Wednesday, 15 June 2011

Web 1Pengguna & Facebook Tourism Malaysia dan Sekatan Laman Web

Dalam minggu ni banyak pulak berita berkaitan dengan internet. Antara yang  buat aku gundah gulana ialah pasal website 1Pengguna.com yang berharga RM 1.4 juta, Facebook Kementerian Pelancongan yang berharga RM1.8 juta dan arahan sekatan akses ke beberapa laman web oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Mari kita baca beritanya:

Portal 1pengguna Capai 3.5 Juta Hits Selepas Dua Hari Dilancar
PETALING JAYA, 9 Jun -- Portal www.1pengguna.com yang mempamerkan maklumat harga barangan pengguna yang dijual di 1,255 premis perniagaan mengalami sedikit masalah kerana terlalu ramai yang melayarinya sejak dilancarkan Selasa lepas.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata portal itu menerima hits yang mencecah 3.5 juta sehingga menyebabkan server portal berkenaan terjejas.


Katanya kementerian pada mulanya hanya menyasarkan untuk menerima kira-kira 300,000 hits sahaja dalam minggu pertama selepas pelancaran namun sambutan yang diterima sebaliknya 'begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan'.


"Dulu kita gabungkan sekali portal dalam satu sistem. Kerana sudah terlalu banyak, kita pecahkan untuk portal tertentu supaya ia dapat menampung hits yang tinggi, jadi pada hari ini semua sudah kembali normal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Akademi Peruncitan di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) di sini hari ini.


Ismail Sabri, yang berjanji untuk terus memperbaiki kelemahan pada portal tersebut, berkata pengguna juga mungkin berdepan beberapa lagi masalah pada peringkat awal operasi portal, seperti capaian yang perlahan dan kesukaran melayari serta kekurangan maklumat.


Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di hipermarket, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis). Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian.


Pembangunan fasa pertama portal itu melibatkan kos RM1.4 juta.


Mengulas kritikan sesetengah pihak ketika beliau bersembang (chat) bersama pengguna di laman web itu semalam, Ismail Sabri kesal kerana portal yang dibangunkan untuk membantu rakyat memantau harga barang sebaliknya digunakan untuk mengecam kementerian dan membuat tuduhan melulu.


Ada di antara mereka yang membuat tuduhan tidak berasas kononnya portal itu diwujudkan tanpa ada proses pemberian tender yang telus sehinggalah kepada tuduhan bahawa harganya terlalu mahal mencecah RM1.4 juta, katanya.


"Saya anggap chat semalam hanya merugikan masa, ia sepatutnya digunakan untuk bertukar pendapat berkenaan isu kepenggunaan Saya duduk satu jam di depan portal semalam untuk menjawab isu-isu itu.


"Sebaliknya, masa saya banyak dihabiskan untuk beri penjelasan isu RM1.4 juta sahaja, saya terpaksa juga menjelaskan tuduhan bahawa portal ini dibangunkan secara tidak betul," katanya.


Ismail Sabri menjelaskan portal itu dibangunkan mengikut prosedur biasa seperti mengiklan tawaran tender dalam surat khabar, syarikat dipilih melalui Jawatankuasa Pemilihan Tender dan syarikat dipilih adalah yang terbaik.


Sementara itu pada majlis berkenaan, beliau berkata kerajaan dengan kerjasama MKM sudah mula memberi pendidikan dan bimbingan kepada peruncit serta peniaga seluruh negara tentang perkara berkaitan pengurusan perniagaan dalam bentuk kursus jangka pendek selama tiga hingga empat hari.


Sejak dimulakan tahun ini, kursus Akademi Peruncitan telah diadakan di Johor Baharu dan Kuantan melibatkan 71 peserta sebelum diperluaskan ke seluruh negara melibatkan enam kursus kesemuanya.


Ismail Sabri berkata bagi peringkat pertama, modul yang dijalankan ialah berkaitan peruncitan, restoran dan katering serta perniagaan pelancongan inap desa.


http://www.1pengguna.com

* Fasa pertama ni RM1.4 juta, fasa kedua ketiga nanti berapa juta lak agaknya. Senangnya mereka-mereka ni buat duit. Kalau kualiti setara dengan harga tu kira okey juga, tapi ni aku tengok dia punya rupa amat mengecewakan, belum masuk bab sekuriti lagi.. ahh... pening pening


Kementerian Pelancongan Guna Media Sosial Galak Pelancongan Domestik
KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Kementerian Pelancongan mengguna pakai medium media sosial bagi menggalakkan pelancongan domestik supaya dapat diukur keberkesanan kaedah dari segi menarik generasi muda yang celik teknologi maklumat (IT) untuk mengenali keunikan dan kepelbagaian yang terdapat di negara ini.


Timbalan Menterinya Datuk Dr James Dawos Mamit berkata aplikasi melalui laman sosial itu dibangunkan dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 juta.


"Ia antara lain merangkumi kerja-kerja bagi kreatif, konsep dan idea, reka bentuk, penggunaan dan penjagaan sistem server serta kempen pengurusan," katanya ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai justifikasi perbelanjaan berkenaan.


Katanya laman sosial Facebook Tourism Malaysia Cuti-Cuti 1Malaysia itu turut merangkumi promosi produk, destinasi dan acara-acara pelancongan seperti Cuti-Cuti 1Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Karnival Jualan Akhir Tahun, Festival Pelancongan Seni Kontemporar 1Malaysia, Kempen 1Malaysia Bersih, 1Malaysia Indah dan Fabulous Food 1Malaysia.


"Sejak aplikasi bagi acara Citrawarna 1Malaysia dilancarkan pada 21 Mei 2011 sehingga 14 Jun 2011, laman Facebook ini telah berupaya menarik seramai 20,292 peminat.


"Jumlah ini adalah memberangsangkan dan Tourism Malaysia menjangkakan dapat mencapai sasaran seramai 120,000 peminat menjelang akhir Disember 2011," katanya.


Dawos berkata agensi pengiklanan Impact Creations Sdn Bhd adalah bertanggungjawab mengendalikan periklanan bagi pasaran domestik dan acara-acara anjuran kementerian itu dan Tourism Malaysia bagi tempoh 2011-2013.


Bagaimanapun, perbelanjaan untuk tujuan penjenamaan menerusi media sosial termasuk Facebook berjumlah RM1.8 juta itu dipertikaikan beberapa anggota Parlimen kerana menyifatkan kos yang dikeluarkan itu satu pembaziran.


Loke mempertikaikan rasional kementerian membelanjakan kira-kira RM1.8 juta memandangkan aplikasi laman sosial Facebook boleh diakses secara percuma.


Pendapat beliau turut dipersetujui Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI)bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.


"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan hasil yang dapat dijana dari usaha syarikat itu membuat periklanan dalam talian," soalnya.


http://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia

* Memang sungguh mudah membuat duit! RM1.8juta sekadar untuk menyelenggara sebuah laman Facebook untuk 4 tahun. Apalah nak jadi!! Aku mintak upah RM100 untuk buatkan blog dan facebook seorang pakcik tu pun rasa serbasalah. Sepatutnya aku mintak upah RM1.5 juta kat pakcik tu.. kekekeke. Pening kepala aku tengok cara diorang ni... 


err... CutiCuti1Malaysia vs CuriCuriWangMalaysia




Arahan Sekatan Keatas Beberapa Laman Web oleh SKMM




* Ini yang buat aku paling terpening sekali. Habislah sumber drama korea aku. Mana aku nak cari plak lepas ni. Kebanyakan drama Korea aku download dari Megaupload. Buat sementara waktu ni boleh lagi akses laman-laman web tu dengan cara tukar DNS server. Tapi nanti kalau dah 100% blocked... habislah..

Tapi laman-laman web tersebut bukanlah gunanya untuk download-download movie dan mp3 ajer. Banyak lagi file-file lain. Misalnya, aku ada juga letak satu application percuma dan beberapa ebook untuk dari download di Megaupload. Tindakan SKMM ni umpama macam tindakan menghalang menggunakan pisau. Padahal pisau tu selain membunuh boleh juga digunakan untuk menyediakan makanan. Bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar (angkat tangan macam karam singh walia).

Ini ada Facebook untuk tidak menyokong tindakan SKMM.. marilah kita like beramai-ramai! 1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website

Cara tukar DNS server (copy paste dari mana ntah..!)
1. Go the Control Panel.
2. Click Network and Internet, then Network and Sharing Center, then Manage network connections.
3. Select the connection for which you want to configure Google Public DNS. For example:
4. To change the settings for an Ethernet connection, right-click 
5. Local Area Connection or Wireless Network Connection and right click Properties.
6. To change the settings for a wireless connection, right-click 
7. Wireless Network Connection, and click Properties.
8. If you are prompted for an administrator password or 
9. confirmation, type the password or provide confirmation.
10. Select the Networking tab. Under This connection uses the following items, click Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), and then click Properties.
11. Click Advanced and select the DNS tab. If there are any DNS server IP addresses listed there, write them down for future reference, and remove them from this window.
12. Click OK.

13. Select Use the following DNS server addresses. If there are any IP addresses listed in the Preferred DNS server or Alternate DNS server, write them down for future reference.
14. Replace those addresses with the IP addresses of the Google DNS servers: 8.8.8.8 and 8.8.4.4.
15. Restart the connection you selected in step 3.
16. Pergi command Prompt, klik kanan Run as administrator taip ipconfig /all tekan enter, lepas tu taip ipconfig /renew





Kalau susah nak faham instruction kat atas, ni aku baru jumpa video youtube cara macam mana nak tukar DNS server kat Windows Vista dan Windows 7.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...