Tuesday, 17 May 2011

Kereta Pun Pandai Merajuk Ke?

Semenjak aku menimbang-nimbang(?) nak tukar kereta untuk ambik Alza atau Exora, macam-macam pulak kerenah kereta aku ni. Bateri kong, sport rim pecah, overheat dan yang paling terbaru clutch slave cylinder problem. Kata orang, kereta ni memang pandai merajuk. Lagi-lagi kalau yang dah lama pakai. Janganlah sesekali cakap nak tukar kereta depan kereta tu. Nanti macam-macam hal dia buat. Tiap-tiap bulan ada jer kena masuk bengkel. Iye ker?

Entah..


Lepas siap cek anak aku kat HKL, aku pun pergi ambik kereta aku. Aku parking kereta aku kat Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Jauh tu. Maklumlah parking kat dalam kawasan hospital ni dah di conquer oleh kenderaan staff-staff hospital. Biasalah kakitangan didahulukan, pelanggan dikemudiankan memang sudah sebati dengan parking hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia ni.


Tiga empat tahun lepas, kalau aku cek anak aku kat Hospital KL ni, aku parking kat Jabatan Onkologi jer. Tapi sekarang parking situ dah dikhaskan untuk staff jer. Sedey juga aku tengok cara pemikiran diorang ni. Tak lama lagi, bila parking untuk staff dah tak cukup, habislah pelanggan pun tak ada tempat nak parking. Baguslah.

Sepatutnya, biarlah open. Siapa-siapa aja boleh parking kat mana-mana. Parking yang dikhaskan, cukuplah sekadar untuk doktor-doktor pakar dan eksekutif. Kalau setiap staff nak parking khas, nayalah.

Aku sambung balik kisah kereta aku..

Bila aku reverse kereta aku, tiba-tiba clutch pedal tak mau naik balik. Aku matikan enjin, cuba lagi. Boleh tu boleh, cuma setakat tukar gear sekali jer... lepas tu dia tak nak naik dah. Aku pun parking tepi. Bukak bonet. Cek tengok, clutch fluid kosong.

Nasib baik aku tahu bengkel kereta dekat-dekat situ (jauh juga!). Aku pun pergi beli brake fluid dot 4 RM10. Lepas tu top-up clutch fluid reservoir tu balik. Aku tengok dia punya leak agak besar gak. Sekejap jer kosong clutch fluid tu.

Aku nekad jer, aku isi penuh-penuh, lepas tu terus jalan pergi bengkel. Terpaksa pusing lalu kawasan hospital, pasal itulah laluan paling mudah walaupun jauh sikit.
Clutch slave cylinder
Selamat juga sampai bengkel Proton Service Kg Baru. Pomen cakap clutch slave cylinder rosak. Kena tukar. Aku suruh jer lah dia tukar. Habis RM137. RM90 harga barang. RM40 upah. RM2 caj kad kredit. Mahal tu. Aku rasa kalau kat bengkel biasa tak sampai RM70 kot semua sekali. Tapi dah terpaksa. Aku lebih suka pergi bengkel biasa jer. Kualiti kerja, sama jer... malah kadang-kadang lebih baik lagi.

Dulu kereta aku pernah putus timing belt masa kat highway PLUS berhampiran Sedenak. Kena tarik sampai Proton Service Simpang Renggam. Nak tahu berapa aku kena? RM1,700. Tapi kualiti entah hapa-hapa. Selang dua tiga bulan lepas tu aku kena bikin balik enjin kereta aku tu. Asap dah macam orang sembur nyamuk. Aku buat kira-kira kat pomen bengkel biasa tu, diorang cakap paling tinggi pun kalau buat kat diorang masa timing belt putus tu cuma RM900 jer. Gila aku kena cekik!

Aku bukan tak nak hantar kat bengkel lain. Tapi masa kereta aku tiba jer waktu tu, diorang terus bukak enjin semua, lepas tu biarkan tersadai. Bila dah bukak semua, macam mana aku nak tarik pergi bengkel lain? Bengang juga aku waktu tu. Dahlah bawak anak sakit. Apa punya etika lah diorang ni.

Sejak tu aku memang suka pergi bengkel biasa jer. Lagi-lagi kalau bengkel Melayu. Diorang ni boleh berlebih kurang sikit. Kualiti kerja pun bagus, kita boleh tegur direct kalau tak puas hati.

Itu cerita dulu. Sekarang ni, lepas dua tiga hari tukar clutch slave cylinder, ada bunyi cit cit pulak bila aku tekan clutch pedal.. macam bunyi anak kucing hahaha. Apakebendalah.

1 comment:

zam said...

ade masa time kena ganti...tapi nie takder belas kasihan tul..
kena anak bro tu ade masalah...perghh cubaan tul kenderaan2 nie...

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...