Monday 23 May 2011

Komputer Asyik Mati Semasa Booting

Baru-baru ni aku baru settlekan satu masalah komputer desktop aku. Dia susah nak masuk Windows (Windows XP). Bila aku tekan switch, dia elok jer hidup. Bila time logo Windows tu keluar jer, komputer terus off sendiri. Aku tekan switch lagi, dia on lagi, sampai kat logo Windows, dia off. Berulang-ulang kali. Lepas tu entah kali ke berapa entah aku tekan button switch, barulah dia boleh masuk Windows.

Problem ni memang dah lama, tapi aku biarkan aje. Asalkan boleh hidup suda. Tapi memang susahlah nak hidup. Dari segi jangka panjang pulak boleh efek pada hard disk. Hard disk senang dapat bad cluster ataupun jadi pendek jangka hayatnya.


Masalahnya ialah pada power supply. Power supply dah rosak. Memang komputer tu boleh hidup, tapi macam tak cukup power jer dia nak bawak Windows. Lepas jer aku tukar dengan power supply baru, settle masalah.

Aku beli power supply 680W yang murah-murah jer, RM90. Tak pernah pulak aku pakai PSU yang 4-5 ratus tu. Apa kelebihan dia aku pun tak berapa pasti. Ada yang lagi murah, RM50 - 480W. Yang RM50 ni memang tak boleh pakai kat komputer aku. Bila main game jer, komputer restart sendiri. Tak cukup power agaknya.

Macam nilah lebih kurang rupa power supply yang aku beli.
Ada satu kipas besar. Tapi tak ada switch kat belakang.
Masalah 1

Komputer mati sendiri setiap kali nak masuk Windows.

Penyelesaian

Power supply rosak, ganti power supply baru.

Masalah 2

Komputer asyik restart, terutama sekali semasa main game yang graphic best punya.

Penyelesaian

Ganti power supply yang power(Watt) dia lebih besar, dan kalau boleh kipas dia pun besar.

4 comments:

Anonymous said...

walaupon dh lme tetap menjadik rujukan mceh bro

Anonymous said...

kalu asyik restart je.. tengok kat kipas processor tue.. mungkin banyak habuk and processor panas..

Anonymous said...

tima kasih sahabat///

Unknown said...

Bang nak tanya sikit...komputer saya...bila dah on..dia hang...kat situ je...sistem is starting....tak berubah...sehari semalam...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...