Monday, 18 April 2011

Apabila Netbook Tak Boleh Masuk Windows 7 - Part 2

Lagi satu cara kalau cara sebelum ni tak berjaya untuk memulihkan netbook supaya boleh masuk Windows 7 semula.

Cara ni menggunakan arahan pada Command Prompt yang boleh di buka melalui System Recovery Options yang telah aku tunjukkan pada post terdahulu.

Nampak macam susah dan leceh. Tapi senang giler. Ikut ajer step-by-step.

Problem:


Masih tak dapat masuk Windows 7. Kalau start netbook, cuma ada satu cursor berkelip-kelip kat bahagian atas belah kiri, lepas tu tak ada apa-apa berlaku.
Kali ni nak masuk safe mode pun tak sempat..

Penyelesaian:


Buka Command Prompt
1. Masukkan "USB pen drive Windows 7" atau pen drive yang ada "Windows 7 32-bit repair disc". (Kalau laptop/desktop yang ada DVD drive masukkan DVD Windows 7)

2. Start netbook dan terus tekan ESC (Netbook HP, lain jenis lainlah keynya)

3. Tekan F9 untuk BOOT Device Options. Akan keluar Boot Manager macam dalam gambar di bawah.


4. Pilih USB Pendrive. Macam contoh kat atas tu pilih KingstonDataTraveler2.0. Lepas tu tekan Enter.


5. Lepas tu kalau keluar soalan macam ni "Press any key to boot from CD or DVD..." cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.

6. Kalau berjaya akan keluar macam ni:



7. Lepas tu, pilih keyboard input method - the default us keyboard will just do. Press next


8. Windows searching for installation a few minutes


9. Bila siap scan pilih "Use recovery tools that can help fix problems starting Windows"
Pilih operating system to repair dalam list tu.

10. Windows akan tanya Username dengan Password Windows tersebut. Lepas tekan Next, akan keluar window sperti di bawah:

11. Pilih yang paling bawah sekali tu "Command Prompt."

Arahan Dalam Command Prompt

bila dah masuk Command Prompt, taip command ini:

bootrec /fixmbr
bootrec /fixboot
bootrec /rebuildbcd
bootrec /scanos

dan

bcdboot c:\windows

(sila tukar c: tu kepada drive yang sepatutnya. Kalau failure dekat C tukar D iaitu 

bcdboot d:\windows

lepas tu taip exit dan restart netbook.

7 comments:

Anonymous said...

taip command 2 xde (;) ke??semicolon??

mancisdahbasah said...

tak yah

taip satu baris... tekan enter, satu baris lagi... enter

Anonymous said...

Hai nak tanya ni,mana nak dapat setup utk window 7 ni??kalau guna netbook 1 Malaysia window 7 dah install dah, tapi kan kitaorng tak dpt cd utk setup window 7 ni..adakah setup win 7 ni kat netbook 1 Malaysia,ataupun ianya hanya terdapat pp cd sj??help me..

mancisdahbasah said...

Netbook 1 Malaysia didatangkan sekali dgn Windows 7 starter edition, tapi memang tak ada CD. Kalau ada problem, boleh guna fungsi recovery untuk dapatkan semula installation software2 asal.

Tapi kalau nak clean install(install semula dari kosong), kena cari CD Windows 7 lah.

hokagie konoha said...

Hallo mancisdahbasah.. Ni ha saya ada masalah dengan laptop ACER (TravelMate 290) Windows xp Pro, Masalahnya mcm ni, laptop tu saya cuba instal software baru tu antivirus Avira, lepas scan saya cuba restat tp bila logon laptop tu logoff balik n log on semula n beterusan mcm tu.. trus sya pn cuba nk format la sbb kbtulan drivers n applctions tuk laptop tu sya ada, tp time nk format, tekan F12 laptop tu seolah-olah tk dapat bace PDrive saya la. tpi klu Pdrive tdi tu saya cucuk d laptop lain (compaq presario)dapat pla d baca tp klu laptop yg ada masalah tdi tu yang keluar tu cuma:
( ) Hard Disk C
( ) CD/DVD
( ) ???? A
( ) ???? LAN
SO mancisdahbasah, ada ka cara penyelasaian masalah ini, tak boleh nk masuk windows n laptop tu tk dapat baca PDrive tu

Anonymous said...

bang pliss tlog sy..pliss sgt2..sy dpt notebook 1 malaysia yg creative 2..mmg bang ad ckp recovery 2 ad tp at samsung ng lenovo ad lh tp at creative ni recovery x cm smsung ngn lenovo..tp 2 bkn msalah skang ni..msalahnye notebok creative 1 mlaysia sy xle lh nk bke window biase..wktu restart 2 trus dy pegi ke enter set up ngn device boot lau x silap sy...cmne ni sy reti restore lau windows 2 lpas bke sperti bese tp ni trus xle bke sperti biase.. pliss tlog

Nuhidayat Unigama said...

ohh itu senang shja tu 'anonymous'. cuba ambl laptop u lepas tu hantar pegi kedai repair laptop. esok siap la tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...