Thursday 4 July 2013

DVD Player Exora : Cara Set Saluran Audio

Pemain DVD Exora tidak ada speaker sendiri. MPV lain punya player aku tak pernah tengok pulak. Tapi biras aku ada pasang DVD player kat kedai accessori. DVD player yang dia beli tu siap ada built-in speaker dekat dia punya penutup skrin tu.

Tapi aku rasa bunyinya kurang sedap didengar. Bila dia tengok aku letak speaker PC, dia pun nak buat juga.

Okay, sambung pasal DVD player standard Exora yang datang dari kilang. DVD player ni menggunakan gelombang frekuensi radio untuk mengeluarkan audionya melalui radio kereta (CD player).

Cara nak setnya tak susah, tapi ada juga yang tak tahu.


Jadi, aku ada sediakan satu video mengenai bagaimana cara untuk set supaya suara DVD player yang kat bumbung tu keluar di CD player depan.

(Minta maaf pasal kualiti videonya kurang bagus sebab aku buat secara sepontan jer tadi.)

Secara ringkasnya:

1. Pastikan FMM ON
On FMM menggunakan button dia di remote control. Bila dah on, dia akan automatik on setiap kali kita on dvd player.

2. Set channel
Tekan saja button Channel Select untuk memilih frequensi yang sesuai supaya tidak bertembung dengan frekuensi siaran radio yang sedia ada.

3. Buka radio kereta
On cd player dan pastikan set pada TUNER (Radio).

4. Set frekuensi radio
Setkan frekuensi radio supaya sama dengan frekuensi yang kita set di langkah 2 di atas.

....oh ya... pastikan volume kat radio tu bukan 0.. kalau tak nanti sampai subuh pun tak jumpa channel dvd tu.

Kadang-kadang kita dah set frekuensi yang bebas dari sebarang gangguan, tapi bila kita keluar dari kawasan  kita dan pergi ke tempat lain, frekuensi kat situ dah lain pulak. Tenggelam timbul tenggelam tibul audio dvd player tu. Itulah yang lecehnya pakai frekuensi radio ni. Sebab tu aku tambah external speaker.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...