Monday 30 May 2011

Tarif Elektrik Naik 2.23 sen/kwj

Sebelum : 31.31 sen/kwj
Selepas : 33.54 sen/kwj

Kos pengeluaran dah naik, kos pengangkutan pun dah naik... jadi biasalah lepas ni, harga barang-barang keperluan dan barang-barang makanan akan naik juga. Kita semua akan merasa. Baik yang bil RM77 atau lebih dari RM77, sama aje. Semua akan dapat bahagian masing-masing.. hahahaha... Apalah nak jadi.


Dari segi politik pula, bagi mereka yang berpihak kepada pembangkang mestilah suka pasal dapat modal baru. "Padan muka, undilah BN lagi!" itulah kata mereka. Tapi betulke kalau pembangkang menang harga bahanapi, pelbagai tarif-tarif, harga barang makan tak akan naik? Betul ke? Mustahil..

"Cuba dulu baru tau," kata diorang. Tapi bagi aku, hal-hal kuasa ni tak boleh dicuba-cuba. Jangankan 5 tahun berkuasa, dalam masa 5 bulan pun.. macam-macam boleh berlaku.

Jadi aku berpendapat, menukar parti pemerintah bukanlah pilihan atau penyelesaian masalah.. makin menambah masalah mungkinlah....

Tetapi bagi yang menyokong(?) kenaikan pelbagai tarif dan harga semata-mata kerana politik, sedarlah..  banyak lagi benda yang boleh disokong selain dari benda yang membebankan rakyat ni.

Untuk kerajaan pula, renti-rentilah asyik mengeluh jumlah subsidi untuk rakyat! (kalau tak sanggup, takyah jadi kerajaan.. abis cerito!)


Berita Harian
Kerajaan umum pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak 2.23 sen/kwj
2011/05/30
PUTRAJAYA: Kerajaan sebentar tadi memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan.
Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.
Pelarasan itu adalah kesan daripada dua komponen iaitu pelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.
Utusan

Tarif elektrik naik 1 Jun ini, 75 peratus tidak terjejas30/05/2011 7:28pm
PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun ini.
Ini adalah sebagai sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.
Bagaimanapun, kerajaan berkata, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan.
Ini bermakna pengguna yang menggunakan sehingga 300 kWj elektrik di mana bil mereka berjumlah RM77, tidak perlu membayar lebih.
Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.
Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...