Saturday 2 April 2011

GMail Motion 2011 - April Fool Google Paling Lawak

Aku memang suka tengok aktiviti-aktiviti dan produk aneh dari Google Inc termasuklah April Fool dia. Dalam banyak-banyak April Fools dan hoax dari Google, aku rasa April Fool 2011 ni lah yang paling lawak sekali. Biasanya, Google ni buat April Fool joke yang tak macam joke, tapi macam serius, macam betul-betullah. Sampai orang tak tahu yang Google ni buat lawak ke atau betul betul, contohnya macam TiSP.

Popular kejap mamat dalam video Gmail Motion.. muka toya jer..

Tapi tahun ni punya, aku baru tengok sekali imbas dah tahu yang Google buat lawak. Tapi ni kategori lawak pandailah, bukan lawak bodoh. Tapi tak tahu juga kalau-kalau ada sesiapa yang terkena dengan prank Google kali ni.

Cuba tengok video ni dulu:


Secara ringkas, Gmail Motion ni konon-kononnya adalah satu cara menggunakan email Gmail tanpa menggunakan keyboard, tapi hanya menggunakan pergerakan tubuh badan. Dia punya fungsi memanglah best dan berfikiran jauh kehadapan. Tapi yang buat tak tahan, gaya-gaya menggunakan aplikasi Google Motion tu.

Lepas tu, konon-kononya teknologi Gmail Motion ni akan di masukkan ke dalam aplikasi Google yang lain pada masa akan datang.. hehehe

Technologi Gmail Motion pada Google Docs
Nak buat flowchart

Part yang paling lawak ialah dalam video tu. Tengok mamat tu muka toya jer buat gaya cara-cara menggunakan Gmail Motion.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...