Satu lagi drama korea yang diadaptasikan dari kisah sejarah sebenar Korea.
King Geunchogo, mengisahkan seorang putera raja bernama Yeogu dari kerajaan Baekje yang pada mulanya membesar di daerah terbuang, yang hidup sebagai pedagang garam, akhirnya berjaya menjadi seorang raja yang cemerlang.
Prince Yeogu ni adalah anak keempat Raja Biryu (Raja ke 11 Baekje) dari salah seorang gundik diraja. Beliau telah dihantar ke daerah Liaoxi sejak dari kecil kerana bondanya telah bermimpi yang menunjukkan Yeogu akan memerintah Baekje pada satu hari nanti, padahal sepatutnya anak sulung Raja lah (Yeochan) yang berhak menjadi waris raja.
Namun, di dalam satu peperangan menentang Goguryeo, Putera Mahkota Yeochan telah ditawan dan 4000 askarnya telah terkorban. Raja Biryu terpaksa menyerahkan beberapa wilayah Baekje kepada Goguryeo untuk membebaskan Yeochan. Insiden ini amat memalukan bagi Raja Biryu dan kerajaan Baekje. Baginda memutuskan untuk melantik Yeogu sebagai putera mahkota dan membunuh Yeochan.
Malangnya, hasratnya itu dihidu oleh Queen Haesosul iaitu bonda kepada Yeochan. Queen Haesosul yang berkomplot dengan Bu Yeojun iaitu anak kepada raja baekje yang ke 10, kemudian meracun Raja Biryu. Raja Biryu sempat menabalkan Yeogu sebagai warisnya sebelum mati, tapi tiada disaksikan oleh sesiapa.
Queen Haesosul telah berpakat dengan Bu Yeojun untuk melantik anaknya Putera Mahkota Yeochan sebagai Raja Baekje dan memfitnah Yeogu dan bondanya sebagai pihak yang bertanggungjawab meracun Raja Biryu. Bonda Yeogu telah dihukum mati dan Yeogu telah dibuang semula ke daerah Liaoxi.
Namun begitu, hasil usaha Queen Haesosul itu hanya sia-sia. Beliau gagal menabalkan Yeochan menjadi raja Baekje. Sebaliknya Bu Yeojun pula yang menjadi raja dengan gelaran King Gye.
Putera Yeogu telah menjadikan Liaoxi sebagai pengkalannya, dan akhirnya beliau berjaya menjadi raja Baekje dalam masa tidak sampai tiga tahun. Dengan gelaran King Geunchogo, baginda adalah raja Baekje yang ke 13.
Teladan
Aku tertarik dengan beberapa teladan yang boleh dipelajari oleh sejarah Korea di dalam drama ini. Putera Yeochan dan Yeogu berebut takhta untuk menjadi raja Baekje, akhirnya dua-dua melepas, orang lain yang menjadi raja iaitu Bu Yeojun. Bu Yeojun ni memang dah lama memendam hasrat untuk menjadi raja. Ternyata kesempatan yang ada tidak disia-siakan.
Ada tak kena mengena dengan suasana politik negara kita masa ini? Kita sama kita bergaduh berebut kuasa, yang untungnya orang lain, tak hairanlah orang lain yang akan mendapat kuasa.
Ada lagi satu teladan.
Raja-raja Baekje dan Goguryeo sebenarnya adalah dari keturunan yang sama, iaitu keturunan Raja Jumong. Semasa Goguryeo telah berjaya dibentuk oleh Raja Jumong, beliau telah melantik anak sulungnya (Yuri) sebagai warisnya. Isteri kedua Raja Jumong iaitu So Seo No merasakan ketidakadilan lalu membawa diri bersama anak-anaknya iaitu Onjo dan Biryu ke selatan Semenanjung Korea. Onjo kemudian membuka kerajaan baru iaitu Baekje.
Semasa King Geunchogo memerintah, hubungan Goguryeo dan Baekje adalah sentiasa tegang (macam Korea Selatan vs Korea Utara kot?!). Masing-masing cuba untuk menakluki antara satu sama lain beratus tahun lamanya.
King Geunchogo telah dipelawa oleh Maharaja Yan (yang bersepadan dengan Goguryeo dan Liaoxi) untuk bekerjasama menentang Goguryeo. Ini adalah peluang terbaik bagi Baekje unutk melenyapkan Goguryeo dari peta. Tapi King Geunchogo telah menolak pelawaan tersebut, sebaliknya baginda telah bersatu dengan Raja Sayu dari Goguryeo untuk menentang Yan. Akhirnya Yan berjaya ditewaskan. Selepas itu, Goguryeo dan Baekje berperang semula.
Kenapa Baekje berkerjasama dengan Goguryeo? Kerana atas nama bangsa. Walaupun mereka telah berperang beratus-ratus tahun, tetapi atas nama bangsa mereka sanggup bekerjasama menentang musuh yang sama.
Tapi dalam suasana politik negara kita, sungguh berbeza dan dalam keadaan sebaliknya. Mereka sanggup bekerjasama dengan musuh saudara mereka untuk menewaskan saudara seagama mereka sendiri. Walaupun mereka sendiri akan terkorban, itu tak mejadi soal, asalkan saudara mereka itu dapat dijatuhkan.
Okeylah.. berbalik pada drama ini bolehlah dikatakan bagus walaupun jalan ceritanya agak biasa.
Rating
4.1 dari 5 batang mancis.
Details
- Title: 근초고왕 (近肖古王) / Geunchogo Wang
- Also known as: King Geunchogo
- Genre: Historical
- Episodes: 60
- Broadcast network: KBS1
- Broadcast period: 2010-Nov-06 to 2011-May-29
No comments:
Post a Comment