Wednesday 17 July 2013

Lagu Ke-3 : Ku Kehilangan... Selipar

Apa daa... selipar hilang pun nak buat lagu...?

Heh! heh! heh! Kalau dapat ilham kucing beranak pun aku buat lagu... :)

Bukanlah macam tu.. Aku ni cipta lagu untuk seronok-seronok aje. Kualiti pun ke laut. Janganlah dibandingkan lagu-lagu ciptaan aku dengan pencipta lagu profesional. Tapi, manalah tahu satu hari nanti...

Yang penting aku seronok dan puas hati. Sebagaimana aku tulis blog ni juga, hanya untuk suka-suka.

Okay, sempena bulan puasa ni aku cipta lagu pasal kehilangan selipar. Ye lah.. bulan-bulan puasa ni kan ramai yang rajin pergi masjid. Kadang-kadang tu orang tersalah sauk selipar, terkena pula selipar kita. Adeh.. sedey nya.. nak nak pulak selipar favorite pula.

Aku ada tips untuk dikongsi bagi sesiapa yang risau selipar dia hilang. Tak kiralah samada kat masjid atau surau ke, kat rumah jiran ke, kat majlis berbuka puasa ke, kat kafe siber ke, kat mana-manalah..



Caranya ialah letakkan pasangan selipar tu asing-asing, sebelah kat hujung sana yang lagi sebelah kat hujung sini misalnya atau sebelah kat atas rak dan yang sebelah lagu bawah rak...

Jadi susah sikit orang nak merembat atau tersalah sauk..

Tips kedua ialah, kalau selipar/kasut korang kena rembat kat masjid, halalkan aje cepat-cepat. Anggaplah sedekah. Manalah tahu, pak imam atau sesiapa yang kaki masjid yang tersalah sauk, dapat juga pahala kat kita setiap kali dia pergi masjid.... untung tuuu!

Okay, sekian untuk perkongsian tips kali ini. Untuk tidak membuang masa aku kongsikan lagu terbaru dari aku, iaitu lagu ciptaan aku yang ke-3 bertajuk Ku Kehilangan Selipar.



Lagu ni lagu yang sangat simple.. dua puluh percent nyanyi yang selebihnya muzik dan gorengan gitar karen.

MV ini pula menceritakan yang sebenarnya alien berminat sangat dengan selipar lalu merembat selipar itu balik ke planetnya.. tinggallah tuan punya berkaki ayam balik kerumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...