Sunday 12 June 2011

Highway Desaru-Cahaya Baru Yang Kelakar


erk... kelakar sungguhlah kalau highway baru dari penawar ke cahaya baru di panggil highway, siap ada tol pulak tu. aduhhh.. malu. peliklah.. apasal diorang buat macam tu? sungguh mengecewakan. hancur harapan orang-orang area pengerang sini..

ni nak review sikit pasal highway desaru-cahaya baru-tiram..
petang tadi aku pergi test tengok highway yang baru dibuka pada jumaat 10 June 2011 lepas. kebetulan pulak hari ni hari ahad, kenderaan memanglah ramai ditambah pulak pelancong-pelancong yang bercuti kat area desaru ni.

sampai jer kat simpang desaru.. kat petronas tu...perghh.. jem giler.. asal 2 lorong boleh jadi 4 lorong.  kenderaan yang 4 lorong jadian tu kendian kena masuk jadi 1 lorong semula..fuh. kenderaan dari desaru nak masuk ke jalan besar memang masaklah.. ni semua gara-gara wujudnya simpang empat berlampu trafik kat susur keluar ke highway desaru senai tu...  kenderaan nak jalan terus ke kota tinggi jem, kenderaan nak masuk highway pun jem... patutnya simpang trafik light tu buatlah lebar-lebar jadi kenderaan nak masuk highway tak jem. dekat 1km gak aku rasa jem tu.. kalau setiap hari minggu jem, memang tak bestlah, tak macam dulu-dulu perjalanan sungguh lancar dari desaru ke kota tinggi..
Simpang trafik light yg menyempit menyumbang
kepada jem yang dahsyat
(ini gambar lama sebelum highway beroperasi)
bila dah masuk ke highway, barulah tak jem. jalan cantik dengan tar baru, rasa macam naik kereta baru pulak. tapi yang tak best... highway satu lorong...hahahaha. setakat aku hidup ni, tak pernah lagi aku jumpa highway satu lorong.. pernah ada ke kat malaysia ni? ni yang pertama kot? kelakar tak? ... memang kelakar.. orang johor kata kelako..kekeke
bwahahaha!
dah terjejas jadual perjalanan aku disebabkan highway satu lorong ni. dahlah stuck kat jem tadi dekat 20 minit. disebabkan kenderaan ramai, semua pemandu memandu dengan keadaan berhati-hati disamping menikmati keindahan alam. jarang ada kenderaan yang memotong. aku bawak 80-100km/j je... tak memotong langsung.

highway selorong ni start dia dari tol penawar sampailah jembatan sungai johor jadi dua lorong kat atas jembatan tu, lepas habis jembatan jadi satu lorong balik.. sampailah susur keluar masai-pasir gudang. pas tu sampai tiram-senai highway dah dua lorong cam biasa.

highway desaru ni lorong kecemasan pun tak ada.. kalau ada kereta rosak tersadai tepi jalan malam-malam memang bahayalah.

buat masa ini hingga 9 julai 2011, highway ni free. tapi aku terus jer ke tiram.. dikira tol dari cahaya baru ke tiram iaitu rm4.70. berapalah agaknya tol dari desaru ke cahaya baru nanti? kalau rate macam highway biasa memang tak patutlah... adake highway satu lorong..

kalau jalan highway desaru cahaya baru ni, jalan siang-siang baru sedap, pasal nampak pemandangan paya bakau nan indah disertai dengan pemandangan kawanan burung-burung berterbangan... cewah, tak macam lalu highway plus utara selatan. ada banyak lalu jembatan.. 3 ke 4 jembatan.. dan satu jambatan panjang sg. johor..(budget memang besarlah pasal banyak jembatan..)

kesimpulannya, walaupun aku amat berterima kasih dengan kerajaan pasal buat jalan singkat untuk ke jb, tapi aku kecewalah dengan highway ni. sepatutnya jalan macam ni jadi laluan biasa ajer, macam jalan desaru ke kota tinggi.. tak yah tol. aku tak kisah pun kalau nak kena tol pun, tapi tol biarlah taraf highwaynya macam highway plus tu..

malulah majoriti rakyat sokong bn (especially pengerang ni) tapi ini balasannya (sori.. termasuk politik sikit....), jadi modal pembangkanglah lepas ni..

*ni ada video aku baru jumpa pasal jem petang tadi. jem ni dari arah cahaya baru-desaru, kat tol penawar. panjang tuuu... masa aku sampai situ pukul 6 lebih dah tak jem, cuma jem kat simpang petronas. aku balik pukul 8.30 tak jem dah. klik sini nak tengok video

*kat bawah ni pulak video dari youtube. dapatlah tengok highway(?) selorong yg kelakar itu.. kekeke





eksidenlah pulak!
Lagi gambar eksiden di highway e22 desaru-cahaya baru.

Jem di simpang Desaru. Dari simpang Petronas hingga ke simpang highway.

Jalan dua lane jadi empat lane.

Susur masuk ke lebuhraya Desaru Cahaya Baru




One lane Desaru highway.

Atas jambatan Sungai Johor.

9 comments:

Anonymous said...

tak silap tol mulai 10hb Julai dari Cahaya Baru ke Penawar adalah RM 5.90

squall_shinoda said...

Trimas bebanyak sebab posting artikel menarik ni. Sebenarnya konsep highway 2 lorong ni bukan pertama kali pernah ada kat Mesia; dulu asalnya highway Karak pun 2 lorong jugak sebelum dinaik taraf jadi 4-6 lorong. Cuma bezanya highway Karak time zaman 2 lorong tu jenis kawalan masuk separa (partial access control), maksudnya boleh ada persimpangan searas. Tapi highway Senai-Desaru ni lak lain; persimpangan searas dia cuma kat Penawar iaitu selepas sempadan pengurusan SDEB laa. So, dengan kata lain, highway Senai-Desaru ni ialah highway 2 lorong pertama dengan kawalan masuk penuh (full access control) macam highway PLUS tu laa.

zam said...

terima kasih kerana guna video aku tu...heheheh..
vid kat facebook tu..

klau tgk hari nie org parti pas akan bantah jika tol dikenakan...mmg patut pon...

pasal apa...lori2 sawit kat felda sekitar dan ladang swasta sini dah guna lebuhraya...so mcm tak berbaloi mcm nie bila tol mahal...klau singgit konsider lagi....nie aperhal smpai 6 ringgit klau dilaksanakan...takpe2 lps nie PRU akan muncul..

zam said...

pada hari isnin ini sultan akan lalu...tgk ajerlah...

aku bual2 dgn sorang...nie klau rm 5.90 tu oklah...tu pendapat dia..

klau 5.90 jarang lalu oklah..klau hari2 lalu..misalnya nak gie kerja kat pg tu...rabak gak..

dan ade baik kasilah tol tu 1.80 ke 1.20 tu..byran ok tu kita pakai jambatan ajer..

mancisdahbasah said...

pendapat aku 5.90 dengan jalan satu lane... lepas tu kena slow beratur belakang lori lagi... macam agak melampau je.

lagi satu, aku rasa jalan dia memang agak sempit berbanding jalan desaru kota tinggi.

aku pun jarang lalu highway ni, sebulan sekali pun belum tentu..

zam said...

ade kes sorang kawan nie..jem lps tol penawar dlm 2 km lebih kurang..patah balik,yerlah dah takder divider bolehlah...sekali kena bayar polak..katanya RM 6?...

zam said...

sempit sbb aper sbb besi penahan tahan gaung tulah...klau lori rosak?...ermmm...

zam said...

baca berita harian online....

tiba2 ade yng pelik.....pelik sbb jalan pengerang kota tinggi dibanci mmg kurang orang...hahahaha

dan menghalalkan pembinaan 2 lorong itu..

Anonymous said...

saya suke jee...hanya 35 mnit jee smpai ke desaru dri pasir gudang...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...