Thursday 5 May 2011

Filem & Drama Unsur Sejarah Negara

Aku terbaca di ruangan forum Utusan Online mengenai filem berunsur sejarah negara, dan penulisnya pun ada blognya sendiri di sini.

KEJAYAAN filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di pagawan baru-baru ini menjadi satu perkara penting terhadap industry filem di negara kita. Filem yang berkualiti seperti ini menyebabkan filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Keupayaan KRU Studio yang telah melahirkan filem HMM ini harus dipuji. Hal ini kerana pertama filem ini merupakan filem yang berunsurkan sejarah dan kedua filem epik ini membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya apa yang berlaku pada ketika itu....

Aku ni tak adalah minat dengan matapelajaran Sejarah masa sekolah dulu. Memang lemah kalau nak ingatkan tarikh-tarikh peristiwa dalam sejarah. Bila tiba subjek sejarah.... mengantuk!!. Kenapalah dalam subjek sejarah dititik beratkan sangat soal tarikh?? Soalan periksa pun asyik tanya tarikhlah tahunlah. Macam manalah pelajar nak minat dengan sejarah..

Sepatutnya yang lebih patut dititik beratkan ialah peristiwa kejadian tersebut. Sejarah ni pada aku (sekarang) adalah satu cerita yang sangat menarik bila difikir dan dihayati. Tapi malangnya, tarikh-tarikh ni yang buat cerita best jadi spoil.

Aku belum lagi tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Aku ada tengok sikit, tapi bunyi suara tak real, macam buat dalam studio (macam filem alih bahasa), buat aku lemah nak tengok. So, aku tak boleh nak komen pasal cerita ni. Bila aku dah tengok nanti, kalau aku rasa best aku komen. Tapi usaha KRU buat filem seperti ni haruslah diberi pujian dan pengiktirafan. Pujian dan pengiktirafan ini diharap jadi penggalak kepada penerbit-penerbit filem untuk mengeluarkan filem sedemikian. Ini asyik asyik filem cinta, hantu, cinta hantu... hantu cinta... buat cerita hantu.. tapi yang jadi cerita cinta.. hahahaha

Lady Mishil dalam satu babak dalam drama Queen Seon Deok.
Mishil ni memang watak yang ada tertulis dalam sejarah Korea.
Sebagai peminat drama (& filem) Korea, aku sebenarnya kagum dengan drama yang berlatar belakangkan sejarah yang diterbitkan mereka. Kagum aku dengan sejarah diorang. Walaupun yang keluar dikaca TV tu lebih banyak auta, tapi setidak-tidaknya aku dapat follow peristiwa-peristiwa, kisah raja-raja, asal-usul negara mereka, peperangan dengan negara jiran, survival rakyat mereka dari zaman dulu hingga sekarang.

Antara drama genre sejarah Korea yang aku dah tengok ialah: Dae Jang Geum aka Jewel in The Palace, Yi San, Jumong, Kingdom of The Wind, Iljimae, Return of Iljimae, Empress Cheon Chu, Damo, Hong Gil Dong, Emperor of The Sea, Hwang Jin Yi, Dong Yi, Queen Seon Deok, Shin Don dan banyak lagilah. Kebanyakkan dari drama-drama tu panjangnya 50 episode ke atas. Macam-manalah orang macam aku yang tak minat sejarah ni boleh tengok cerita-cerita macam tu?? Haa.. itulah yang prducer-producer filem tempatan kena ambik tahu dan buat research.

Kadang-kadang, sambil aku tengok drama-drama tu, aku rujuk juga internet tentang peristiwa yang terjadi tu betulke ada dalam sejarah. Misalnya baru-baru ni aku tengok drama Emperor Cheon Chu. Habis jer episode 1, aku terfikir... wah teror bertul emperor cheon chu tu, betul ke ada dalam sejarah.. aku pun cek kat internet. Biasanya jumpa kat dalam Wikipedia. Wah... ini cerita berdasarkan cerita betul yang ada dalam sejarah. Aku pun cek zaman bila berlaku, apa nama raja masa tu, perang dengan siapa.. kalah ke menang. Lepas tu aku bandingkanlah dengan cerita dalam drama tu....

Sambil tengok drama-drama sejarah tu, aku terfikir juga dengan keadaan negara kita pada masa tersebut. Macam mana ye keadaan hidup di negara kita pada zaman dahulu... pada zaman kesultanan Melaka, atau sebelum daripada itu? Bagaimana nenek moyang kita survive pada masa tu? Wujud tak sekolah... kalau tengok Korea sekolah dah ada ribuan tahun dulu. Bagaimana pengangkutan kat Malaysia ni zaman dulu. Nenek moyang  kita jalan kaki je ke? Naik kereta lembu? Naik kuda... ada banyak kuda ke dulu? Takkan naik kapal ajer? Bagaimana pula aktiviti perniagaan pada masa tu? Ada pasar malam atau pasar lambak tak? Ahh.. memang banyak persoalan bila aku tengok drama-drama macam tu. Bini aku pun pening layan.. sebab aku suka tanya benda-benda tu kat dia.. hahaha

Empress Cheon Chu
Memanglah kalau kita nak tahu apa-apa pasal sejarah negara, kita boleh dapat dari banyak sumber. Tapi kebanyakkannya hanyalah dari penulisan. Susah juga nak bayangkan kejadian, peristiwa dan suasana di zaman dahulu. Itulah pasal kena buat filem & drama. Betul atau tak, tak berapa penting... yang penting imaginasi. Macam Hikayat Merong Mahawangsa tu juga.. betul ke? Samalah dengan rupa paras dinosaur tu, tak ada siapa pernah tengok, itu semua imaginasi saintis.

Tapi yang selalu terjadi kat Malaysia ni, dan selalu buat aku gelak sorang-sorang ialah, buat filem sejarah tapi jadi filem cinta. Buat cerita perang, tapi yang keluar kisah cinta. Buat filem pasal kemerdekaan, yang dititik berat ialah kisah cinta dalam filem tu. Apa dah kemaruk sangat ke?? semua hala tujunya ke tema cinta?? Laku sangat ke filem bertemakan cinta?? tension aku.

Masukkan kisah cinta, tak adalah salah.. tapi kalau 95% kisah cinta, cuma 5% jer kisah sejarah...lepas tu gebang cakap tu cerita sejarah, baik tak payah.. membazir duit jer.

Entahapahapalah aku taip malam ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...