre boleh jalan berapa kilometer?ada siapa2 perhatikan.tks u

Anonymous said...

Saya pakai exora m-line cps manual sdh 5 thn..msh bertahan dgn perjlnn harian 150km/hari..ulang alik kerja..utk tmbh power..sy sdh pasang ecu shop...mmg stabil memecut..

Unknown said...

Saya baru pakai exora SP March 2015. Tak kesian.Nak tgk power dia. Saya pakai waja campro sebelum ni. Jadi performance campro dah tahu. Tapi bila pakai exora SP(CFE) wah tak tahu nak cite. Try ler. Ni yg saya dah test. Speed @190km/hrs - short distance 25km, Long distance @160km/hrs -170km/hrs(PLUS). Corner lepas tol jln duta masuk KL @80km/hrs. Bukit, C.Highland @4dewasa & 4kanak2 gear L. Kalo ada yg pakai wish, g.lavina, alphard, Estima, Nissan Hwaystar tu kalo nak try boleh ler, belum tahu lagi tu. Kalo kalah malu, kalo menang pun malu, he he he.

Unknown said...

Saya baru pakai exora SP(CFE) Mac 15. Sebelum ni pakai waja campro.Exora pun Campro tapi ngan turbo mmg terbaik.

Speed test setakat ni 190km/hrs @ short distance lam range 10km.Long distance @ 140km/hrs - 160km/hrs PLUS Highway@250km.

Corner - Lepas tol Duta masuk KL @ 80km/hrs.

Bukit - C.Highland @ 4dewasa & 4kanak2 gear L.

Kalo pakai wish, g.lavina, alphard,estima boleh try la nak tgk.

Overall mmg terbaik. Tak menyesallah ambik.

Unknown said...

saya pakai exora...roadtax rm1080 setahun..kenapa eik

Unknown said...

bole la sy amik exora nnt,.. in shaa ALLAH

Mat esang said...

Saya amat berpuashati pakai exora..sekian

Anonymous said...

Blog yg bagus utk aku sebelum membeli exora atau alza atau avanza...aku rasa tangkap exora lagi baik lps baca entry ni...sokong produk tempatan..

Anonymous said...

Blog terbaik...baru cadang nak ambik alza or avanza..lps baca entry ni rase nak ambik exora jer...lg pun produk tempatan kan...support proton

Unknown said...

Wahhhh..x sabau rasenya nk beli exora bold..tp nt mesti proton da nk kluarkan pengganti exora kan?..hmmm sabar2

Anonymous said...

Ada sesiapa yang dapat claim refund dari proton disebabkan masalah besar? Boleh kongsikan cara nak dapatkan refund.

aji ibanez said...

Sy setuju part dashboard Tu, spttnye xperlu lebar Sgt smpi makan space....1 pagi kelemahan CVT Ni , bila dh lama pki kdg2 rasa mcm enjin nk mati....rasa mcm spark plug dh hbs....tp bkn mslah spark plug

Anonymous said...

Sya bru nk brcadang nk mbek ezora cps 2009(scondhand)dh 139000km bru sorg owner. Jdi keng kwn minta pndapat keng kwn cmna ok ke ezora cps first model ni? Mksud sya dr segi injin & pnggunaan petrol nya.

Princess said...

Nak tumpang Tanya sikit, kawan nak Jual EXORA CPS 2011 ( X Ada turbo) ,harga RM34,000 . Mileage lebih kurang 42,000km.. Ok Tak? Saya x ada budget untuk kereta baru.
Nak letak 2 car seat kat tengah . Tq

misz mira lurve shah said...

Bukan ke tu utk lock stereng & safety?

lim's home tuition class said...

Bags imams caranya untuk mengurangkan bunyi enjin exora yang kuat?

*~Miss Lisa~* said...

Free je masa beli kereta

Wan said...

Bru nk beli used punya thun 2012
Harap2 berbaloi dan xd masaalah.kete yg book ni pon kete showroom bru 9k km

Unknown said...

Free..

Unknown said...

sye pun da pakai exora bold since 2013. Mmg superb...feeling torque +/- 200 mase memotong. tapi sejak pakai tayar Continental (imported) utk front side .. trase berat sedikit utk memotong..last2 drop gear ke L n shift balek ke D..baru confident...

FC..mase mule2 pakai ..long distance..balek kg KB ikut LPT...maintain 90 km/h...dpt 11 km/L...urban skg...9 km/L

Unknown said...

saye bru beli exora cfe premium....ala jaring kat belakang proton ckap dh tk bgi betul ke...ni nak kna pi kpnkk buat aduan ni....

Unknown said...

saye bru beli exora cfe premium....ala jaring kat belakang proton ckap dh tk bgi betul ke...ni nak kna pi kpnkk buat aduan ni....

Unknown said...

bru beli cfe exora premium..terbaik...tpi jaring kat belakang proton ckp dh tk bgi...dlm senarai ade...bleh complain kat kpnkk tak pasalni...

Unknown said...

well said bro

Mrdinuncle said...

tengah nak cari exora manual,mcm dgn auto, perjalanan kl kota bharu

zam said...

Sy pakai exora bold turbo.full spec..thn 2015....sy naik genting highland ok jer..senyum..bila kat highway yg sedap pecut kuasa turbo terasa power..pergi mengigit.....hehehe

Unknown said...

alhamdulillah, pakai exora 1st model sampai skrg 2010-2016,. mmg guna lasak, masuk kebun keluar hway tempuh traffic jammed...jauh dah 230,000km satu semenanjung.. masih powerfull 140-150 hway..mudah2n kita bersyukur ..amin..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...