Sunday 29 May 2011

Akhbar Kita dan Censorship-nya Sendiri

Cedok berita dari  Kosmo
Jangan minum 'bir halal' - Jamil Khir
29/05/2011 12:12pm
PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. — Bernama
Ooo... gitu ceritanya... baruku tau.... Tapi masalahnya.. YANG MANA SATU? APA BRAND DIA? MACAM MANA RUPA DIA.. GAMBAR TAKDE KE? Takkanlah reporter tak ada kamera...hahaha


Kita memang dah selalu baca berita dari akhbar yang tergantung macam ni. Memang keraplah. Kilang mee hoon kena serbu pasal kotor, kedai tertentu kena serbu pasal tipu logo halal, jenama tertentu tak selamat pasal ada kandungan terlarang, kedai kopi tak halal.... bla, bla, bla... dalam setahun ada berpuluh-puluh kes macam ni...tapi kedai apa, jenama apa? kena censor.

Berita-berita macam ni cuma menyebabkan kekeliruan kepada pembaca. Mana pergi tanggungjawab kepada pembaca? Kononnya nakkan kebebasan akhbar, tapi sendiri.. censor sendiri punya akhbar.

Apa masalahnya? Kenapa nak tapis perkara-perkara yang SEPATUTnya perkara nombor 1 yang patut di highlightkan?

Takut kena saman ke kot-kot berita tak betul? Aik! Nak siarkan berita, kenalah confirmkan dulu. Lainlah kalau borak-borak kat kedai kopi... haishh..macam ni pun ada...

Agaknya, mungkin apabila terjadi perkara kantoi yang macam ni, pemilik kedai/kilang/jenama akan cepat-cepat contact syarikat/wartawan akhbar suruh tapis yang mana patut... biasalah mesti kena BAYAR. Yang mana tak nak bayar tu, memang nama naiklah.. Kalau betul macam ni.. memang patut tutup ajelah suratkhabar tu atau resign ajelah reporter tu..

Berubahlah woii...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...