Sunday 15 May 2011

Stop Loss 500 pips

Aku rasa macam nak gelak jer masa aku letak stop loss 500 pips 20 April 2011 hari tu. Tapi rupa-rupanya memang tak patut gelak. Nyaris-nyaris stop loss tu kena. Aku cuma main-main jer letak stop loss banyak tu. Biasanya paling tinggi pun aku letak stop loss cuma 100 pips. Tapi hari tu, aku bengang sikit dengan AUD/USD ni.

Macam yang aku cerita dulu, pasal nak dapat 10 pips punyalah susah, tapi nak kena stop loss 100 pips senang-senang ajer. Jadi aku pun letaklah 500 pips... hahaha.

Tapi.. memang aku tak sangka..




Pada 20 April 2011 aku sell kat 1.0572 stop loss 500 pips dan take profit cuma 10 pips ajer. Tak aku sangka lepas jer aku sell kat situ AUDUSD terus naik macam roket, macam dah tak nak turun-turun lagi.

Kalau tengok kat chart kat atas tu, AUDUSD terus naik sampai jejak 1.1!! Apa kes lah AUD ni, kuat sangat ke? Bagus sangat ke Australia punya ekonomi? Kalau aku BUY masa tu, dah kayo dah aku, senang-senang jer dapat dekat 500 pips.

Oleh sebab aku letak stop loss 500 pips, jadi aku biar ajelah. Dan akhirnya setelah 2 minggu iaitu pada 5 Mei 2011 AUD/USD turun balik, dan aku dapatlah 10 pips aku...kahkahkah.. nyaris-nyaris jejak 500 pips.

Minggu lepas ni pulak AUDUSD macam dalam  trend menurun setelah jejak 1.1 pada minggu sebelumnya. AUD/USD ditutup pada 1.0563 setelah turun dekat 200 pips pada hari Jumaat.

Pada pendapat aku yang sentiasa tak betul ni, AUD akan terus menurun sehingga jejak 1.017 minggu depan. Rasa-rasanyalah.

Aku ada satu tips yang aku nak kongsi dengan pembaca yang berforex. Aku rasa, masa sedang aktif berforex ni, jangan masuk join atau baca mana-mana forum forex. Sebab pembacaan itu akan mempengaruhi pemikiran dan keputusan kita. Kat dalam forum-forum ni, biasalah terlalu ramai yang berlagak arif dan pandai predict, macam tukang tilik dah. Padahal, tak ada siapa yang tahu. 

Jadi apa yang perlu kita buat ialah jauhkan diri dari forum-forum sebegini dan fokus hanya pada chart dan news. (Sekadar pendapat)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...