Thursday, 26 May 2011

Sebarang Kenaikan Harga Adalah Membebankan!

Paling bosan dan sakit hati sekali kalau dengar ungkapan "sebarang kenaikan tidak akan membebankan pengguna".

Hello BRO! 
Setiap kenaikan walau satu sen sekalipun tetap membebankan secara langsung atau tak langsung!
Tada baca punya orang...


Tengok harga gula sebagai contoh paling simple. Setiap kali kena nyorok, setiap kali itulah harga naik. Dalam masa 10 tahun dah berpuluh kali kena nyuruk dan harga gula dah naik lebih dari RM1, bermakna setiap tahun naik lebih 10sen.

10sen tu apalah sangat. Korek-korek dalam laci senang-senang jer boleh dapat 10sen. Memanglah sesungguhnya 10sen tu tak membebankan, tapi apa dah jadi dengan harga barang-barang makanan yang lain?

Oleh sebab harga gula naik 10sen, semua barangan berkaitan dengan gula naik. Roti canai naik, teh tarik naik, susu naik, marjerin naik... pendek kata boleh dikatakan harga semua makanan naik.

Oleh sebab gula naik 10 sen, teh tarik dulu 70 sen dah jadi seringgit. (Biasalah kat Malaysia ni peniaga memang suka ambik kesempatan..) Roti canai harga masih sama 60 sen, tapi dah jadi kecik.. kena beli dua keping. Kalau dulu sarapan roti canai sekeping dan teh tarik baru RM1.30, bila gula naik 10 sen, kos sarapan dah jadi RM2.20. Beza 90 sen. Sebulan dah RM27. Kalau satu keluarga ada 4 mulut, seorang isteri dan dua orang anak, RM27 x 4 = RM108 beza sebelum harga gula naik 10 sen. Itu baru sarapan. Itu baru gula naik 10 sen. Tak membebankan ke tu?

Lepas tu harga diesel naik pulak. 20 sen aje. Tak membebankan pun... Bila kos bahan api naik, gula pun nak naik jugalah. Tepung, beras, air tin semua pun naik gak.

Lepas tu tarif elektrik pulak naik. Naik 1% jer... hahaha... Bila elektrik naik kos pengilangan, kos kedai, semua kos secara langsung atau tak langsung akan naik gak.

Nampak pada zahir macam tak membebankan. Tapi kenyataannya??
(RON95 tak jadi naik buat masa ni. Kalau tarif elektrik pun tak jadi naik, maknanya nak PRU13 ... agaknya..)


Copy & Paste dari Harian Metro
Kesan hanya minimum
KUALA LUMPUR: “Tarif elektrik tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya, malah apa pun keputusan yang akan diumumkan dalam mesyuarat Kabinet pasti tidak akan membebankan konsumer,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings (RAM), Dr Yeah Kim Leng.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik dan semakan itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini.
Menurutnya, kadar tarif elektrik pasti akan naik, namun ia masih dalam skala yang kecil iaitu antara 0.1 hingga 0.2 peratus berikutan pada masa ini terdapat peningkatan harga bahan bakar termasuk arang batu dan petroleum di peringkat global.
“Pengguna tidak perlu risau kerana kerajaan juga akan memastikan sebarang semakan yang akan dilakukan tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang akan diutamakan sebelum membuat sebarang keputusan menaikkan tarif elektrik itu nanti.
“Bagaimanapun kedudukan syarikat strategik seperti TNB juga perlu diambil kira selain jika kita lihat seperti semakan tarif elektrik sebelum ini yang mana ia tidak menjejaskan majoriti pengguna,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai tarif baru elektrik itu perlu diterima oleh semua pihak yang mana pengguna perlu bijak menggunakan tenaga elektrik dan mengelak pembaziran berlaku.
Katanya, penyelarasan kadar tarif baru elektrik berikutan penghapusan subsidi tahun lalu juga dilihat tidak memberi kesan terhadap 56 peratus pengguna isi rumah di seluruh negara, malah peratusan itu membabitkan 20 peratus pengguna di kalangan rakyat yang memperoleh bekalan elektrik secara percuma, manakala 30 peratus lagi masih menikmati harga lama sekarang ini.
“Sama ada tarif elektrik naik atau kekal, saya yakin ia tidak akan memberi kesan atau membebankan pengguna kerana penggunaan tenaga yang minimum bagi setiap pengguna isi rumah di negara ini,” katanya.

1 comment:

hanz png said...

betoi2 aku sokong kau bro, so sokong la skali pendidikan percuma, tak semestinya percuma itu tak bagus untuk ekonomi...kalau kerajaan prihatin rakyat senang ekonomi pun bagus

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...