Saturday 4 June 2011

KDrama - 49 Days

Cerita mengisahkan satu roh yang bergentayangan di atas muka bumi bila jasadnya terlantar kaku di katil hospital kerana mati otak akibat dari kemalangan ngeri yang disebabkan oleh seorang gadis. Roh tersebut kemudiannya merasuki jasad gadis tersebut, dan menggunakannya untuk membalas dendam.. (hahaha.. jadi cerita seramlah pulak..)


Kisah bermula apabila seorang gadis, Song Yi Kyung (Le Yo Woon) yang sudah berputus asa untuk hidup, kerana kehilangan orang yang dikasihinya 5 tahun lepas, cuba membunuh diri di tempat kejadian kekasihnya kemalangan jalanraya dahulu. Tapi pada saat dia hampir dilanggar lori pasir yang tidak bersalah, dia telah diselamatkan oleh seorang lelaki. Akibat dari brek kecemasan, lori pasir yang tidak bersalah itu tidak dapat dikawal lalu merempuh beberapa kenderaan di jalan raya yang sibuk. Berpuluh-puluh kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut. Dahsyatnya, tak ubah seperti kejadian di dalam satu babak dalam filem Final Destination 2.

Di dalam keadaan kelam kabut itu, Shin Ji Hyun (Nam Gyu Rin), telah melanggar belakang lori dan menyebabkan rohnya tercampak keluar dari badan. Di hospital, Ji Hyun telah disahkan mati otak dan tidak ada harapan lagi untuk hidup.

Dalam pada itu roh Ji Hyun mundar mandir kerana kekeliruan, dia telah berjumpa dengan angel of death a.k.a scheduler (Jung Il Woo) dan diberitahu bahawa dia diberi peluang untuk hidup semula jika mendapat 3 titis air mata ikhlas dari tiga orang yang mengasihinya, orang yang tiada talian darah dengannya, dalam masa 49 hari.

Maka dengan yakin dan confident lagi excitednya, Ji Hyun sanggup memenuhi kerana beranggapan perkara itu amat mudah sebab yakin bahawa dia adalah orang yang disukai ramai.

Dalam masa 49 hari itu, roh Ji Hyun dibenarkan untuk menggunakan jasad gadis yang menyebabkan dia jadi begitu iaitu Yi Kyung. Yi Kyung bekerja pada malam hari dan tidur pada siang hari. Dia ni memang tak der life, sebab dah putus asa dalam segalanya. Ji Hyun masuk ke dalam jasad Yi Kyung pada siang hari.


Ji Hyun tidak dibenarkan memanipulasi keadaan Yi Kyung, contohnya, kena cari duit sendiri untuk hidup. Jadi Ji Hyun (dalam rupa Yi Kyung), bekerja di sebuah cafe kepunyaan Han Kang (Jo Hyun Jae). Han Kang adalah rakan baik kepada tunang Ji Hyun iaitu Kang Min Ho (Bae Soo Bin).

Semasa Ji Hyun berusaha untuk mendapatkan 3 titis air mata, dia menyedari bahawa dia bukanlah orang yang disukai ramai. Nak dapatkan air mata dari seorang pun macam mustahil. Malah kawan baiknya sendiri, In Jung (Seo Ji Hye), sebenarnya mempunyai perasaan dengki terhadapnya. Bertambah buruk lagi tunangnya sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk berkahwin dengannya, malah dia ada AFFAIR dengan In Jung.

In Jung yang bekerja sebagai secretary di syarikat ayah Ji Hyun, membocorkan maklumat-maklumat sulit kepada Min Ho. Mereka berdua berkomplot untuk merampas syarikat ayah Ji Hyun. Perkara ini telah disedari oleh Ji Hyun, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tidak boleh mendedahkan dirinya sebagai syarat 49 hari.

Dalam pada itu, Yi Kyung berasa keanehan sedang berlaku pada dirinya. Dia berasa penat setiap hari. Rambutnya yang selama ini tidak pernah bersyampu dan kusut masai telah menjadi kemas dan bersyampu. Semasa dia sakit, dia muntah makanan yang dia tak pernah makan. Dia juga pernah sedar daripada tidur tetapi tidak berada di tempat asal dia tidur. Pernah juga bila dia tersedar dari tidur dia dapati pintu rumahnya terbuka. Dia juga seperti terdengar-dengar bisik-bisikan di sekelilingnya.

Kerana takut, akhirnya dia berjumpa doktor. Doktor mencadangkan di menjalani rawatan secara hipnosis. Semasa didalam hipnosis, Yi Kyung ternampak ada seorang gadis sedang menjerit namanya pada waktu dia hendak menggantung diri satu ketika dahulu. Sedangkan seingat dia, tiada siapapun pada waktu itu.

Ah... malaslah aku nak cerita lagi...

Cerita ni bagi aku sangat-sangat best. Walaupun ada 20 episod, aku rasa tak cukup. Setiap episod, padat dengan babak-babak menarik. Tak ada episod yang lembab. Idea cerita memang unik. Pelakon semua bagus-bagus lagi-lagi Lee Yo Won (Queen Seon Deuk, Bad Love). Dia berjaya menjiwai dua watak dengan sungguh berkesan. Memang tabik springlah. Kebiasaan drama ada 4 orang watak utama, tapi dalam cerita ni ada 6 orang. Kalau korang minat kdrama, rugi besar kalau lambat tengok cerita ni... hehehe

Rating
5 dari 5 batang mancis!... fuyoooo best tu...

More info : 49 Days

1 comment:

♥nyeto89♥ said...

baru tgk episod 11

tak sabar tak sabar

hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...