Monday 15 July 2013

Mimpi


Bulan puasa ni mata memang asyik mengatuk jer, lepas buka ngantuk, lepas terawikh ngantuk, lepas bangun tidur pun ngantuk.. haha

Tapi semalam masa tidur termimpilah pulak sesuatu yang kelakar.

Mimpinya macam ni..



Aku tengah tidur.. masa tengah tidur tu aku mimpi nak hisap rokok..

Aku hairan, kenapalah rokok ni tak rasa apa-apa.. hisap banyak-banyak kali pun tak rasa apa...

Tiba-tiba aku perasan yang aku sedang bermimpi. Memanglah kalau hisap rokok dalam mimpi automatik takkan rasa apa-apa punya..

Jadi, aku pun menyedarkan diri aku dari tidur..

Bila dah sedar, aku pun teringat mimpi aku tadi. Aku pun pergilah ambil rokok. Konon-kononnya nak lepas gian dalam mimpi tadi.

Sekali, alangkah terkejutnya aku pasal rokok yang aku hisap tu pun tak ada apa-apa rasa... ah sudah! apa kes ni? Takkan dah hilang pula deria rasa aku..? Habislah macam mana aku nak sahur nanti.. mesti tawar semua... isk isk..

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur... rupa-rupanya tadi aku mimpi dalam mimpi... kali ni memang betul betul jaga punya...  kakaka... aku pun ketawa sendiri macam kena geletek kat perut...wakaka

Aku cari info kat internet pasal hal ni.. jumpa kat Wiki:

Mimpi fasa satu: aku sedar aku sedang bermimpi - dipanggil Lucid Dream

Mimpi fasa dua: kononnya aku dah terjaga tapi sebenarnya masih tidur - False Awakening

Ada lagi satu jenis mimpi: Continuum
Contohnya - Kita tengah buat kerja sekolah, tapi rasa ngantuk sangat sampai tertidur. Masa tidur tu, kita bermimpi kita sambung buat kerja sekolah... hahaha.. tu yang ingat macam dah siapkan homework tu, rupa-rupanya buat dalam mimpi jer...

Macam-macamlaaa...

(mimpi sebenarnya bukanlah "hisap rokok", tapi aku ubah supaya sesuai dengan "U"  iaitu bacaan umum. kejadian yang sebenarnya adalah lebih klakar dari itu... hehehe)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...