Apa daa... selipar hilang pun nak buat lagu...?
Heh! heh! heh! Kalau dapat ilham kucing beranak pun aku buat lagu... :)
Bukanlah macam tu.. Aku ni cipta lagu untuk seronok-seronok aje. Kualiti pun ke laut. Janganlah dibandingkan lagu-lagu ciptaan aku dengan pencipta lagu profesional. Tapi, manalah tahu satu hari nanti...
Yang penting aku seronok dan puas hati. Sebagaimana aku tulis blog ni juga, hanya untuk suka-suka.
Okay, sempena bulan puasa ni aku cipta lagu pasal kehilangan selipar. Ye lah.. bulan-bulan puasa ni kan ramai yang rajin pergi masjid. Kadang-kadang tu orang tersalah sauk selipar, terkena pula selipar kita. Adeh.. sedey nya.. nak nak pulak selipar favorite pula.
Aku ada tips untuk dikongsi bagi sesiapa yang risau selipar dia hilang. Tak kiralah samada kat masjid atau surau ke, kat rumah jiran ke, kat majlis berbuka puasa ke, kat kafe siber ke, kat mana-manalah..