Wednesday 6 April 2011

Pindahkan Fail dari Copy-Protected CD ke USB Pen Drive

Bila satu CD tu ada copy protection, kita tak boleh nak copy sesuka hati untuk pindahkan fail dari CD tersebut ke mana-mana media. Tetapi kadang-kadang fail-fail dari CD tu kita tak boleh copy bukanlah disebabkan oleh copy protection, tapi pasal nama atau format fail dalam tu tidak dapat dikenali oleh Windows.

Yang menjadi masalahnya, sebagai contoh, aku baru beli antivirus Kaspersky Internet Security 2011. Dah tentu, software tu datang dalam CD. Tapi aku nak install antivirus tu masuk dalam netbook. Biasalah, netbook mana ada CD-ROM drive.



Dalam kes ni, aku bagi contoh CD-ROM Kaspersky Internet Security 2011 sebagai contoh sahaja. (Ini adalah hanya sebagai contoh shj. Kalau nak install Kaspersky dari CD-RM yang di beli masuk netbook, cuma perlu copy file setup sahaja masuk dalam pen drive, lepas tu run dalam netbook. Tapi tak boleh buat rescue disc lah.)

Problem

CD Kaspersky tu copy protected, jadi aku tak boleh nak copy masuk USB flash drive.

Penyelesaian

1. Buat image CD-ROM tu jadi fail .iso

Untuk buat fail .iso boleh guna banyak software. Aku cadangkan guna sahaja ImgBurn, pasal ia percuma dan simple cara gunanya. Masukkan CD dalam komputer yang ada CD-ROM drive dan klik Create image file from disc.

Buat fail ISO guna ImgBurn
*note: Selain fail .iso ImgBurn juga boleh buat image dalam format .bin dan .img

2. Open fail .iso tadi guna Winrar dan extract

Bila dah siap fail ISO tadi, open fail tu menggunakan Winrar. Lepas tu extract file tersebut ke dalam USB.

Extract fail tersebut ke dalam USB pen drive
*note: selain dari guna Winrar. Banyak lagi aplikasi lain yang boleh digunakan untuk view dan extract iso file, eg. IsoBuster.

Selepas tu, USB pen drive tersebut bolehlah digunakan untuk install software antivirus Kaspersky tersebut ke dalam netbook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...