Sejak mula-mula model Myvi ni keluar tahun 2005 dulu, dekat setengah juta buah telah dijual. Dah berlambak-lambak kat jalan raya... kiri kanan depan belakang semua myvi. Laku giler... untung besar Perodua. Adik aku order Myvi, enam bulan baru dapat. Sekarang ni tak tahu pulak. Order Mei 2005 dapat November 2005. Sampai sekarang dia pakai kereta tu, masih okey lagi. Aku pun pernah pinjam kereta dia buat pergi KL dua tiga kali, agak selesa jugalah walaupun bawak ramai penumpang. Minyak pun jimat.
Dari review yang di buat mengenai Perodua Myvi 2011 ni, diorang kata minyak lagi jimat. Ini sudah bagos. Sekarang ni harga petrol asyik naik jer. Dapat kereta yang jimat minyak memanglah berbaloi-baloi. Tak heranlah harga market kereta-kereta kecik second hand macam kancil, kelisa, kenari maintain tinggi. Ramai yang buat second car.
Dari segi dalaman pulak, ruang dalaman telah diperluas berbanding myvi lama. Meter Myvi baru ni pulak memang mengancam. Paultan cakap, ada macam ciri-ciri Toyota Camry. Ntah.. aku tak pernah pulak naik Camry apatah lagi tengok meter dia. Tapi nampaknya macam canggih aje.
Lagi satu yang baru dalam Perodua Myvi baru ni ialah teknologi stereng dia. Dia dah tak guna hydraulic. Myvi 2011 ni sekarang guna eletric power stereng. Kelebihannya ialah power dari engine yang di gunakan untuk power setereng dapat dikurangkan. Bahasa kasarnya, myvi baru ni akan lebih laju dari myvi lama yang guna power setereng biasa... abihlaa..
No comments:
Post a Comment