Monday 11 April 2011

KDrama - My Girlfriend Is A Gumiho


Tajuk KDrama : My Girlfriend Is A Gumiho
Genre: Fantasi, Romantik, Komedi
Episod: 16
Tarikh Tayangan di Korea: Ogos 11, 2010 hingga September 30, 2011

Cerita My Girlfriend Is A Gumiho ni  mengisahkan mengenai seorang pemuda (Dae Woong) yang sedang belajar di sebuah kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon aksi tiba-tiba terjebak dalam hubungan penuh mistik dan romatik dengan seorang gadis jelmaan dari seekor Gumiho (musang berekor sembilan - nine-tailed-fox).





Gumiho tersebut adalah berasal dari zaman dahulu yang pada mulanya pengikut seorang nenek pari-pari telah turun kebumi untuk menjalani kehidupan seperti manusia. Oleh sebab gadis jelmaan ini terlalu cantik, dia telah membuatkan kesemua lelaki tak senang duduk, pekerja kerajaan tak buat kerja, para petani berhenti bertani dan para peniaga tidak berniaga.. pendek kata memang besarlah kesannya terhadap sosioekonomi penduduk kawasan tersebut.

Oleh sebab kaum wanita terasa terancam, mereka memohon pertolongan nenek pari-pari. Nenek pari-pari bercadang untuk mencarikan jodoh kepada gadis tersebut sebagai langkah penyelesaian. Malangnya, tersebar pula khabar angin bahawa gadis jelmaan itu perlu makan 100 hati manusia untuk menjadi manusia sebenar. Jadi tiada siapa yang sanggup berkahwin dengannya. Oleh sebab tiada pilihan lain, akhirnya gumiho tu diperangkap masuk kedalam lukisan.

Beberapa ratus tahun selepas itu, iaitu pada masa zaman kini, Dae Woong telah tersesat ke pondok simpanan lukisan tersebut. Dia telah diperdaya oleh hantu gumiho supaya melukiskan sembilan ekor pada musang didalam lukisan tersebut. Sebaik sahaja siap, gempa bumi dan ribut yang dahsyat telah terjadi. Tanpa disedari, sebenarnya dia telah pun membebaskan gumiho dari lukisan itu.

Setelah itu Dae Woong terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri. Kecederaan yang dialaminya sangat teruk hingga boleh menyebabkan kematian. Rupa-rupanya sang Gumiho telah mengekori Dae Wong. Dan untuk membalas jasa baik Dae Woong melukis ekornya sehingga dia bebas dari lukisan tersebut, Gimuho telah memasukkan satu-satu geliga kuasanya (dalam English 'bead' aku tak tahu BM nya apa, guna geliga bunyinya macam mistik sikit.. hehehehe) ke dalam tubuh Dae Woong.

Geliga gumiho ni ada power, jadi Dae Woong dapat pulih dengan cepat. Malah sangat membantu dia dalam audition untuk menjadi pelakon aksi. Tapi, Gumiho yang tiada geliga, akan hilang kuasanya dan menjadi sangat lemah.

Apabila, Dae Woong sedar dari pengsan dia dapati dirinya berada di atas pokok dan ada perempuan cantik iaitu gumiho di situ. Sejak itu, gumiho sentiasa mengekori Dae Woong ke mana-mana dan menyebabkan dia ketakutan kerana dia tahu gadis tersebut bukanlah manusia biasa. Biasalah dalam drama Korea ni, mula-mula tak suka... nanti lama-lama sukalah. Tapi, kan ke gumiho tu adalah seekor musang? kekeke

Apa akan jadi selepas itu? Bagaimana hubungan Dae Woon dan Gumiho? Adakah gumiho akan berjaya menjadi manusia kali ini? Benarkah gumiho memakan manusia?

Pelakon:
Shin Min Ah sebagai Gumiho atau Gu Mi Ho
Seorang gadis jelmaan daripada seekor musang yang berekor sembilan yang terperangkap di dalam sebuah lukisan selama beberapa ratus tahun. Menjelma semula dan menjalinkan hubungan dengan Dae Woong. Masih berusaha untuk menjadi manusia.

Lee Seung Gi sebagai Dae Woong
Dae Woong, sebenarnya ada hati terhadap Hye In. Tetapi disebabkan kehadiran Gumiho, dia risau akan peluang dia memikat Hye In. Tetapi lama kelamaan, hatinya terpaut pulak kat Gumiho.

Park Soo Jin sebagai Eun Hye In
Hye In ni jual mahal pada Dae Woong pada mulanya. Tapi bila Gumiho dah datang, jeles dan gelabah pulak. 
Lepas tu dia pulak yang mengganggu perhubungan Dae Woong dan Gumiho.

No Min Woo sebagai Park Dong Joo
Dia adalah seorang pemburu hantu, termasuklah Gumiho. Ada misteri disebalik kehadiran dia ni. Niat awal dia nak bunuh Gumiho, tapi tak jadi... kenapa ye..?

Dalam drama-drama Korea memang dah banyak cerita pasal Gumiho iaitu musang yang berekor sembilan misalnya Tale of The Fox's Child, Nine Tailed Fox dan Nine Tailed Fox. Makhluk ni macam dah jadi lagenda seram dalam masyarakat Korea.

Tetapi memang berbeza dengan drama My Girlfriend is A Gumiho ni. Seronok pulak aku tengok lawak komedi yang wujud dalam perhubungan hero dengan gumiho, macam mana hero takut kat gumiho lepas tu macam mana hero boleh jatuh hati pulak kat gumiho yang padanya adalah seekor musang. Selain dari kisah couple utama ni, ada lagi kisah-kisah lain misalnya kisah hubungan antara mak cik kepada Dae Woong dengan seorang pengarah filem yang seorang die hard fan Chow Yun Fat, yang setiap kali dia muncul jer mesti keluar lagu Cina... hehehe

Aku rasa cerita ni memang best dan sangat puas hati.

Rating: 4.5 dari 5 batang mancis
Download KDrama: Megaupload (Kena daftar dulu)

Anugerah
2010 SBS Drama Awards:
  • Best Actor Award - Drama Special (Lee Seung Ki)
  • Best Actress Award - Drama Special (Shin Min Ah)
  • Best Couple Award (Lee Seung Ki and Shin Min Ah)


***Review KDrama***
Senarai review drama Korea yang aku dah buat
  1. Queen Seon Deok 15 Feb 2011
  2. Secret Garden 18 Mac 2011
  3. My Princess 23 Mac 2011
  4. My Girlfriend Is A Gumiho 11 April 2011
***Review KMovie***
Senarai review filem Korea yang aku dah buat
  1. 200 Pounds Beauty 26 Februari 2011

*** Mengenai Rating KDrama***
4-5 : best dan kena tengok, kalau tak tengok drama ni memang rugi
3-4 : boleh tahan. Kalau nak tengok, tengok drama yang rate 4-5 dulu. Kalau dah tak ada, bolehlah tengok yang ni.
2-3 : drama ni macam best tapi bosan. Tak tengok rasa macam nak tengok, tapi bosan pulak tu.. gitulah.
1-2 : cerita memang bosan. kalau nak tau rasa bosan tu macam mana.. tengoklah.
0-1 : tak payah tengok! pergi tengok berudu berenang dalam longkang lagi best...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...