Tuesday, 7 June 2011

Santapan Terakhir Raja Bersiong - Sil Khannaz



Entah apasal music lagu Sil Khannaz ni terngiang-ngiang pulak kat kepala aku. Zaman muda-muda dulu memang sukalah lagu ni. Muzik diaorang mantap.

Dulu masa aku kecik-kecik pernah gak tengok cerita Raja Bersiong ni kat TV. TV hitam putih. Kalau sekarang tayang cerita ni pun mesti hitam putih gak agaknya pasal ni cerita lama tahun 60-an punya. Raja bersiong ni adalah merupakan satu legenda kerajaan Kedah lama. Kononnya, raja bersiong tersebut, atau nama betulnya Raja Ong Maha Perita Daria telah ketagih dengan makanan yang bercampur dengan darah manusia. Ketagihannya dengan darah manusia menyebabkan tumbuhnya siong(taring) di dalam mulutnya. Banyak banduan dan rakyat yang tidak berdosa telah menjadi mangsa ketagihan peliknya itu. Raja Bersiong ni juga adalah raja ke-4 keturunan Merong Maha Wangsa


Nak tahu kisah penuhnya sila ke Wikipedia atau Sastera Rakyat Negeri Kedah

Legenda ni kalau diolah semula, ditambah tambah mana yang patut, digabungkan dengan teknik dan teknologi perfileman terkini boleh jadi lebih menarik. Ada unsur sejarah, ada kisah peperangan, ada kisah mistik seram....mungkin boleh box office agaknya.


Lirik Lagu Santapan Terakhir Raja Bersiong - Sil Khannaz

Kan ku himpunkan tulisan dongeng purbakala
Kan ku sembahkan hikayat berdarah paduka baginda

Kan ku himpunkan suatu kehidupan
Misteri petaka yang dilupakan
Pengabdian diri dicengkam kesesatan
Menangisi hukum darjat kebesaran

Kan ku himpunkan dongeng purbakala
Hidangan santapan paduka baginda
Hikayat berdarah semarak pawaka
Sembah dijunjung mengundang celaka

Belati berganja gading
Gempita ratna mutu kehancuran
Arca mercu kesesatan menghitung ajal
Kan ku sembahakan korban penglipulara
Hikayat berdarah paduka baginda

Kan ku himpunkan dongeng purbakala
Hidangan santapan paduka baginda
Kan ku sembahkan korban penglipulara
Hikayat berdarah paduka baginda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...