Sunday 29 May 2011

KMovie - Castaway On The Moon

Siapa pernah tengok filem Hollywood Cast Away (2000) lakonan Tom Hanks, mesti rasa seronok bila tengok cerita movie Korea Castaway On the Moon ni. Macam akulah. Bila aku dapat tahu movie ni ada tiru sikit-sikit (dengan sengaja) filem Hollywood tu, semakin seronok pulak nak tengok.


Filem Castaway On the Moon ni sebenarnya telah ditayangkan pada tahun 2009, tapi aku baru jer dapat, dan baru jer tengok. Ia mengisahkan seorang lelaki Kim Seung-Keun (lakonan Jung Jae-Young) yang menghadapi pelbagai masalah dalam hidup cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan di Sungai Han.
Tetapi malangnya(?) dia tak mati tapi terdampar di sebuah pulau. Pulau tu sebenarnya terletak di tengah-tengah Sungai Han, tidak jauh dari bandar. Tetapi tidak ada access ke pulau tersebut melainkan melalui air. Ada highway/jambatan yang melalui pulau itu, tetapi terlalu tinggi.

Pada mulanya Kim Seung Keun cuba juga sedaya upaya untuk mencari jalan keluar dari pulau itu. Pernah juga dia cuba untuk membunuh diri dengan menggantung diri di pokok setelah berputus asa. Tetapi setelah beberapa lama, akhirnya dia berasa seronok pulak hidup seorang diri di pulau itu, dan langsung tidak berniat mahu keluar dari situ.
Sementara itu, di seberang sungai, seorang gadis Kim Jung Yeon (lakonan Jung Ryeo-Won) hidup dengan mengurungkan diri di dalam biliknya. Dah tiga tahun dia tak pernah keluar dari situ. Dan tak ada niat nak keluar dari biliknya tu. Kerja dia setiap hari masuk internet layan Cyworld, lepas tu malam jer ambik gambar bulan.

Entah macam mana, di satu petang semasa dia menggunakan teropongnya, dia ternampak perkataan "HELP" di pantai pulau berhadapan dengan apartment tempat dia tinggal. Dia terus mencari-cari sipenulis perkataan itu dan ternampak seorang lelaki sedang hendak menggantungkan dirinya di dahan pokok.


Terkejut dengan penampakan tersebut Jung Yeon, terus menutup tingkap biliknya dan terus masuk tidur sehingga esok. Dan dia gembira bila tengok lelaki tersebut masih hidup. Sejak hari itu, dia dah tak layan Cyworld lagi. Kerja dia hari-hari sekodeng Seung Keun di pulau tersebut.

Bagaimana cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain? Bagaimana nasib Seung Keun akhirnya? Sampai bila dia nak menetap di pulau itu?

Kenalah tengok cerita ni sampai habis baru tau...



Awards

NETPAC Award - 2009 (29th) Hawaii International Film Festival - October 15th-25th
Audience Award - 2010 (12th) Udine Far East Film - April 23-May 1
Black Dragon Audience Award - 2010 (12th) Udine Far East Film - April 23-May 1
NYAFF 2010 Audience Award - 2010 (9th) New York Asian Film Festival - June 25 - July 8
Special Jury Prize: - 2010 (14th) Fantasia Film Festival - July 8-28
Audience Awards - Best Asian Film (Bronze) - 2010 (14th) Fantasia Film Festival - July 8-28


Rating
4.2 dari 5 batang mancis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...