Kat sini aku listkan My TOP 10 KDrama yang paling aku suka sepanjang masa. Bila aku ada masa lain kali aku tulis dia punya ulasan. Sekarang ni cuba dia punya list sahaja. Yang paling aku suka ialah yang paling atas sekali ye..
1. Delightful Girl Chun Hyang
Cerita ni, mula-mula aku tak berapa suka. Tapi semakin lama semakin suka. Semakin lama semakin emosi. Semakin lama semakin dramatik. Bermula seperti sebuah drama comedy yang ringan, tapi menjadi sebuah cerita yang penuh dengan emosi lagi dramatic..
Aku memang tabik spring kat cerita ni. Entah macam mana bila aku tengok drama ni, mood aku bertukar jadi seperti kesunyian. Orang jawa kata loneliness. Cerita ni buat aku seolah-olah terjaga dari tidur, dan bagun untuk buat aktiviti yang aku suka, yang selama ni tak terfikir nak buat.. Baguslah cerita ni.
3. Summer Scent
Walaupun drama ni macam tak logik, tapi ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku. Sedih aku tengok cerita ni. Drama ni sangat slow dia punya plot tapi sangat tragedic dan dramatic. Mood dalam cerita ni asyik naik turun naik turun macam roler coaster. Selain cerita yang best, scenery dalam cerita ni amat menyegarkan. Endingnya walaupun menarik, tapi aku tak puas hati.
4. Snow Queen
Satu lagi drama sedih dari Korea. Aku rasa, drama ni agak lain dari yang lain. Seorang budak yang genius akhirnya cuma jadi seorang peninju. Yang menarik ialah bagaimana dia menggunakan akalnya untuk menolong heroin cerita ni. Cerita ni agak emosi dari awal hingga ke akhir. Terutama tengok hero dia nampak mood macam tertekan jer sepanjang masa. (spoiler!!)Apa yang aku tahu drama ni sad ending, tapi ada juga alternatif ending yang tunjukkan hero dan heroin hapily ever after... siap ada anak lagi kononnya.
5. Dong Yi
Drama panjang giler. Tapi sangat berbaloi dan puas hati ditonton. Dong Yi, seorang rakyat biasa, akhirnya menjadi gundik diraja yang disayangi dan dikagumi rakyat jelata. Anaknya juga akhirnya jadi menjadi seorang raja yang sangat lama memerintah. Kalau ada tengok cerita Yi San, Dong Yi ni adalah emak kepada raja yang memerintah masa zaman tu. Aku rasa seronok tengok cerita ni.
6. Giant
Kisah adik beradik yang berpisah disebabkan oleh orang jahat yang licik. Penuh dengan politiking dan tipu muslihat. Dalam cerita ni ahli politik semuanya jahat-jahat. Cerita dari zaman 70an sehingga zaman moden sekarang. Tipu muslihat dan strategi masing-masing yang membuatkan aku terpegun tengok cerita ni, tak sabar nak tahu kesudahannya. Nak tengok siapa yang menang, siapa yang kalah.
7. Queen Seon Deok
Kisah survival seorang puteri raja yang terbuang sejak dilahirkan tapi akhirnya menjadi raja pemerintah yang pertama seorang perempuan. From dust to glory. Memang respeklah. Plot-plot disetiap episod sangat menarik dan penuh dengan debaran. Penuh dengan politiking dan tipu muslihat. Orang jahat dalam cerita ni sangat terrer dan bijak, dan awet muda (juga pandai bermain alat muzik yang diperbuat dari cawan berisi air.. hehehe).
8. Goong a.k.a Princess Hours
Drama ni memang amat jiwang sekali. Comedy romantic lah katakan. Heroin yang confius tak tahu nak pilih Heronya. Mungkin pasal ini adalah salah satu cerita terawal aku tengok, sebab tu aku sangat suka cerita ni.
9. Boys Before Flower
Drama ni memang meletop-letop dia punya hits. Kisah jiwang budak-budak sekolah/kolej ternama. Ini drama ringan. Seronok tengok dia punya comedy. Tak ada emosi sangat. Tapi cukup untuk memberikan kepuasan maksimum. Drama ni juga menaikkan nama heroinnya yang dulu tak berapa famous.
10. IRIS
Sebuah drama aksi yang tak pernah dibuat oleh Korea sebelum ni (Drama). Memang terbaik. Shot-shot drama ni seakan-akan kualiti melihat filem box office hollywood. Aksinya seakan-akan cerita siri filem Bourne ( The Bourne Identity - The Bourne Ultimatum). Tapi diselitkan kisah-kisah cinta yang tak kesampaian.
Setakat ni, inilah top 10 kdrama aku. Selepas ni, kalau ada perubahan, aku ubahlah. Ini adalah semata-mata pandangan peribadi aku, dan dari minat aku. Jadi tak timbullah kalau ada yang kata kenapa drama ini kat bawah? Kenapa drama ni kat atas? hahahaha...
Cerita-cerita terbaru macam Fugitive(Plan-B), Secret Garden dan My Girl Friend is a Gumiho pun aku suka juga tapi masih tak dapat lawan top 10 aku kat atas tu.
8 comments:
Walaupun SAYA bukan penggemar cerita2 dari korea, tetapi jalan cerita mereka tersendiri dan POWER!
P/S: Kalau yang ending sedih, boleh menitiskan air mata!;-P
Betultu, cerita diorang memang power. Kesungguhan diorng dalam buat drama/filem memang mengkagumkan.
Banyak lagi yg best....
penah tengok fullhouse, my love patzi ngan autumn in my heart tak?
kira: semua tu dah tengok. tapi antara 3 tu aku paling suka full house. puas hatilah.
sassy girl chun hyang the best...
memang sassy girl a.k.a delightful girl chun hyang the best..
macam nk copy semua je dari kamu..hahahaha
S.U.K.E C.I.T.E K.O.R.E.A J.U.G.A.K =)
Post a Comment